ni la activity weekend kitorang. bangun seawal pagi, pukul8 dah terpacak kat gelanggan squash ni. tengok gambar pon dah tau tu sape kan. hekhekhek.
tapi
aktiviti dah sihat dah. kalori dah bakar dah.
yang tak tahan breakfast tak nak kalah
taraaaaaa...nasik lemak sorang sepinggan
tak cukup dengan itu
roti canai banjir, 2 keping. tapi ni bukan aku punya ye. ni yang lagi gemok dari aku, madi..huahauaha
tengok kronologi dari kanan ye, 1 roti canai kuah tabur atas, 1 roti canai kuah asing dalam pinggan, 2 roti canai banjir.
tapi last-last 2 ekor tu dok pau kuah roti canai aku jugak. pfffttt.
aku memang mencari-cari roti canai melayu. percaya atau tidak, roti canai mamak memang tak mampu menandingi roti canai melayu. roti canai melayu ni tebal, lembut, berkrim di sukai ramai. kalau korang yang jenis suke kering,rangup-rangup ke, blah dari sini. gi cari kedai mamak. haha
tapi seriyes roti canai ni sedap. kuah die pon sedap. ni kat Gerai Jo kat dengkil. tapi kalau nak order sini kesabaran kena tinggi cket macam kitaorg. sebab tu kitorg order nasi lemak dulu, sementara nak tunggu roti canai sampai mak aihh lombab. nasib baik la sedap, orang sanggup tunggu.kalau tak mencarut-carut dah aku kat situ.
lapa kot.
3 comments:
wah bekpes terbaik tu!!! sedap!heheh
da lame xmakan roti canai oih!hu3
den tak ponah main squash... susah tak..
Post a Comment