advertisment

Friday, 23 September 2011

adat merisik, relevan atau tidak?

mesti korang dah tau kan. macam biasa hot topik pagi bila ntah tak hengat. aku memang celik-celik mata je bukak tv dengar hot fm, otw g opis jem-jem dengar hot fm. jadi topik aritu menarik minat.

kata hang tuah:

"takkan melayu hilang di dunia"

kata orang-orang tua ( orang tua sape aku tak tau)

"biar mati anak jangan mati adat"


#merisik tu apa aku tak payah terang kan, sebab aku rasa mesti la ramai dah tau. dan rata-rata dah melaluinya kan.bagi aku, aku setuju kepada kedua-dua patah peribahasa di atas #matilah bm out

adat ni relevan ke tak relevan terpulang dengan masing-masing. ada yang cakap merisik ni untuk orang yang tak kenal, macam norman hukum terbekenan anak jiran umah hujung kampung kat felda tu nama memek, so dia nak buat bini la. lalu norman hukum mintak mak pak dia g merisik. jadi paham ape tujuan merisik?


untuk nak tanya si memek tu dah berpunya ke belum? kalau belum nak sunting la bunga di taman larangan. kau persendakan ku punya harapan. hamik lirik lagu dah kuar.




#ada yang cakap tak relevan untuk pasangan yang dah kenal, contoh macam norman hukum tu dah sah-sah terkantoi kena tangkap kering dengan si memek. jadah apa nak merisik lagi. kalau tak kenal,takkan nak p beromen-romen (aku tak censored sebab dalam cerita p.ramlee selamber je diorg cakap, "nak g taman, romen-romen"). dan sebab kan dah kenal maka bagi mereka ini membazir.


aku?

pendapat aku adat merisik ni relevan. tapi kena dengan cara-caranya. cewah matilah kena kutuk kat belakang. sendiri pon tak dirisik lagi. kecoh jew. wth!


# bagi yang tak kenal, memang sah-sah la releven kan. so no point aku cakap lagi.


#bagi pasangan yang kenal tapi tak kena tangkap kering, relevan jugak. memang la dua-dua kenal, tapi mak pak blom kenal lagi. jadi merisik ni dapat jadi medium untuk berkenalan antara famili sebelum nak berbiras ke besen besan ke. mana tau kot-kot anak musuh ko ke kan mak jemah. 


# bagi pasangan yang kenal,siap mak pak pon kenal. mana tak nya time beranak dok katil sebelah-sebelah siap berjanji kalau anak ko pompuan,anak aku laki. kita kawin kan diorang. lepas tu dok lak sekampung. siap berhangkut tilam bantal tengok wrestling dengan bakal abang ipar, berlawan kentut dengan bapak pak mertua. hurm? payoh gini. suke hati ko nak junjung adat ke tak.aku tak campur.muahahaha


tapi aku suke komen seorang pendengar.dia cakap:

"merisik tu relevan. sebab ni melibatkan perbincangan antara famili. bila bertunang melibatkan orang luar"

sorang lagi cakap:

"relevan. sebab saya and parents g merisik dengan sorang pompuan ni. sekali pompuan ni dah nak bertunang ke esokkannya"

dia cakap malu tu kurang cket berbanding ko datang-datang terus nak pinang anak dara orang kan bawak kaum kerabat, jiran selang 3 buah rumah lagi. malu tau.


# ada yang buat serentak. InsyaAllah aku lah tu hihi. faktor-faktor dia penjimatan. faktor jauh, sorang kutub utara, sorang kutub selatan. maka releven ke tak relevan, tepuk dada tanya selera uolsss.


ok bye!

 

6 comments:

Niena Pengembara Ilahi said...

sy pn masih belum di risik ^^..

merisik tu bagi pasangan yg xmengenali tu sgt2 releven la... kang gi pinang tunang org plak..x ke naya

KiD said...

releven lagi... hehehee

Aku Si Pujangga said...

relevan la, dapt restu keluarga dulu kan..

Iwanski said...

hehe.. adat-adat org kite.. ape bule buat..

L said...

kalu dah kenal xgadohla merisik2 .. huhu

jom kita solat?
http://lolz-l.blogspot.com/2011/09/6-jahanam-2.html

Hanif Idrus Blog said...

releven merisik ni...adat yang aku rasa tak ada salahnya dikekalkan..
Cik Asam Jerukk...bila nak dirisikkan...hehheheh