advertisment

Wednesday, 21 September 2011

nak berspoiler biar berpada

sape tak suke mekap kereta ye dak?

sport rim mau kilat-kilat biar kalau tayar tengah berpusing tu semua orang kena pakai rayban dek panahan silau. bumper kalau bole mau cecah tanah. biar tersagat abes tar-tar tu. 


tapi spoiler? biar mencecah langit kata kau.


meh kita usha-usha jenis-jenis spoiler.ni sume aku tak tau nama la jenis-jenis. bab-bab ni bukan bidang aku ye. just nak kongsi pendapat aku je..huauahuaa

Source: Google
yang ni aku namakan, asalkan ada je. tapi ok, simple. terletak je. yang ni bagi aku ok. ikut kesesuaian kereta. dah nama kereta kat atas tu BMW, semua cantik ye dok?


Source: Google
antara jenis spoiler aku suka, just nice bak kata omputih. bmw lagi. haha. yang ni memang sedang elok la untuk kereta.tak lebih tak kurang. dia macam bagi hint sikit kat kereta tu. macam pompuan pkai eyeliner la diibaratkan.


 Source:Google 
ni lah favourite aku untuk spoiler. smart and sporty. yang ni kebanyakan orang lelaki suke kan. dan banyak di pkai oleh kereta-kereta sporty macam honda civic, lancer. pergghh semat siot.


Source: Google
yang ni bagi aku ok-ok je. bak kata kawan aku, macam nak sidai kain. molek sangat ni kalau ko g mandi kat air terjun ke.otw balik tu ko sidai towel ko kat situ. nescaya kering la. tapi jangan lupa sepit lak, kang terkibai-kibai tengah jalan, kalau memalam kang jangan dok gelabah sangat ingat ada pontianak dok ngekor, walhal telekung siang tadi sidai lupa nak angkat.


Source:Google
ni dah macam arial tv dah aku tengok. apsal ko tak pasang piring astro je ha. ni lalu depan aku 20 kali pon aku tak nak pandang. sumpah buruk nak mampos. ntah spoiler bmw sape ko tibai, tak matching lansung. tapi aku paham, tuan dia ni mesti jenis hati kering.





tapi try tengok gamba bawah ni. aku jumpa time otw nak g open house sabtu aritu. cepat-cepat snap gambo:



Sumber: henpon cabuk cikasamjeruk
tak nak kalah ko. orang berspoiler, dia pon nak berspoiler. tapi agak-agak la. yang lain-lain tu kereta takpe la nak berspoiler tinggi bagai. yang ini van lak tu. pada mata aku tak kena. aku tak tau la kalau korang rasa ok.adeh ni mesti feeling muda remaja, nak boh kat kete sendiri, naik moto, skali van company pon sebat. bagi imej sporty. ko ni kelakar tau bro.





tapi dalam banyak-banyak spoiler tak leh lawan spoiler yang ini:


-

-

-

-

-


-




Source:Google
yang ni aku tak nak cakap apa lah, sape la si bangang punya idea yang buat menda alah ni. buruk sial.dah serupa angkut kayu-kayu dari tempat pembinaan je spoiler ko tuh.kalau kete ni dok depan aku time kat jalan raya, aku sodok gak bontot dia, mengganggu pandangan.dah la aku kalau drive suke pandang masa hadapan.tu rasa-rasa ko bole terbang sampai bulan tak ni? kalau tak boleh terbang jangan nak eksyen depan aku ok?

4 comments:

KiD said...

kereta yang last.. terbaeekkk!!! hahahaa

Niena Pengembara Ilahi said...

haha..spoiler yg bawah skali tu,dh leh wat tangga hehe

Hanif said...

hehehehehehe.....
entri memang best ....lawak..

Reflisia said...

pict yang last tue memang tak bleh blah! hehehehhe =)