advertisment

Friday, 19 August 2011

Misi mencari duit raya

misi ni lagi susah dari misi nak mencari pati (read:Pendatang tanpa izin)
bukan sebab ape, sebab pendatang tanpa izin senang kot nak mencari. ko pegi je jalan-jalan kat kl nun, bersepah ha kiri kanan.siap ada yang dok jual bakso dengan kopok lekor lagi depan sogo.rasanya ibarat berada di jakarta kok.

ni masa cuti public holiday aritu.ape kena ko setan, dah cuti holiday pulak. pedulik. aku ngan kajol memulakan operasi mencari duit raya. 


bank-bank yang harus diterjah harus la negeri-negeri yang tak cuti Nuzul Al-Quran. huahuahua gelak setan. lalu pegi yang berdekatan putrajaya sudey.

ni bank-bank yang di terjah:




Affin Bank

Maybank


CIMB Bank

Bank Simpanan National

apsal ko pegi banyak sangat bank asam jeruk oi? banyak sangat ke duit ko? 
bape juta ko tukar nak bagi duit raya???

pasal..........................................


ni Affin Bank, baru bole start tukar 18 August. aku kan pegi 17 August. kedengki betul dengan aku. huh murka.


ni CIMB, isnin 22 August baru nak start. hanya untuk pemegang akaun cimb SAHAJA. nasib baik aku tergolong dalam sahaja tu, tapinye tak kuasa la dah aku nak p banyak-banyak kali. pastu dah kompom penuh dengan makcik-makcik gomen, dah situ tempat diorang. ktorg hanya menumpang di angin lalu je.


Maybank pon sama stat ari Isnin, aku tak sempat nak amik gambo dah sebab muke pon dah tebal malu. macam orang nak p menagih derma dari bank. walhal aku nak tukar duit raya je woi.

Bank Simpanan National lagi bagus, aku sampai situ tepat jam 4:00 petang. lepas tu tepat jam 4:00 petang jugak la bank tutup. Waktu operasi di bulan puasa. guard dok kat dalam pintu kaca tu. aku tengok dia, die tengok aku. cher kabo duit raya ade ke tak.sebab aku tak nampak pape notis pon.


last-last yang ade hanya la.eh ni bukan last, ni bank first aku pegi sebenarnye.saja nak cerita last-last nak bagi suspen kononnya. aku pegi Bank Islam. kat sini je ade ha. 

tapinye....

seringit je yang ade. yang lain abes yilek pochik. aku nak tukar RM5. maka ini je lah hasilnye


seringgit pon seringit la janji ada dari takde. ko hado? *tiru fames blogger*


so hadik-hadik, kazen-kazen, makcik sedara (aku ada makcik sedara muda pada aku yaww). tahun ni akak bagi sorang seringgit saja la ye. bukan salah akak, salahkan bank tamo tukar duit dengan akak. tau la muke akak muke tadek duit.

ape ingat akak tak mampu ke nak bagi korang sorang 10 ringgit, memang akak tak mampu pon..wakakaka. amik ni ha singgit sorang buat tambang pegi beraya rumah YB hujung kampung nun.nanti dia bagi la sorang 10 ringgit, kan dah balik modal. huehueheuehue.


sekian mak jemah af melaporkan.


2 comments:

Nurul Iman said...
This comment has been removed by the author.
cik asam jeruk said...

izatty fatihah: ape kan daya..sobs2 salahkan bank tu..kekeke. :P