aku tanya ustaz tu kalau perempuan yang belum berkahwin, dah berkerja dan bukan lagi bawah tanggungan ayah, kite kena keluarkan zakat sendiri ke ayah yang perlu?
ustaz jawab: lebih afdal kalau sendiri yang keluarkan.
maka
dengan sekali lafaz:
Inilah wang RM7 bagi menggantikan beras fitrah yang wajib ke atas diriku pada tahun ini kerana Allah Ta’ala.
sah!
ko ingat ape?
akad nikah?
nak share info sedikit:
Zakat fitrah dikenali juga sebagai zakat badan, zakat puasa, zakat Ramadan, dan zakat Fitri kerana masa untuk menyempurnakannya adalah pada akhir Ramadan dan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Zakat fitrah adalah sebagai penyuci orang yang berpuasa daripada melakukan perbuatan keji dan buruk juga untuk dijadikan sumber keperluan orang asnaf ketika 1 Syawal(siang & malam).
Syarat Zakat Fitrah
- Islam
- Mempunyai sesuatu (makanan, harta, atau wang) yang lebih daripada keperluan diri sendiri dan keperluan orang yang ditanggung nafkahnya untuk satu hari siang dan malam Hari Raya itu.
- Dapat menemui dua masa – akhir Ramadan dan awal Syawal. Orang yang meninggal dunia sebelum terbenam matahari atau anak yang dilahirkan selepas matahari terbenam malam satu Syawal itu tidak wajib fitrah ke atasnya.
Kewajipan zakat fitrah
- Ketua keluarga wajib membayar zakat fitrah untuk dirinya dan juga tanggungannya.
- Jika salah satu dari tanggungannya meninggal dalam bulan puasa, maka orang itu terlepas daripada membayar zakat fitrah.
Waktu mengeluarkan zakat fitrah terbahagi kepada 5
- Waktu wajib: Apabila terbenam matahari akhir 30 ramadhan sehingga terbit matahari esoknya.
- Waktu yang paling afdhal: Sebelum Solat Sunat Hari Raya.
- Waktu sunat: Sepanjang bulan Ramadhan.
- Waktu makruh: Selepas solat sunat hari raya sehingga terbenam matahari pada satu Syawal.
- Waktu haram: Selepas terbenam matahari satu Syawal.
Info credit to: http://puanbee.com/lafaz-niat-zakat-fitrah/
7 comments:
ooo..zakat...ingat kn g kursus kawen td..hehebilitve
ecah: kursus kawen dah ade dah..kawen je blom..heeee :P
udah lar! :)
haahahha bgus acik, good job! :P
kid nyer belum.. :)
alhamdulillah..bayor da mu..aku pon nk bayor ..ni 1st time nk bayor..last year , ayah yg bayor..sob3..ni kalo mak sy cmne lak ustajah?..tny ustaz kat kaunter la kan?..
kid: cepat2..jgn tunggu last minit hehehe :P
dya-aman: Alhamdulillah,thn ni baru nk bayo,tahun lepas dok harap ayah lg..kui3. a'ah mak ko camne eh..ko la bayarkan kot. ko poie la tnye yang lebih arif..kui3 :P
Post a Comment