advertisment

Friday 25 November 2011

Symphony Hills Cyberjaya


ni cerita berapa kali jumaat lepas. aku memang gitu, cite da basi baru teringat nak tulis dalam blog. memang dasar pemalas. kehkehkeh. aritu aku lunch dengan kajol dan rani. pastu si rani tu mengada tamo balik ofis awal-awal. aku ajak la pegi tengok rumah. tak tau pulak kewujudan Shymponi Hills ni. ingat nak pegi usha-usha rumah dekat dengan tasik tu. skali nampak la sign board show house. ape lagi mengeletis la aku. 



lepas tu penceritaan akan di teruskan dengan gambar-gambar. gambar banyak wei, sebab aku jakun kan. orang kampung, tengok umah orang kaya gitu la gayanya pffftt. sambil masuk sambil berangan. haihh.


jom ikot aku berangan di lalala land!

*amaran: gambar adalah banyak dan tunggang langgang*






ni ruangan atas. ko nampak pintu cermin tu? tu pintu bilek kot. pastu kat luar die buat macam study/opis table. si rani cakap "ala kenapa cermin..abes nampak la" . ko ni sengal ape, pasang la langsir aku balas. haha. tapi makesure time-time 18sx tu pasang aircond sudah.jangan pasang kipas. kang kipas tiup kannnggg..sendiri mau ingat.


 



 katil queen dan katil anak bujang. awww so sweet kalau anak bujang aku punya bilek macam tu.





rumah sini 3 tingkat, tapi bila masuk tak macam 3 tingkat, macam 6tingkat okehh. sebab dia konsep moden, rumah dia macam bersegmen-segment. masuk bukak pintu ko jumpa tangga dulu. pastu pilih nak naik atas ke turun bawah. macam gambar kat atas ni tingkat 2. jenuh wei, bila da masak 1 hal pulak nak p panggil diorang makan. kena install sound system dalam rumah ni.

 



ni ruang tamu tingkat dua. kenapa lah kau cantik sangat ha?
 




 ruang tamu tingkat bawah. esok-esok kalau open house, kawan-kawan mak pak sembang sini, kawan-kawan anak sembang atas. jangan masuk campur hal orang tua-tua. hahaha






sebelah ruang tamu gambar atas tadi ada mini opis. Ya Allah seronoknya aku. kalau ini macam hari-hari aku nak work from home je.tamau p opis.




mula-mula kan ada 1 pintu. kitorang ingat kan ada bilik, skali bila bukak, rupanya macam ruang kosong. kire kalau hujan air boleh masuk situ la. tapi ade lagi 2 pintu. rupa-rupanya bilik bibik. yang si kajol tengah nak bukak tu bilek bibik, yang lagi satu tu pintu jamban. kesian bibik, diskriminasi betul orang kaya ni. macam kena quarantine pulak. tapi bibik pon ada toilet sendiri tu. aku syak kawasan luar tu tempat bibik nak sidai spentot dia.kehkehkeh

 


ni lah bilik bibik. sempit gila. memang muat-muat katil je ha. ok bersyukur sekarang aku bukan bibik :)


 

 ni rumah yang lain. dia ada banyak type. yang ni kecik sikit pada yang tadi. tapi aku suka gak yang ni.sebab ruang dia lebih besar dan luas. tak bersegmen sangat macam yang tadi. yang ni masuk-masuk ruang tamu, lepas tu ada tangga naik atas, dapo tingkat 2, bilik tingkat 3.







ni lah dapurnye. ya Allah indahnya. aku paling suke part dapur kalau rumah. aku nak dapur idaman, sebab aku suke memasak. ececehhh.

 




ni antara jenis rumah dia. aku tak sure yang atas tu type ape yang bawah tu type ape. kalau nak tau lebih lanjut pegi la website dia http://www.symphonyhills.com.my


 

ni dalam rumah yang gambar di atas. ni ada high ceiling. cantik wei. ko tengok cermin tu sampai atas. aku pikir-pikir balik jenuh nak beli kain buat langsir. lepas tu 1 hal pulak sape nak memanjat nak cuci cermin tu. lepas tu satu hal lagi kang malam-malam makhluk-makhluk dok terbang kat luar semua aku nampak. 



eh dah habis gambar?


aku ingatkan ada lagi. kan tengok entry aku macam takde penutup dah.tergantung gitu je. gasak lah.


rumah ni aku tak tau la bila aku mampu beli. cantik memang la cantik. idaman memang la idaman. ko p usha harga dia dari 1.2Million yuoolllllll...


gigit jari sentap mak jemaf af tau.


mengajar sampai af80 pon belom tentu mak jemah mampu.

 

 

3 comments:

MiaSaidin said...

haha.. memang syok je jenguk rumah cantik. berangan macam2..walaupun hakikatnya aku tak mampu.. :p

Reflisia said...

cantiknya...bagi ilham tuk deco umah sendiri ni..hehehe

محمد رازيق said...

wah bestnyer rumah ni.. nak beli.. tapi x terdaya....