advertisment

Tuesday, 11 October 2011

chunky loaded yang takde la loaded sangat

sebab gambar pizza kat bawah, tiba-tiba teringat nak review, cewah review uolss.ingat ni produk muka ape, ok ni produk makanan.lama dulu aku ade g makan pizza. balik-balik pizza,tu je ko tau kan. haha. wateber.

takde aku dok la tengok iklan si chunky loaded ni, da terliur-liur sudah. lagi menitik-nitik bila dengar cakap 10 layer bagai kan. harus la aku tergedik-gedik nak try.

ni lah rupa chunky loaded yang bukan *only pic ilustration* tuh. ni gambaran sebenar la yang aku order. nampak menyelerakan?


ha tengok tengok??? tengok puas-puas. kebenda yang loaded aku pon tak paham. cakap 10 layer. ok aku paham la ten layer tu, sebijik bawang, sebijik tomato, sebijik capsicum, sebijik paparoni, sebijik taik idung masin, garam pon kira 1 layer kekdahnya kot. 
tapi ape aku dapat? 

nipis bebenor. ye aku paham klo bebetul dia buat  pizza 10 layers menganga aku nak habis kan. siap pinjam rahang badak air lagi. kan badak air nganga besar. tiba-tiba imaginasi tinggi. ape ko ni, nipis komplen tebal komplen, masak sendiri la woi.

tapi ikot tekak memasing la kan. aku makan ni  dah serupe aku kunyah biskut cream cracker pon ada. mungkin tukang masak tu memerut ke dia tinggal kan pizza aku lelama dalam oven smpai doh bertukar jadi biskut crackers, ke aku yang salah konsep tak tau la. tapi memang den tak gemar la yang ni. aku prefer lagi pizza thin crust dominos tu. even dia nipis tapi still rasa macam pizza lagi. nak makan pon sodap. takde la makan pizza ade bunyi krup krap krup krap.

tapi apa-apa pon tepuk dada tanya selera. terpulang dengan cita rasa memasing.aku tau cita rasa aku, so sebab tu entry yang pizza bawah nun aku tobat tak order dah chunky loaded. tayah nak ikot peredaran semasa sangat lah concept dia. tak payah nak up to date kalau tak kena dengan diri. cewah ni macam entry 2in1. so aku punye citarasa ada lah yang lemak berkrimmmm..yang bercheessssseee.. ok nak ulang balik gambo cheese tu

 tudia chees membuak-buak. nama pon cheezy lava kan. abaikan pinggan sebelah yang da licin tu. tu chocolate volcano pulak. dah macam discovery channel la pulak kan kejap volcano, kejap lava. hehe.

dap dap.
ok tu je. thanks bye!
 

1 comment:

Geng Borak said...

antar laaa sebijik ke putrajaya// hehehe