advertisment

Thursday, 15 September 2011

Keletung keletang bersama CikAsamJeruk : Resepi Cheese Kek tak payah bakar atau kukus

terpanggil nak share resepi, sebab semalam hosmet si nad buat nak bawak g opis. dia pon terpengaruh tengok aku dengan kajol buat dan dia cakap sedap. sampai raya pon dia buat weii..siap ni opismate die request suruh buat. punya lah cakap sedap gila-gila. ok itu aku tambah.


so ni resepi orang bujang ye.resepi asal aku tak ingat kajol cilok dari site mana. tapi nak jadi cerita time-time dok surf resepi tu,sambil buat sambil tengok kat laptop, tak print la.skali internet connection out, page tu pon out. so ktorg ternganga, what's next step? ape nak masuk dulu ni? bape banyak? maka ktorang menghentam keromo je.main campak-campak.yang mana masuk dulu hentam.yang kena letak cket pegi letak byk, yang letak banyak g letak cket. balunnnn. tapi tinggg! nasib baik jadik sedap. so aku namakan resepi ni resepi orang bujang hantam saja lah labu.


kenapa orang bujang? sebab kitorang takde oven, takde periuk kukus (lg) time tu. so cari resepi yang just masuk dalam peti ais je sudah.

ok korang buat la weekend ni klau rajin,nescaya sedap dan mudah.muahahah

ni bahan-bahan die: 
*oreo 2 bungkus
*cheese of coz,nama nak buat cheese kek (kalau ikot resepi asal tak silap nak 250gm kot tapi ktorang gila cheese, pepandai ubah 2 bungkus tu)
*butter (80gm)
*white choc (100gm)
*vanila esen (1 tsp)
*gelatin (3 sudu besar)
*gula castor (1/4 cawan)
*whipping cream (patut guna yang dalam kotak tu, kejadah ape kek pakai whipped cream yang untuk coffee bean tu kan. tapi awal-awal ktorg misunderstood, tapi ni kire ktorg punye resepi la kan. nak ikot boleh, tak nak ikot pon boleh kehkehkeh)


ko tengok anak dara tak senonoh ko.aku cairkan butter terus dalam loyang tu muahaha.sebab leceh nak basuh banyak-banyak. 


*asingkan cream dari biskut. kisar biskut halus. asingkan cket untuk nak letak dalam cheese (ikot suke), lepas tu cairkan butter, masuk lah biskut kisar tu, kacau pastu padat kan untuk membuat dasar. dasar anak tak kenang budi! eh




tadaaa! ni dah lenyek-lenyek mampat-mampat. macam tar ko. ni kalau aku amik tar campur skali pon mesti diorg tak pasan kot.makan je.


*aku bakar dlm oven bujang kejap, saja nak kasi lagi padat krup krup. tapi ni aku reka sendiri, sebab dalam resepi asal tak suruh pon. rajin pulak ko kan?


ha ni nasib baik si regina spektor pinjam kan mixer die. kalau kek yang 1st time ktorang buat, pukul pakai tangan ok. very traditional. da lenguh-lenguh nak mampus tangan memasing,dok lawan tolak ko lah..ko lah.pasni aku.hahah


*cream cheese tu biar dalam suhu bilek tau dalam 2jam ke agak-agak dia lembut, pastu pukul sampai agak-agak kembang. masukkan gula castor. kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan gula, tambahkan manis dalam senyuman.


tudia whipped cream. ha kan senang guna yang ni dari yang kotak tu. ko pssttt..psstttt je. yang ni aku takde agak berapa banyak nak. rasa-rasa nak creamy letak la banyak-banyak. tapi aku sarankan jangan banyak sangat takot lembik pulak kek. 3 kali psssttt psssttt dah.


ni nama dia asbol (asal boleh), aku cairkan white choc dalam loyang je. malas la nak dabel boil bagai. korang rajin korang double boil tau,kalau malas macam aku tapi umah ade microwave, setel kasi masuk je.ko lagi malas dari aku.haha nak menang jugak!

*separuh je white choclate pon dah cukup dalam 100gm.kalau resepi asal 200gm, tapi aku dah try, manis sangat. kalau nak jugak letak 200gm, kurangkan gula castor td. lepas tu gelatin 3 camca besar, kacau dalam air panas (1/4 cawan je).masuk esen vanila sekali tau.



 ni last step. masuk je oreo yang ko dah asingkan tadi. kaco sampai sekata. kejap je.


tuang dalam loyang. eh perlu ke tunjuk scene ni? macam orang lain nak p tuang kat tempat lain je kan?


ratakan. lepas tu bole la letak dalam peti ais. biarkan semalaman bagi gelatin tu bertindak mengeraskan kek ko. kitorg biase buat malam,so tido bangun besok pagi ready to eat dah. sape buat pagi-pagi,rasakan ko dok mengigil-gigil depan petiais nak makan kek ni hahaha




ni lah rupa dia. sori gamba kabur cket. tapi imej masih jelas kan? rasa dia sangat la cheese wa cakap lu. yela 100% cheese takde tepung pon..muahahah

kasi potong kecik-kecik,masuk dalam bekas. senang nak buat kudapan makan sambil tengok tv. amboi ko, kudapan ko cheese kek ye? mana la tak gemok. hihi

mudah kan? walaupon entry aku panjang berjela tak melambangkan mudah. mesti ada skip-skip je baca. tapi perjayalah.aku memang suke cakap banyak. walhal cheese kek ni memang mudah. wakakaka.


try one now!

 

12 comments:

Anonymous said...

Terbaikk cik asam jeruk

Suzie said...

uishhhh anak sapa la ni pandai masak ni...boleh buat calon menantu ni..hehe..

nampak sedap kek tu kan,nak buat juga la :)

Salmia said...

wah.. bleh try nih.. esok ade pot luck :)

cik asam jeruk said...

anon: yeahhhh tima kaseeeyyyy *pantang dipuji hahaha

kak suzie: awwww blushing..eh tp betul sedap tau.buat la kak. xde pantang larang pon pukul 5min ke xleh pukul lama-lama ke..tp sedap gilos! :P

Hanif Idrus Blog said...

iskk buat perut lapar ajer....

aleen aiden said...

bapak ah!nampak sedp....

Anonymous said...

cik asam,cheese yang u pakai ni cheese apa jenis?

Iwanski said...

wow..oreo tu yg buat tambah best tu... kalau nak tengok cara-cara masak beger istimewa... jom singgah pondok usang..

Aku Si Pujangga said...

bestnye!!

Iwanski said...

lupe aku nak bgtau.. ko duduk bujang kan.. sure slalu buat cikodok.. aku bgtau satu rahsia nak bg itu cokodok garing dan lembut walaupun dah sojuk.. ko gunekan roti.. memula ko letak roti sekeping,dua ke.. ko bancuh ngan air, lepas tu ko camput telur dan bahan2 yg lain ikut suke ekau.. udang ke, carrot ke, bawang ke.. pastu terus gaul ngan tepung.. pandailah setting nak buat byk mane.. okeh.. selamat mencube..

cik asam jeruk said...

hanif: mmg sengaja pon..hak3

aleen: rasa pon bapak sedap tau..muahaha :P

anon:i pakai cream cheese satura tu..beli kt jusco. nak pkai phidolepia (xtau eja) mahal..tak mampu kekek

pujangga:tau xpe :D

iwanski: ooo cekodok tu..tau2 penah buat..kui3..mekasih share :D

KiD said...

waaaaahh.. boleh masuk blogger masterchef nih! :)