advertisment

Monday, 17 October 2011

macam mana nak tau umur dah suku abad?

bila hari-hari weeekend di penuhi dengan undangan perkahwinan.


ha time tu pandai-pandai la nak slow and steady ke, nak pecut gear lima terus nikah esoknya. or buat persiapan mental dengan soklan-soklan killer seperti "hang bila lagi?"


weekend aku minggu ni 3 undangan berturut-turut. tapi 2 je aku pegi. 


lagi 1 wedding aku tak sempat lansung nak snap gambar, tapi makanan dia sumpah sedap habaq hang. siap ada kopi corner, kat situ ada rojak buah, bubur jagung, kuih raya pon ada, pastu ada kuih bakar kemboja, dengan kuih tepung pelita. caya lah. memang aku respek la tuan umah yang bagi makanan melimpah ruah ni.


yang aku sempat amik gambar 1 wedding ni je. tapi unik la jugak. lain pada lain. mebi bagi korang dah biasa tapi ni first time bagi aku.


wedding nya kat klang. tapi mak aih jem gila. rupa-rupa eksiden. tapi eksidennya jalan yang menghala ke s.alam, xda kaitan pon dengan ktorg yang nk g klang ni, tapi mak aih, sejam jugak la dalam jem. biasa lah orang Malaysia ni kan terlebih caring. dia nak tolong mangsa hantar g spital kans?


 nah sape nak amik idea centerpiece ke. dia guna orkid betul, aku dok la belek-belek sebab skali-skali pandang macam plastik, skali-skali pandang macam betul.rasa macam nak cabut je bunga tu nak pastikan betul ke tak. nasib baik aku behave. kedatangan aku bukan la nk mencacatkan majlis orang fulamak.


 yang aku cakap unik tadi sebab dia takde pelamin. even wedding ni kat dewan, tapi masuk-masuk pengantin tengah makan beradap kat atas stage. tengok dia punya deco meja beradap pon simple. memang low profile pengantin ni hehe


 lauk da separuh. eh tu bukan tak habis ye.aku lapar sangat aritu sebab stuck dalam jem, memang licin. tak pernah-pernah aku makan nasi kenduri licin tau. ni pon unik gak, first time aku g wedding orang bagi makan otak-otak. 


tapi walau dia takde pelamin, dia ade photo booth. comel sangat. sila abaikan entiti tersebut. si maddu ni la,tak nyabor nak amik gamba, aku nak amik gamba photo booth ni saje. kelihatan pengantin di sebelah sana. eh sambung balik. comel gila photo booth ni. tak silap aku pengantin D.I.Y sendiri props tu. tahniah-tahniah, anda sangat kreatip.


tu je pon.kalau korang rasa tak unik mana, bese-bese ke terpulang la,tapi dah ni first time aku jumpe keke. tapi bagi aku ade kebaikan gak dia buat photo booth gini.




* pengantin lebih dekat dengan orang. sebab selesai dia potong kek, diorang turun bawah salam-salam tetamu terus ke photo booth untuk sesi bergambar. kita yang tengah makan sebelah pon boleh tengok pengantin dekat-dekat


* takde orang kaco pengantin tengah bersantap. ko berani naik atas stage g salam pengantin ke bergambar ke? berani? haha. sebab bese aku tengok klo meja beradap kat bawah ni, orang tak nyempat-nyempat. yela mana yang nak balik awal tu trs g salam pengantin. salam tu 1 hal, siap nak amik gambo lagi. pengantin pon mulut tengah penuh. yela udang tak kopek kulit terus sumbat. nak control punya pasal kan. kalau kopek kulit kang bunyi keletung keletang siap sudu garpu tercampak..keh3. nanti time aku kena request udang tanpa kulit lah.



*  bole di katakan semua berpeluang amik gamba dengan pengantin. sebab dah nama pon photo booth. tuggu giliran, lepas geng ni selesai, orang lain lak masuk amik gambar. kalau pelamin atas stage ada setengah orang segan nak naik. kunun malu.



*  untuk opah moyang nenda yang dah sakit-sakit lutut tu senang gak. kan. tak perlu aku uraikan lebih lanjut. hehe



aku bagi idea je. yang lain terpulang citarasa sendiri. setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing. pendapatan pon dah sah-sah asing-asing kan.

 

6 comments:

Hanif Idrus Blog said...

gambar tertuup..pakwe ker...

cik asam jeruk said...

en hanif: hish xde lah.tu membe xnk glamer soh tutup muke cket..kui3

KiD said...

hahaha.. muka sensored ke? kid dulu pun buat kenduri kat dewan sebelah laki.. takde naik pelamin tapi makan beradab kat atas pentas.. hehehe

Pondok Usang said...

mesti ensem itu org... =)

Reflisia said...

dah adat org masia yang prihatin la darling......hehheheh..naper dihitamkan wajahnya itu..sian dier..

cik asam jeruk said...

kid: oo yeke..cikasam first time jmpe..keke

pondok usang: nescaya anda xmampu berkata2 klo cikasam dedahkan wajah tu hahaha

reflisia: dia yg soh sis, xnk glamer..kekeek