advertisment

Monday, 31 October 2011

how to spend public holiday at home, when the rest are working

hari rabu lepas public holiday bersempena Deepavali.

korang buat ape?

cher tanya aku buat apa.

kalau dah mok kerja, housemate kerja. takkan aku nak terbungkang dekat rumah kan. bukan aku la tu.



* pertama sekali macam mana anda menghabiskan masa dirumah masa public holiday sedangkan yang lain kerja earning $$$$ double triple kan.


sediakan bahan-bahan


antara koleksi mekap aku. memang berterabur habis. niat nak beli beg mekap yang macam mekap retis tu dah lama. tapi duit je yang baru tak sampai-sampai. asal nak beli je, baik aku beli mekap. last-last mekap menimbun, beg ntah ke mana. pastu aku dok usung la dalam beg kertas. hahaha



* kedua. kena ada mangsa. kalau dah ada bahan-bahan kena la ada subjek. takkan nk menconteng arang kat muka sendiri. sendiri mekap, sendiri meroyan sorang-sorang. nak-nak aku failed kalau mekap muke sendiri. tapi mekap muke orang pon takde la cantik mana, tapi cantik la jugak.hahaha. perasan mampos g.


nasib baik ada kawan aku si rani mukherjee (bukan nama sebenar ) pon cuti jugak. dia datang rumah. ape lagi. dia la jadi mangsa keadaan aku. siap dah pukul12 pon aku tak bagi dia mandi semata-mata aku nak mekap dia.


si kajol yang berkerja dok la msg tanye masak tak dia nak balik makan, maklom la PH semua kedai makan tutup. skali aku jawab tak. sebab dok main mekap-mekap..huahauha. kesian kawan berapi-rapi perut menahan lapar.


 antara bahan-bahan yang sempat aku close up. ceh mementang mac yang tu la yang ko nak close up kan. huehuehuehue



nah hamik stok bulu mata palsu aku. 4 kotak ko. ko hado? eh eh yang mekap retis tak payah la jawab aku tau sah-sah dah ada 20 kotak. aku ni bukan pakai pon. beli sebab syiok nak main mekap-mekap. sape ingat aku ada cakap aku bercita-cita nak jadi mekap artis kan. ni orang cakap practice make perfeeecto. haktuih.


mintak maap la gambar model aku takleh nak publish kat sini. kalau nak korang kena mintak kebenaran rani mukerjee dulu.haha. 

last-last dah siap mekap bagai, pukul 3 petang baru stat masak tengahari.


tengok aku si buruk lantak ni tak lapar ko semata-mata nak main mekap-mekap. kalau tak, pukul 12 dah mengelupur cari nasik.


keletung keletang maka ini je hasil nye



 ayam masak hijau podas berdengung. aku makan sampai nak pitam. sebab terlampau pedas. ko gila, dekat segengam gak cili padi aku tumbuk. tangan pijar tak payah cakap, rasa macam nak sepak orang pon sedap time tu.


disamping sayur kailan ikan masin. nasib la ko.


esok membuang pedih bontot habaq hang.

 

3 comments:

aleen aiden said...

ini klo rozita che wan tengok nih,boleh menanges die oih!koleksi bulu mata die pon xbanyak macam tu.kah3

Citra NaniZam said...

wah dah mcm retis gak ni :)

wan habibah said...

mak aik... byk nya bulu2 mata... hahah.. salam kenal