advertisment

Thursday, 10 November 2011

percubaan pertama membuat cookies

ni sambungan yang masa cuti deepavali tu

bila dah takde kerja mula la,gatal tangan kaki punkoq semua.

tak reti dok diam.

hujan-hujan ajak gak hosmet kuar g jusco beli perkakasan nak buat biskut.

balik rumah kol9 baru nak start adun-adun bahan

ko ingat cuti deepavali seminggu? esok kerja tau tak?

adun punya adun makan jadi la macam ni


adun pakai tangan je. baru la orang cakap ada air tangan. macam ni la sedap.huahauhaua



percubaan pertama. aku tak jumpa dulang, aku sumbat je dalam loyang. oven da la kecik. jam dah menunjukkan angka 10, kalau macam gini gaya esok pagi pon tak siap. takpe takpe kita tunggu hasil


hasilnye.wakakaka. hodoh bebenor. da serupa bola dah aku tengok. siap ade yang melekat kat dinding loyang jadi terbantut pembesaran. ni la nama percubaan pertama, sebab tak reti bajet, aku gentel besar-besar penumbuk boh dalam loyang ni.


lepas tu nak jadi cerita masa panas-panas, aku tekan-tekan, eh pasal lembut ni. ni kek ke biskut. pastu aku pon assume sendiri sebab adunan tu lembut, aku tambah lagi tepung lagi agak lebih kurang.

skali dah tambah-tambah tepung baru la hosmet aku yang pandai buat kek tu balik dia cakap

"eh, kalau biskut rangup, memang masa panas die lembik, kena tunggu sejuk nanti baru la die keras"


-_____-"


dang!


nasi dah jadi bubur. doh lembik dah jadi doh keras.


life must go on bebehhhh..




ni percubaan kedua dan keseterusnue. sebab da tak tahan sangat guna loyang dapat cket, aku cari jugak tray. so kali kedua ni doh da comel-comel dah. belajar dari pengalaman kan. 1 kali bakar, 1 tray, 16bijik je. malam tu aku dapat ade la dalam 200++ bijik kot. ko kire la berapa kali aku bukak tutup oven, berapa jam aku tido sebab skali bakar 1 tray je,lepas tu 20minit. tssskk T__T




tapi bila tengok ni, sejuk ati mak nak. hahaha. terus semangat berkobar-kobar bakar. tapi yang last tray tu aku memang surrender siap-siap.tak larat dah. aku biar hosmet aku kajol uruskan..keh3.


tapi puas ati,sedap. ramai mintak resepi. tinggal biskut ni keras cket je.tapi rangup tu ade. sebijik macam famos amosa tu. ni pon sebab aku tambah tepung lebih la tu dia keras. kalau tak ni,bukan takat mintak resepi, siap mintak beli tu.

eh betul tak tipu.

ade yang tanya kawan aku 

"berapa budak ni jual?"

tak mahal brader hehehe

5 comments:

Hanif said...

hahahahahah....nak beli satu botol..

Kazen said...

tapi nmpak cam sedapt...lg sedap kalu dpt mkn free :p

aleen aiden said...

yg kembar 5 yg xtahan tu.abeh bercatum dalam loyang.hik3

iMBobo said...

yg pntg rasa sedap hehe

Reflisia said...

wow great job darling...=)