advertisment

Tuesday, 13 September 2011

A must watch movie : Bridesmaids

macam-macam ko ni kan, tadi best laksa in the world la, ni must watch la, macam best je.

aku peduli ape. best kot cite ni,so aku nak share. last weekend lepas g beraya kt rumah x-hosmet aku si regina spektor ( bukan nama sebenar) dengan kajol (sah-sah bukan nama sebenar jugak), ktorang melepas gian g jalan kat wangsa walk. niat di hati nak tengok wayang.


disebab kan g tengok wayang main geduk je pegi tak book ape. ktorang terjah je la mana-mana cerita yang available. in fact, cerita ni bukan first choice kitorg pon. ni kire macam asal boleh je. sebab mula-mula nak tengok final destination 5 tapi tinggal seats yang depan-depan screen, takmo la aku tengok orang kena bunuh depan mata kepala aku sendiri. kang darah mercik-mercik kang.

so nampak la poster bridesmaids ni. pastu nampak macam menarik je sebab tajuk die kan macam sesuai untuk orang-orang yang tak kawen lagi macam ktorg ni, kunun-kunun amik mood keh3. pelakon-pelakon pon memang aku tak kenal. mintak maap cakap aku memang failed cket bab-bab pelakon hollywood ke penyanyi ke. aku kenal kim kardashian je kot. sebab hari-hari dok tengok keeping up with the kardashians, pastu kloe and lamar sebab tengok cerita kloe dan lamar. hahaha














dari kiri: Melissa McCharty, Wendi McLendon-Covey, Ellie Kemper, Kristen Wiig (Heroin), Maya Rudolph, Rose Byrne.

ni nama diorang dalam cerita tu:
dari kiri:
Becca, Megan, Annie, Helen, Lilian, Rita
Sinopsis :Picked as her best friend's maid of honor, lovelorn and broke Annie looks to bluff her way through the expensive and bizarre rituals with an oddball group of bridesmaids.  



pendek cerita kisah dia pasal Annie n Lilian ni best friends dari kecik. lepas tu Lilian dilamar oleh Dough ke apa nama dia. lepas tu Lilian mintak la Annie jadi Maid of Honor, or bahasa pasar, pengapit la.

tapi selain Annie, Lilian ade lagi 4 pengapit yang terdiri dari kawan-kawan dia aku tak ingat sangat sape kah kaitan diorang dengan Lillian. tapi sekor-sekor macam-macam peel lawak gile. 

 ni masa Lilian tunjuk Annie cincin tunang dia. ade 1 scene yang lawak gila sebab macam si Annie ni buat-buat suke, padahal dalam ati sedih mengenangkan idop dia yang jadi teman tido je and tak kawin lagi.

nanti korang tengok cite ni, tau la ni scene ape. lawak gile. hahaha
masa engagement party Lilian. asalnya Annie selaku Maid of Honor dipanggil berucap dan dia pon berucap memang ringkas lah. skali si Helen naik la rampas mic dan bagi ucapan, ucapan die best dan menyentuh hati orang ramai la. maka nanti korang tengok la ada scene berebut-rebut mic. asal mic tu satu je. tapi last-last sebab si Annie ni gila kuasa sangat, Helen bawak naik mic lain. sumpah lawak gila.

waktu diorang fitting baju untuk bridesmaid. sorang pakai 1 jenis, lepas tu pilih. bestnye la kalau aku dapat buat gitu. ada 1 gross scene masa part ni,euww rasa nak muntah tengok.aku pejam mata siap-siap.


ni lah hero dalam cerita ni. tak kenal kan? ke aku sorang je yang tak kenal? betul tak aku cakap pelakon die tak kenal? pls pls (tak nak rasa katak bawah tempurung..whaahaha)


overal aku memang bagi 9/10. kalau ikotkan aku nak bagi 10/10, tapi sebab pelakon dia tua-tua. masa awal start cerita ni, tiba-tiba tengok heroin.."eh apa ni..tua je" lepas tu macam down. baru nak tengok wedding ala-ala orang muda. tapi lupa. mat salleh ni memang jenis kawin lambat kan. 

tapi lepas 5minit pertama je da gelak tak hingat. macam homaigod..homaigod lawak gila. dari awal cerita sampai habis cerita kerja gelak je. memang kuat gila aku gelak.

paling tak tahan ada 1 scene time si Annie dok pusing-pusing dalam kereta nak mintak tolong polis kat atas tu, macam-macam aksi dia buat. lawak nak mampos.aku dengan kajol gelak sampai menangis. kuar air mata darah je blom. tu tak campor abes lebam-lebam ape tangan si kajol tu kena pukul dengan aku. sebab aku memang pesen klo tengok wayang cerita lawak gila sampai aku gelak tak tahan, aku mesti nak pukul-pukul orang punya. si mok sedap la pukul banyak isi, si kajol ni seb baik je tak patah riuk..kekeke  (maap ye kajol..hihi)

dalam pada dok gelak macam orang gila, macam-macam kot ilham boleh amik dari cerita ni untuk bakal-bakal pengantin baru, antaranya yang aku suke:

* kad jemputan untuk bridal shower gile cantik nak mati. dia macam 1 box, dan dalam box tu ade la tulis invitation, lepas tu dalam box tu ada 1 lagi box kecik, dalam box tu ada butterfly. gile cantik wa cakap lu time Annie bukak box kecik tu, butterfly tu terbang. macam simbolik la kan, no?

* bridal shower die homaigod. dream party ok. si Lilian ni minat Paris (eh aku pon!) so kawan-kawan dia organize kan bridal shower or bachelorette party yang bertemakan Paris, ala-ala France la gitu. siap kat garden ade mini Eiffel tower, chocolate fountain besar gila, tapi yang paling aku suke, doorgift dia bagi puppy comel gila. kaler putih gebu lepas tu dia ikat pink reben. kaya wei. klo untuk kita tak sesuai bagi puppy, kte bagi kitten ok tak? huahauahu berangan lah ko.

* masa wedding dia kan, dia macam buat kat tengah-tengah kolam yang ada fountain gitu. lepas tu ade macam batu-batu. setiap orang termasuk bridesmaids berdiri atas batu-batu tu la.pengantin diri kat batu yang tengah la of coz.kata  wedding dia.

*eh lupa, time diorang fitting tu, baju pengantin cantik gila! baju bridesmaid yang pink tu pon cantik! ok jom amik ilham.
 

haish aku macam kalau boleh nak je cerita satu movie kat korang. tapi aku tau mesti takde orang baca pon. pffftttt. so aku tak tepek pon trailer cerita tu kat sini. aku bagi je link ok.

nah tengok kat SINI


Rating cerita ni dari IMDb ( The internet movie database ) adalah 7.3/10
Source : IMDb


pic credit: http://www.bridesmaidsmovie.com


9 comments:

sh3ma said...

hahaha..lawak..tp seyes lilian 2 x cntik sgt kn..hehehe

cik asam jeruk said...

sh3ma: ko da tengok ke nyah? kannn..turn off trs aku tgk pengantin x cantik sgt tp wedding gile gempak dowh..

Iwanski said...

wow.. romantic comedy..

Aku Si Pujangga said...

tak pernah tgk.

KiD said...

tak sempat lagi tengok2 wayang.. huhuhu.. nak tengok johnny english reborn.. hheehe

~ NANA ~ said...

yeayyy nak tgk citer ni this weekend! :)

cik asam jeruk said...

iwanski: seyes kena g tgk! :P

pujangga: blom tengok blom tau..pegi2 :D

kid: nak tgk jgak..nampak mcm best je..kui3

nana: have fun! confirm u gelak tak hingat :P

AJ The Mommy said...

dah lama tak tengok movie :(

Hanif said...

kena tengok cita ni..