advertisment

Tuesday, 16 August 2011

Episod duka: Dealer perodua yang ngokngek!!!!

dulu aku dah cerita kat entry ni

masa aku amik angelo aku dulu aku tak cerita kat sini, niat di hati tak nak la rosak mood kete baru.
tapi hari ni, aku tak tahan. aku sakit hati betul dengan dealer tu.

dealer yang ngokngek tu tak bagi pon free gift yang dia janjikan.

dia janjikan aku ni:
# minyak full tank
# voucher tinted
# stering lock
# car perfume
# smart tag! 


tapi apa aku dapat?


# voucher minyak 20ringgit je okeh

celah mana full tank? tangki minyak kete dia kot full tank 20 cukup. aku marah dah cakap aritu janji full tank. pastu die boleh cakap 
"eh ye ke, ni tatau kenapa perodua bg 20ringgit" 
lepas tu aku memang jenis menuntut. nak-nak kalau orang dah janji dengan aku. lagi aku tak dapat, lagi aku tuntut. aku cakap  
"takde, takde..nak full tank jugak, janji tetap janji"
then dia kata ok nanti dia bagi.


# voucher tinted

ok, yang ni bagi memang bagi. tapi alahai rm100 je, celah gigi.  mula-mula aku ok, sebab aku tatau biasa orang dapat berapa.baru first time beli kereta katakan.


tapi


masa aku pegi kedai tinted ni, ade kapel amoi ni datang nak tinted jugak. aku nampak dia pegang voucher yang sama. tapi voucher die rm300 okeehhh!!!
aku tenang lagi, sebab aku piki 

"ooo amoi ni mesti beli kereta mahal, sebab tu voucher dia lg mahal"

aku pegi stalk amoi tu pkai kereta ape, dia pkai kereta yang sama dengan aku. yang mana kereta dia lg lower spec berbanding dengan kereta aku. macam mana dia punya voucher 300, aku 100? 


aku cuba pikir positif, agaknya dia dapat voucher je kot. tak dapat lain-lain free gift tu.


# stering lock

yang ni ok, dapat.


# car perfume

takde die beli pon ha. tapi ni murah, aku pon tak kisah sangat. dia gantikan aku dengan payung. ok lah bole buat jalan-jalan tengah hujan.

# smart tag!

yang ni aku paling marah. dia tak belikan pon. die boleh pulak cakap

"eh ade eh janji, bukan touchngo je ke? ooo salah bagi kat orang lain"
 
watehek!


lepas tu dia nak suruh aku tuntut cash la kat kedai tinted tu, untuk gantikan smart tag.tapi atas nasihat kawan aku, diorang cakap biar dia belikan je.sbb smart tag cepat abes,susah nak beli bagai. 

so aku cakap aku tunggu je dia beli.

then dia janji Isnin nak bagi. aku amik kereta aku hari sabtu.

tapi macam biasa, dia janji k*ling semata-mata.

ni dah 2 mggu aku tunggu takde die contact pon.

dah la kereta baru kuar kedai stereng dah tak betul.

lepas tu aku dah mintak dengan dia, nanti loan bagi hujung bulan 9 baru start bayar. lepas tu bila aku tanya loan start bayar bila, dia confident je cakap hujung bulan 9.


hujung bulan 9 kepala hangguk!


tadi aku dapat message dari bank cakap kena bayar before 12/9.


sakit hati ko. aku kol bank tanye tak leh tukar ke. bank cakap tak boleh. sebab bank dah buat agreement dengan dealer. mana kata kat sini, dia salah la. patut dia submit hujung-hujung sikit. sebab dah janji dengan aku nak bagi loan bayar hujung bulan. boleh la aku lepaskan gaji bulan ni untuk raya.


aku saja sms dia tnya. korang baca la conversation kat bawah ni kalau rajin lah.


"Salam dealer, kenapa bank hantar sms byar b4 12/9.kan dah mintak ujung bln. tak boleh tukar ke?"


"Ntah, cube try call bank"


"Dah dia cakap tak boleh, dah buat agreement dengan dealer. susah lah gini, cakap ye ye je hujung bulan.haih.smart tag ngan duit minyak pon ntah ke mana"


"haha ade..nak beli baju raya anak, tak cukup pulak duit. tunggu ye"


"Agak-agak bila dapat tu? janji tinggal janji je. Complain gak kang dengan perodua. sigh"


"haha..tunggu ye"


ko tengok dia reply camne? ko sakit hati tak?
tak tau la klo ko ati kering. tapi untuk aku yang sensitip ni. aku marah.
aku lak jenis kalau marah,aku menangis.
satu pasal tadi aku menangis dalam surau.
penat gak la berlakon konon-konon selsema.


tengok dia balas macam main-main. saja bagi alasan baju raya anak.aku dah la cepat lembut hati.kang bagi muka, kena pijak kepala pulak. padahal time aku beli kete cakap bulan ni gaji dia masyuk la ape lah.aku nak simpati pon,dia pkai kereta lagi hebat dari aku kot. aku pon beli kereta yang dia jual. dia pkai swift. perlu ke aku simpati?

macam ni ke perodua after sales service? aku tujukan kat dealer aku lah. dealer lain aku tak tau.

time nak customer janji macam-macam, bulan bintang semua boleh bagi.

lepas tu kalau nak duit pandai je cari aku, kol tak henti, sms masuk tiap 3saat.


kalau dapat duit, senyap je.


kita lak terkejar-kejar dia.

macam ni aku nak rekomen kat orang?


jangan harap.


yang perodua ni pon satu, takde pulak kol aku lagi untuk feedback, aku dah bersiap sedia nak complain nih.


jaga kau!
 

3 comments:

Princess Feyqa said...

uik marah ke.. jgn lah pose2 nie :P

iday said...

wahhhh,,sabar2 yer,,kekadang diorang nak senang jer,,tak pikir susah orang,,try je ngadu kat perodua,,kita as customer mesti nak servis baik punya kan,,

sabar okay :)

cik asam jeruk said...

feyqa: marah tadi je..tapi skrg da sejuk..hehee :) thanx!

iday: thanks iday. tu la ngah tunggu perodua call ni nak ngadu..kekeke :P