advertisment

Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts
Showing posts with label Makan-Makan. Show all posts

Saturday, 3 December 2011

Satay UK

sape pernah baca entry aku kat yang lama ni, mesti tau UK tu ape.


kalau tak tau dan tak nak baca anggap je la UK tu united kingdom. ceh ugut. muahahah.


meh nak tunjuk macam mana rupa satay UK




ni la rupa satay UK. satay daging habis time ni,so order ayam je. dulu aku fanatik dengan satay kajang, salah satu sebab kuah dia sedap, yang paling penting sebab ada cili or sambal tambahan dia letak. aku slalu bertambah-tambah sambal tu,sebab lagi pedas lagi bagus. tapi bila jumpa satay UK, dan kuah dia pon ade sambal tu,terus i like. satay dia pon lagi sedap dan lembut. tu dalam bungkus daun pisang tu, bukan lepat liat ye, tu nasi himpit. very the traditional kan?





nah aku dah togel kan nasi himpit tu. sebab dia guna daun pisang kan, bila makan tu wangi je.


tu je aku nak cite pon, takde modal dah. haha.

Tuesday, 29 November 2011

'Monday' Blues dan Spagetti

huarrgghh...monday blues sungguh hari ni.

yela, 3 hari cuti, walaupon hari ni hari selasa, tetap monday bagi aku. kerana setiap hari pertama kerja adalah monday. T_T


tak tau nak update ape, sebab blog pon aku monday blues jugak. boleh? keh3


tapi apa kaitan spagetty dengan monday blues. bukan, teringat balik kang nak masak spagetti..nyum nyum.


teringat 2 minggu sudah, 2 kali makan spagetti. 2 jenis pulak tu.kenape 2 jenis? sebab 2 perut je makan. so satu paket spagetti tu bahagi dua, jadi 2 kali masak.


nak tengok gambar.



spagetti bolognese la sangat kan. walhal lauk bujang,pakai daging burger dengan sosej je. lepas tu carrot dengan cendawan. meriah uoollss..yang ni aku yang masak.




spagetti ni diubah cita rasa mengikut tekak aku dengan kajol.tak main la tomato, dah la masam. aku tukar resepi, tumbuk cili padi sikit, dan tambah cili giling. baru la kena dengan tekak kami. 







spagetti karbonara, kajol yang masak. ko nampak je kaler putih suci murni, sumpah pedas nak mampus. kalah yang kaler merah menyala tadi. ni berapa gengam cili api kajol tumbuk aku tak tau. dah la cili padi, pastu siap ade black papper. mengelupur makan. tapi sodap.



tengok ni pon da meleleh-leleh mukus aku. kahkahkah. aku cakap dengan kajol, weh ni spagetti patut lemak-lemak gitu, gapo gak pedas berdengung ni. dia balas, kalau lemak-lemak, nanti makan muak! hahaha. betul pon. sebab tu aku kalau tengah macam loya-loya (gulp?), mesti aku request dengan mok. plis plis  bawak i makan tempat yang ade makanan panas dan pedas.


tu je ha aku nak merepek. sebelum stat buat kerja. dah la tengah monday blues, skali ada kerja pulak. haih.


*sambil dok terpikir balik ni nak masak yang mana dulu, carbonara ke bolognese? nyum-nyum. apa-apa pun dua-dua jenis akan akan dimasak. yela,sepeket spagetti bahagi dua, remember?*

 

Tuesday, 25 October 2011

kalau ke negeri melaka, jangan lupa singgah minum coconut shake

entry ni patut di publish sebulan lepas. nampak nau pemalasnye. 

entry kepam pon nak publish. haha. wateber.


ni cerita wedding kawan aku kat melaka. ktorg salah timing kot, dok bajet melaka 2jam, so bertolak la kol9.30. skali hamek kau. sejam je dah sampai. 10.30 nak g kenduri? gila tak gila.


tu pon nasib baik singgah g MRSM ape ek kat situ bedah? lupa lak aku. sebab kawan aku ni nak jumpa adik dia kejap. tapi kejap je la. jadinya dalam kol11 ktorg da sampai rumah pengantin..agagaga.


sampai-sampai pengantin tengah dok photoshoot. bergaun kembang semangkuk kau. ni kalau budak-budak nak main nyorok-nyorok dalam tu pon boleh. hehe peace syira. pengantin tukar persalinan traditional lepas tu,tapi tak sempat nak snap sebab da balik. tu la ko kejadah g kenduri awal-awal sgt. huh.


 di sebabkan terlalu awal makanan pon tak sempat siap lagi. menurut kata dj bertugas, makanan lambat cket sebab malamnye hujan,kayu api basah. tiba-tiba aku teringat lagu "bangau ohh bangau kenapa engkau kurus, macam mana aku tak kurus, ikan tak mau timbul...oohh ikan ohh ikan kenapa tak mau timbul.." korang sambung sendiri lah sampai ada part kayu api basah. tak koser mak. haha


 ni la padah kalau g kenduri tak bekfas, sampai awal pulak makanan tak siap lg. abes separuh bekas apam polka dot ni ktorang bantai muahaha.memang tak ingat kat orang belakang dah.sedap weii.


 ok yang atas tadi mukadimah je. ni baru aku nak masuk intro. tengok tajuk entry la beb. kalau pegi melaka  jangan lupa pekena coconut milk. eh pejadah nak makan santan, makan coconut shake. ni kedai dia. minta maap aku memang failed nak bagi petunjuk. tapi ni kat padang temu tak silap. dekat dengan skolah ala-ala gitu.


 nah kepala ko.




coconut shake special. nyaman minum panas-panas. maksud aku time cuaca panas. pe barang nak minum coconut milk panas-panas, nak buat bubur boleh la.

bagi aku not bad la. tapi tapi

orang melaka jangan marah ye

aku bukan bias


tapi coconut milk shake penang lagi terbaeekkk wook.

seriyes.

sebab yang melaka ni, ape yang aku tak bekenan, coconut shake dia rasa santan. pastu macam ada hampas kelapa gitu.

memang mak jemah tak berkenan.

meh kita p penang cari coconut shake.


entry biadap orang kata.




Saturday, 15 October 2011

apa nak buat dengan telur yang dah nak expired

16-10-11 agagaga.ada la 2bijik dalam ni. plus 1 bijik lagi another hosmet punya.expired on 14.10.11. tapi aku try pecah kan dlm mangkuk nampak macam molek je. aku belasah skali. hantu raya tak hantu raya bantai telur sampai 3 bijik.keh3


kasi taruk lada sulah cket. lepas tu campur cheese cheddar cket. kasi kacau habis habisan.


goreng dalam kuali. awas, ni bukan nak buat omellete ye.

tapi ini
bekfas di pagi minggu. Scramble egg. lemak berkrim ko,sebab aku letak cheese tadi haha. makan sambil berblogwalking. hehe

ok bye nak siap-siap g wedding pulak.


kalau aku sakit perut karang, aku tau la kerja sape tuh!

Friday, 14 October 2011

hidangan malam jemaat

rona roni makaroni 
 

Tuesday, 11 October 2011

chunky loaded yang takde la loaded sangat

sebab gambar pizza kat bawah, tiba-tiba teringat nak review, cewah review uolss.ingat ni produk muka ape, ok ni produk makanan.lama dulu aku ade g makan pizza. balik-balik pizza,tu je ko tau kan. haha. wateber.

takde aku dok la tengok iklan si chunky loaded ni, da terliur-liur sudah. lagi menitik-nitik bila dengar cakap 10 layer bagai kan. harus la aku tergedik-gedik nak try.

ni lah rupa chunky loaded yang bukan *only pic ilustration* tuh. ni gambaran sebenar la yang aku order. nampak menyelerakan?


ha tengok tengok??? tengok puas-puas. kebenda yang loaded aku pon tak paham. cakap 10 layer. ok aku paham la ten layer tu, sebijik bawang, sebijik tomato, sebijik capsicum, sebijik paparoni, sebijik taik idung masin, garam pon kira 1 layer kekdahnya kot. 
tapi ape aku dapat? 

nipis bebenor. ye aku paham klo bebetul dia buat  pizza 10 layers menganga aku nak habis kan. siap pinjam rahang badak air lagi. kan badak air nganga besar. tiba-tiba imaginasi tinggi. ape ko ni, nipis komplen tebal komplen, masak sendiri la woi.

tapi ikot tekak memasing la kan. aku makan ni  dah serupe aku kunyah biskut cream cracker pon ada. mungkin tukang masak tu memerut ke dia tinggal kan pizza aku lelama dalam oven smpai doh bertukar jadi biskut crackers, ke aku yang salah konsep tak tau la. tapi memang den tak gemar la yang ni. aku prefer lagi pizza thin crust dominos tu. even dia nipis tapi still rasa macam pizza lagi. nak makan pon sodap. takde la makan pizza ade bunyi krup krap krup krap.

tapi apa-apa pon tepuk dada tanya selera. terpulang dengan cita rasa memasing.aku tau cita rasa aku, so sebab tu entry yang pizza bawah nun aku tobat tak order dah chunky loaded. tayah nak ikot peredaran semasa sangat lah concept dia. tak payah nak up to date kalau tak kena dengan diri. cewah ni macam entry 2in1. so aku punye citarasa ada lah yang lemak berkrimmmm..yang bercheessssseee.. ok nak ulang balik gambo cheese tu

 tudia chees membuak-buak. nama pon cheezy lava kan. abaikan pinggan sebelah yang da licin tu. tu chocolate volcano pulak. dah macam discovery channel la pulak kan kejap volcano, kejap lava. hehe.

dap dap.
ok tu je. thanks bye!
 

Tuesday, 27 September 2011

ingat penang ada nasi kandaq beratuq saja ka? nasi arab beratuq pon ada tau.

ni cerita masa raya aritu. cerita lama. yela time aku kat penang la. sekarang kat kl kan.

alkisah masa otw balik dari melawat kubur tok wan aku, ayah aku ni kengkonon cakap jom makan nasi arab. sedap la apa la. jadi aku selaku driver singgah je la. aku pon nak rasa gak nasi arab yang kengkonon sedap tu. sebab yang aku makan sedap so far kat saba' je.

gerai je ha.tepi jalan lagi. ni aku tak sure nak cakap area mana, tapi area bertam, kepala batas. dekat kawasan kedai yang ada bank.

tu tu sepinggan seringgit sahaja yuolllss.


ramai ya hamat wei. aku beratur ni dekat setengah jam. membebel-bebel dekat ayah aku. korang suspek sedap sangat ke sampai beratur panjang-panjang gini? aku rasa sedap tak mana pon, buat kerja lembab je anney-anney tu. 




huwaaarrrgggg bila la nak tiba giliran aku ni. nun sayup je pandangan.



ok hampir tiba.dah la lapar yang amat.

tapi....


bila aku tengok lauk-lauk die? arab korak mu! terang-terang tu lauk mamak. tipah tertipu!! huaarrggg maroh. 

ko nampak tak ayam goreng, telur dadar, dengan saki baki kari ikan tak silap aku. arab celah bedah mana???


haaaaa..tengok la periuk-periuk besar berisi kari-kari karapole tu. arab kew??

sah! nasi kandaq!

budus. abes ayah aku kena bebel. sepinggan singgit waklu. beringgit-ringgit. tapi sebab amik ayam 2 ketul. kambing lagi..tehehehe.

rupanya nasi arab je ha die jual. lauk tetap lauk mamak.

feeling je lebih konon kat banner letak gambar unta.

haktuih!


Wednesday, 21 September 2011

jelurut

tau tak jelurut tu ape?

aku pon first time dengar. 

kawan aku dari labuan bawak bagi aku rasa. katanya makanan tradisi orang labuan la kot.

 ni lah rupanya. first time aku tengok. dia mcm kenyal-kenyal gitu, pastu balut dalam daun kelapa. aku suke la bentuk dia, balutan pon kemas. comel gitu


asalnya aku dah excited da nak makan sebab nampak macam sedap dan unik. makanan baru kan,mesti la nak rasa. tapi bila buka je pembalut daun kelapa tu.......

 alamak! sudahhhhhh..aku dah terbayang menda lain.

aku terbayangkan macam:




Source:Google
ulat sagu!

euww..terus terbantut selera.


 tapi aku makan la jugak. dia mcm dibuat dari tepung pulut or tepung beras, lepas tu rasa manis-manis. dalam takde inti takde ape. tapi aku makan dua tiga gigit je,sebab tak masuk sangat rasa tu dengan tekak aku. 


nak-nak pulak dok terbayang ulat sagu tu. da la kuih tu macam kenyal-kenyal. aku goyang-goyang sebijik macam ulat tu dah. kekeke.

nanti korang g labuan jangan lupa cari dan rasa.

bukan jelurut tu

ulat sagu tau.muahahaha.



Tuesday, 13 September 2011

the best laksa in town, or should i say the best laksa in country? or in the world?

sumpah tak tipu. 

aku hantu laksa tau. kan cheq mai dari penang. penang dan laksa penang tak boleh dipisahkan tau?

tapi ni bukan laksa penang, ni lagi Ya Ampun punya sedap dari laksa penang.

laksa kampung petani

aku kalau balik penang, tak p cari laksa ni tak sah. ibarat tiada makna hidup di penang kalau tak makan laksa ni. ewah ko. ade share ke dengan penjual laksa tu?

cakap banyak takmo, meh aku buktikan kesedapan dia. aku bet orang-orang belah penang island mesti tak tau laksa ni.sebab laksa ni kat seberang. dok lak kawasan kampung. 

tadaaaa. ni la rupe laksa tu. dia adalah laksa beras, atau pon lebih tepat laksa buyung. tapi perbezaan laksa ini dengan laksa yang lain adalah, di makan dengan tauhu dan cucur udang. macam ala2 pasembor tu. tapi nak lagi special, tu nampak, aku tambah sambal sotong. tu special. harga pon murah baru rm1.70 tak silap aku. kot naik rm2 tak perasan, sebab "i would pay any amount just to eat this laksa"  ha ko cakap omputih macam sedap sangat hakhakhak

 
ni lah rupe asal.laksa special

ni lah dia super killer laksa ni.aku klo dapat resepi makcik ni,aku jual kat kl, kayo aku. yang botol hijau adalah otak udang (read:petis), yang merah tu la rahsia kesedapan tak terhingga. dalam tu ada sambal merah. ko nampak botol tu penuh lagi? sampai kt aku dengan hasma, botol tu da tinggal kat takuk yang bawah tu. gambar tak sempat nak snap sebab meja belakang cilok botol ktorang.tapi padan muke tinggal cket je. muahahaa
 
 
ni aku tengah taruk sambal tu banyak-banyak.nanti tengok la kaler die bertukar merah menyala ko.
 
tudia merahnye makngah
betul-betul ho liao!!!! sampai menjilat pinggan.
 
ni kedai dia biasa je. dont judge a book by its cover ok. ko datang kol2 kalu nasib la kalau laksa ada lagi. manjang je sold out. tu pasal la aku bangun pagi-pagi kol11 da tercongok kat sini cari laksa.
 
 
sekian mak jemah melaporkan. kalau rasa nak pegi google je kampung petani. pastu nanti benti la tepi jalan ke mana tanya orang, sebab aku takde alamat penuh die.muahahah
 
 

Sunday, 21 August 2011

bersahur di UK

ok tajuk propa.

kesian kan tengok aku bukak puasa makan nasi ngn telur kicap je. lalu mok membawa aku pergi bersahur. dah aku pon terkinja-kinja nak kuar kan. bosan kot dok rumah sorang-sorang terperap dari pagi ke petang ke malam. bukan aku la tu kalau tak kuar.


tekak aku rasa nak makan sup pedas panas.


dan pilihan yang tepat adalah


SUP UK

sup UK atau nama penuh, SUP URAT KETING. yeay tak perlu disangkal lagi kesedapan dia. aku selaku orang yang sangat cerewet dengan makanan tunduk kalah di kaki sup UK.ewah ayat tak nak kalah.

 dimulakan dengan minuman. minuman sejuk di pagi dinihari. lepas tu mengeletar kesejukan. fine,penyakit cari sendiri. aku tak suke minum air panas. carrot susu sebab sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni, *kahkahkah kejap nak gelak kat diri sendiri sebab berani mati bagi statement artis*. mata dah mula kelabu. so carrot adalah penawar terbaik ye kawan-kawan.

ni lah sup yang sedap itu. die pekat tapi tak sepekat sup mamak tu. sup dia kalau untuk aku yang kuat menghirup ni memang tak cukup,mangkuk cinonet sangat.

ni lah rupe urat keting. i loiiikkeee! aku mula-mula mintak urat keting+sup ekor, tapi sup ekor habis, so ganti dengan daging. urat keting ni aku rasa kat bahagian betis la,ke kat buku lali tu. tapi sedap.rasa die kenyal-kenyal lemak-lemak gitu.

ni satu lagi masalah kalau aku mintak pedas. mesti tak bagi pedas. lalu cili potong adalah jalan terbaik. mula-mula tengok cili potong dia, "alahai apsal besor-besor gabak ni,macam cili besar je"

tadi aku cakap macam cili besar kan.so aku assume la tak pedas. aku letak banyak-banyak. skali hamik ko. pedas berdengung. ni makan ko!
last-last kuah licin, yang tinggal hanya lah taburan cili padi. sumpah tak payah gigit cili padi tu pon kuah tu dah pedas gilak.

ni la kedai tu. besar ade 2 corner lot kedai die punye. selain sup dia ade ala carte, ikan bakar, pastu ade satey. sebabkan ni bulan puasa, or aku pegi lambat sangat maka satey takde. sebab aku suke jugak satey UK ni..sedap. lagi sedap dari sate kajang. nanti pegi la try.

kedai dia kat bangi, seksyen 7 tak silap. dekat area-area kedai yang ade jpj bangi tu.


ok tu je nak cite. so tak jadi korang kesian kan aku kan? 

Saturday, 20 August 2011

ni baru betul lauk orang bujang

hari ni aku berbuka sorang. rasa macam loser pulak.

ape kan daya, hosmet balik kampung, sorang kuar g soping, bf pon ade team dinner. 

memang feeling bujang habis lah kalau korang tengok lauk aku ni.

jap lap air mata jap.


nahhh


telur goreng. ikan goreng. goreng bawang dengan cili padi dengan kicap.


dah tak payah kesian dekat aku.

sebab aku rasa sedap gile kot.

ko bayang kan nasi panas-panas makan dengan telur.

terangkat beb.


tolong lah percaya.

Thursday, 4 August 2011

Pernah tengok Kartika Sari transform jadi Delicious?

tak pernah?
meh nak tunjuk.

mula-mula dia adalah seorang kek brownies kartika sari.

  

ceh baru semalam cakap tak buat entry bergambar makanan siang-siang hari. hari ni dah langgar pantang. hee. 

ala ni aku dengan hosmet aku takde keje ahad lepas, ktorang mereka cipta.
dah-dah,bukan besar nau salah aku pon.hehe. ni tengok gambar bawah kartika sari transform jadi Delicious setelah di make over oleh ktorang.




aku dah cakap kan? nampak delicious kan?
tak nampak? ko kero eh..
tak nampak sudah, janji kami yang makan ni rasa delicious. 
kan regina spektor kan?


regina spektor tu hosmet aku.

Sunday, 31 July 2011

karipap keledek idaman kalbuku

breakfast pagi semalam
tudia kuali berkerak pon nak inteprem.
orang bukan nak tengok kuali pon,orang nak tengok apa atas kuali.lagi orang nk tengok apa atas pinggan kan? tinggal nak masuk mulut je.


1, 2 ,3 ,4, 5 lekuk
semua aku sebat tanpa rasa bersalah muahahaha.
plannye aku masak 5 sebab nnt kalau hosmet aku bgn leh la bersarapan sama-sama.
aku makan punya makan,dia pon tido punya tido.last-last aku makan suma,hamik kau kenyang sampai tengahari.


memang faberet aku lah karipap keledek. susah gile nak cari. kalau jumpa suma karipap ubi.aik kedekek bukan ubi? ni ha ubi kentang maksud aku. pastu baru-baru ni dalam fesbuk aku jmpa orang jual. dia cakap keledek,aku apa lagi.laju je mengorder 5, dok umah bujang je pon kau ni,macam ade anak sepuluh tak beragak order 5. berani mati kan mana tau tak sedap sape nk kedarah 5 bungkus tu.

aku order dua-dua daging dan ayam, namanya nak merasa. karipap keledek daging dia sedapppp gilaaaa ok.aku suka sebab dia pedas.perisa blackpepper.daging dia seketui-seketui tak main la guna perisa-perisa je. puas ati la.

yang ayam pon bole tahan tp sebab dia perisa kari dan tak berapa pedas,aku tak gemar sangat lah kau pon.tapi ayam dia pon seketul-seketul, bukan macam setengah karipap tu. claim karipap ayam tapinye guna serbuk kari ayam je.ayam nye yilek pon.

pastu aku terbungkang atas sofa.dah la arini cuaca sejuk.

pastu pukul 2 aku terjaga kawan opis aku telepon ajak kuar, tp aku malas.aku bangun. masak air pastu taraaa..siap aku masak meggi cup. dasar pemalas. apa kau ingat karipap 5 bijik tu mampu mengenyangkan aku sampai petang? tak dapat der.nak-nak tengah bendera merah,aku tak bendera merah pon makan macam tak de hari esok lagi. inikan pulak bendera naik.



kau boleh bangun-bangun makan maggi cup pastu sambung tido balik?





aku boleh! *hidung kembang kuncup*

Saturday, 30 July 2011

MFC vs KFC mana satu kau pilih?

ala LV pon orang imitate, lagikan pulak ayam.
korang penah dengar RFC? Radix Fried Chicken - ni aku rasa belah-belah utara je ada
Kelantan Fried Chicken pon ada.
MFC adalah MUZDALFA FRIED CHICKEN

banyak kali dah lalu kedai ni,bila lalu tengok orang penuh je sentiasa. pelik dalam hati. jarang ada kedai melayu yang jual makanan segera semaju begini.pastu si mok dapat info dari kawan dia kedai ni memang sedap. oo patut lah ramai.

so jumaat pas balik kerja, aku ngn mok nak g jemput hosmet mok yang baru balik dari medan si tony fernandez aku bg nama. so tony sebagai tanda penghargaan nak belanja makan.
sebenarnya sebelom g amik tony fernandez, aku ngn mok dah melahap dah nasi goreng sorang sepinggan, tapi dasar pelahap tak reti nak tolak rezeki, ktorg layankan aje.

not bad lah kedai dia.cher tengok ni. kfc tengok ni mau mintak sign.

dia macam ala2 kfc gak,ade set 2 ketul, 3 ketul ala-ala dinner plate. ni mok ngn tony fenandez amik dinner set, 3 ketul original, 3 ketul spicy. pastu dia bg bun and coleslaw.coleslaw dia sedap,tak kedekut mayonis macam kfc.tp bagi aku,aku suke lagi bun kfc. mebi sebab da sebati dari kecik kot. ayam dia sedappp,tp aku lg prefer ayam goreng mekdi.sbb aku kuat pedas,lagi pedas benda tu, lagi aku ketagih.so kalau MFC ni leh buat ayam yang bole lawan ayam goreng spicy mcd,boleh lah siap sedia red carpet kot, slalu lah aku datang situ nanti (time berduit je la tapinye).

aku sebenarnya dah kenyang.tp aku ada perangai pantang orang nk belanja,aku kenyang mana pon aku nak gak perabih duit orang tu..muaahahah gelak syaitonn. bukan senang nak makan pree hehehe.aku order pizza, hawaiian delight. ermmm memang pizza melayu. bagi aku bese-bese je. aku lagi suka dominos pizza.tapi yang ni cheesseee ni memang humangaihhh..bertambah babat aku.

orang tamak selalu rugi, macam aku dengan pizza aku. dah kedengki nak order gak,tengok la kesudahan aku makan toping je hihi *sambil kuis2 kaki meja* tapiii aku tak membazir. si mok kan tangki besar,crust aku ni dia bantai gak.

environment kat sini boleh dikatakan cosy jugak. aku tengok banyak family datang, yang tua yang muda. tapi kenapa dalam gambar tak mencerminkan suasana? dah tu aku segan la time pakcik-makcik tu makan aku nak snap,aku rasa time aku snap ni 1 famili ni g basuh tangan ke solat, sebab alih-alih aku pandang tengah makan, alih2 time aku snap ni dia takde, alih-alih aku abes snap segerombolan datang balik.

selain toilet, macam fast food restaurant lain,ade permainan utk kanak-kanak. aku ni jurufoto tak bertauliah, aku masih blogger baru nak up,nak amik gambo pon takot2,sudahnya separuh je gambo gelongsor masuk,yang lebeh-lebehnya bontot budak ni.aip ape ke besar bontot kau budak. oh ya ada surau tau kat sini. kalau nak datang time magrib2, takde mak panggil balik sebab ade hantu setan bagai, p la semayang magrib kat sini.

total rm42.70. pizza 9" rm16.90, tak baloi aku rasa.kalau dominos leh dapat rm30 untuk 2 regular. yang set 3ketul ayam rm12.90 1 set. ok la kan.ayam dia rasa ayam goreng melayu.bole lawan kfc gak.yang ni je aku recommend. make sure hamik spicy tau.



p/s : aku nnt MUFC. tapi bukan jual ayam goreng, aku jual jersi MU la.