advertisment

Tuesday, 29 November 2011

'Monday' Blues dan Spagetti

huarrgghh...monday blues sungguh hari ni.

yela, 3 hari cuti, walaupon hari ni hari selasa, tetap monday bagi aku. kerana setiap hari pertama kerja adalah monday. T_T


tak tau nak update ape, sebab blog pon aku monday blues jugak. boleh? keh3


tapi apa kaitan spagetty dengan monday blues. bukan, teringat balik kang nak masak spagetti..nyum nyum.


teringat 2 minggu sudah, 2 kali makan spagetti. 2 jenis pulak tu.kenape 2 jenis? sebab 2 perut je makan. so satu paket spagetti tu bahagi dua, jadi 2 kali masak.


nak tengok gambar.



spagetti bolognese la sangat kan. walhal lauk bujang,pakai daging burger dengan sosej je. lepas tu carrot dengan cendawan. meriah uoollss..yang ni aku yang masak.




spagetti ni diubah cita rasa mengikut tekak aku dengan kajol.tak main la tomato, dah la masam. aku tukar resepi, tumbuk cili padi sikit, dan tambah cili giling. baru la kena dengan tekak kami. 







spagetti karbonara, kajol yang masak. ko nampak je kaler putih suci murni, sumpah pedas nak mampus. kalah yang kaler merah menyala tadi. ni berapa gengam cili api kajol tumbuk aku tak tau. dah la cili padi, pastu siap ade black papper. mengelupur makan. tapi sodap.



tengok ni pon da meleleh-leleh mukus aku. kahkahkah. aku cakap dengan kajol, weh ni spagetti patut lemak-lemak gitu, gapo gak pedas berdengung ni. dia balas, kalau lemak-lemak, nanti makan muak! hahaha. betul pon. sebab tu aku kalau tengah macam loya-loya (gulp?), mesti aku request dengan mok. plis plis  bawak i makan tempat yang ade makanan panas dan pedas.


tu je ha aku nak merepek. sebelum stat buat kerja. dah la tengah monday blues, skali ada kerja pulak. haih.


*sambil dok terpikir balik ni nak masak yang mana dulu, carbonara ke bolognese? nyum-nyum. apa-apa pun dua-dua jenis akan akan dimasak. yela,sepeket spagetti bahagi dua, remember?*

 

4 comments:

Salmia said...

nasi bungkus terbaik!

hahahaha...

~ NANA ~ said...

dh cuti lama mmg rse mls nk buat keje...hehe

btw spageti tu nmpk sedappp

myblog said...

pandai masak masakan barat...cayalah

Reflisia said...

amboi..kemain masaknyer..buat kecur air liur tgk masakan dier...hehehe

yunk, u have been tagged tau..sori tau kalau menyusahkan!
http://cincinmasmerah.blogspot.com/2011/11/tagging-from-her.html