advertisment

Monday, 19 September 2011

Port Luck Raya

2 minggu lepas punya cerita

kitorang ladies kat opis ni decide buat potluck raya. masing-masing bawak air tangan memasing, ada yang bawak air tangan bangla pon ade *yang bawak air dalam botol tu.bangla la kan pekerja kilang tu* keh3

ya Allah dari nampak sorang cket, skali bila kumpul-kumpul boleh jamu 1 level tu. siap berbungkus-bungkus bibik-bibik tu, rezeki diorang kan. 

arini mood aku baik, tayah cakap banyak layan gamba je la.


 
sebelum dibogelkan



nah. macam-macam ada!
lemang.nasi lemak. nasi himpit kuah kacang. rendang daging. rendang ayam. serunding. bihun goreng. lontong.buah. kuih raya.drummet ayam n sosej. dominos pizza pon ada.


close up cket bagi air liur meleleh tup tap tup tap


kek secret recipe pon hado.
dessert counter. 


tu air tangan bangla-bangla..huahauah.
air kotak tu aku rembat 2 bawak balik hihi


chop! yang tulisan bold kat atas tu aku bawak muahahaha. 
saja tak nak show off, maklom la instant.
ok tu je.nampak sangat takde modal nak merepek.
bye!

 

Saturday, 17 September 2011

Kucing vegetarian?

Kelik untuk rabun jauh
pagi tadi aku jenguk-jenguk depan umah.

skali aku tengok sekor binatang dok ragut rumput.

aku tengok lama-lama, ape kucing ni buat.

dia dok makan rumput. apekah?

first time ni first time aku tengok kucing makan rumput.

bukan kucing makan ikan ke? tak pon whiskas?

sejak bila kucing jadi vegetarian ni? 

ke aku tak tau selain dari ikan kucing jugak memerlukan sayur untuk penghadaman?

Thursday, 15 September 2011

Keletung keletang bersama CikAsamJeruk : Resepi Cheese Kek tak payah bakar atau kukus

terpanggil nak share resepi, sebab semalam hosmet si nad buat nak bawak g opis. dia pon terpengaruh tengok aku dengan kajol buat dan dia cakap sedap. sampai raya pon dia buat weii..siap ni opismate die request suruh buat. punya lah cakap sedap gila-gila. ok itu aku tambah.


so ni resepi orang bujang ye.resepi asal aku tak ingat kajol cilok dari site mana. tapi nak jadi cerita time-time dok surf resepi tu,sambil buat sambil tengok kat laptop, tak print la.skali internet connection out, page tu pon out. so ktorg ternganga, what's next step? ape nak masuk dulu ni? bape banyak? maka ktorang menghentam keromo je.main campak-campak.yang mana masuk dulu hentam.yang kena letak cket pegi letak byk, yang letak banyak g letak cket. balunnnn. tapi tinggg! nasib baik jadik sedap. so aku namakan resepi ni resepi orang bujang hantam saja lah labu.


kenapa orang bujang? sebab kitorang takde oven, takde periuk kukus (lg) time tu. so cari resepi yang just masuk dalam peti ais je sudah.

ok korang buat la weekend ni klau rajin,nescaya sedap dan mudah.muahahah

ni bahan-bahan die: 
*oreo 2 bungkus
*cheese of coz,nama nak buat cheese kek (kalau ikot resepi asal tak silap nak 250gm kot tapi ktorang gila cheese, pepandai ubah 2 bungkus tu)
*butter (80gm)
*white choc (100gm)
*vanila esen (1 tsp)
*gelatin (3 sudu besar)
*gula castor (1/4 cawan)
*whipping cream (patut guna yang dalam kotak tu, kejadah ape kek pakai whipped cream yang untuk coffee bean tu kan. tapi awal-awal ktorg misunderstood, tapi ni kire ktorg punye resepi la kan. nak ikot boleh, tak nak ikot pon boleh kehkehkeh)


ko tengok anak dara tak senonoh ko.aku cairkan butter terus dalam loyang tu muahaha.sebab leceh nak basuh banyak-banyak. 


*asingkan cream dari biskut. kisar biskut halus. asingkan cket untuk nak letak dalam cheese (ikot suke), lepas tu cairkan butter, masuk lah biskut kisar tu, kacau pastu padat kan untuk membuat dasar. dasar anak tak kenang budi! eh




tadaaa! ni dah lenyek-lenyek mampat-mampat. macam tar ko. ni kalau aku amik tar campur skali pon mesti diorg tak pasan kot.makan je.


*aku bakar dlm oven bujang kejap, saja nak kasi lagi padat krup krup. tapi ni aku reka sendiri, sebab dalam resepi asal tak suruh pon. rajin pulak ko kan?


ha ni nasib baik si regina spektor pinjam kan mixer die. kalau kek yang 1st time ktorang buat, pukul pakai tangan ok. very traditional. da lenguh-lenguh nak mampus tangan memasing,dok lawan tolak ko lah..ko lah.pasni aku.hahah


*cream cheese tu biar dalam suhu bilek tau dalam 2jam ke agak-agak dia lembut, pastu pukul sampai agak-agak kembang. masukkan gula castor. kalau tak nak manis sangat boleh kurangkan gula, tambahkan manis dalam senyuman.


tudia whipped cream. ha kan senang guna yang ni dari yang kotak tu. ko pssttt..psstttt je. yang ni aku takde agak berapa banyak nak. rasa-rasa nak creamy letak la banyak-banyak. tapi aku sarankan jangan banyak sangat takot lembik pulak kek. 3 kali psssttt psssttt dah.


ni nama dia asbol (asal boleh), aku cairkan white choc dalam loyang je. malas la nak dabel boil bagai. korang rajin korang double boil tau,kalau malas macam aku tapi umah ade microwave, setel kasi masuk je.ko lagi malas dari aku.haha nak menang jugak!

*separuh je white choclate pon dah cukup dalam 100gm.kalau resepi asal 200gm, tapi aku dah try, manis sangat. kalau nak jugak letak 200gm, kurangkan gula castor td. lepas tu gelatin 3 camca besar, kacau dalam air panas (1/4 cawan je).masuk esen vanila sekali tau.



 ni last step. masuk je oreo yang ko dah asingkan tadi. kaco sampai sekata. kejap je.


tuang dalam loyang. eh perlu ke tunjuk scene ni? macam orang lain nak p tuang kat tempat lain je kan?


ratakan. lepas tu bole la letak dalam peti ais. biarkan semalaman bagi gelatin tu bertindak mengeraskan kek ko. kitorg biase buat malam,so tido bangun besok pagi ready to eat dah. sape buat pagi-pagi,rasakan ko dok mengigil-gigil depan petiais nak makan kek ni hahaha




ni lah rupa dia. sori gamba kabur cket. tapi imej masih jelas kan? rasa dia sangat la cheese wa cakap lu. yela 100% cheese takde tepung pon..muahahah

kasi potong kecik-kecik,masuk dalam bekas. senang nak buat kudapan makan sambil tengok tv. amboi ko, kudapan ko cheese kek ye? mana la tak gemok. hihi

mudah kan? walaupon entry aku panjang berjela tak melambangkan mudah. mesti ada skip-skip je baca. tapi perjayalah.aku memang suke cakap banyak. walhal cheese kek ni memang mudah. wakakaka.


try one now!

 

Wednesday, 14 September 2011

made in thailand, from Padang Besar with love

tajuk tak nak kalah ko.

aku kan pegi beraya umah sedara kat padang besar, tiap-tiap tahun aktiviti wajib mesti pegi padang besar. orang lain pegi padang besar beli jersi (eh abg aku beli selai),baju adibas, suar niki, kasut roobok,spender quitsilver, suar katok bagai.

tapi aku beli




tadaaaaaa!!!




periuk!!




hahaha very the mak-mak. tapi ade aku kisah? sebab aku beli memang untuk mak aku pon.wakakaka. tapi yang dalam gamba penutup kaca tu, periuk kukus. aku beli untuk aku.almaklom la dok umah bujang, oven takde. eh bukan-bukan, nak diet. nak makan kukus-kukus je, seperti siakap setim limau dan kek chocolate moist kukus? diet haktuih. teheeee :p


eh murah je wei..tak dapat ni kat kl.tak dapat jugak dipasaraya berdekatan umah anda. aku beli ni, saiz paling besar 28cm, siap penutup kaca lagi tu. boleh la nak kelebet kek ko cukup naik ke bantat ke, ikan siakap ko dok menari-nari shuffle kat dalam tu ke. tak payah nak bukak tutup tudung periuk nak tengok, pastu pengewapan kat muka, lepas tu leh la picit jerawat macam kat facial tu. wehhh pengotor.

Cher teka berapa?

RM20 hengget je weiiiii. mabeles. kalau aku beli 20 balik jual kat kl rm35 ada orang nak beli tak? hahaha dasar pentipu.






ni untuk mak aku nak keletung keletang kat dapo. periuk 5 beradik. berkilat ko.sape rabun silau tak leh pakai nih. aku tipu je. klo tak mak aku nak amik yang cap buaya (read:crocodile) tapi aku soh amik yang ni sebab nampak lagi exclusip pastu tudung die macam ada pemegang kecik gitu. takde la nak bukak tutup periuk nak ceduk kuah laksa, keletung keletang jatuh sebab panas (cakap berdasarkan pengalaman sendiri hee).


kenapa indian pot? ntah.sebab india suke beli ke? eh mentang-mentang aku itam. aku rasa sebab die berkilat mcm india..eh maksud aku macam pinggan mangkuk yang india slalu guna tu.ala mcm ala-ala aluminium tu. macam ko pegi kedai mamak order roti canai, die serve ko dalam plate gitu lah. haishh payah nau aku nak explain.


ni pon murah, kalau beli satu-satu yang besar sekali tu aku rasa mau rm30. tapi ni 1 set dapat rm70. tapi ni pon aku beli time musim perayaan. biasa lah peniaga mesti kasi up harga kaw-kaw. cuba ko datang time hari biase, mau rm50 ape kot. kot je la.


ok sekian mak jemah af melaporkan.



Nampak benor nipunye

Girl: Awak merokok?
Boy: Tak...
Girl: Minum?
Boy: Tak...
Girl: Ada kereta?
... Boy: Cuma ada BMW,WOLKSWAGEN,SUBARU,HONDA DENGAN FERRARI...
Girl: [Wah anak orang kaya rupanya] Rumah kat ne?
Boy: Bukit Antarabangsa...
Girl: Wah mesti mahal...
Boy: Tak la...cuma RM 950 000 je...
Girl: Wah...[Calon suami beest ni]...kerja apa?
Boy: Pengarah syarikat..
Girl: [Confirm jadi boyfriend aku] HOBI?
Boy: Tipu orang . HAHA xD
 
Credit: SINI

Tuesday, 13 September 2011

A must watch movie : Bridesmaids

macam-macam ko ni kan, tadi best laksa in the world la, ni must watch la, macam best je.

aku peduli ape. best kot cite ni,so aku nak share. last weekend lepas g beraya kt rumah x-hosmet aku si regina spektor ( bukan nama sebenar) dengan kajol (sah-sah bukan nama sebenar jugak), ktorang melepas gian g jalan kat wangsa walk. niat di hati nak tengok wayang.


disebab kan g tengok wayang main geduk je pegi tak book ape. ktorang terjah je la mana-mana cerita yang available. in fact, cerita ni bukan first choice kitorg pon. ni kire macam asal boleh je. sebab mula-mula nak tengok final destination 5 tapi tinggal seats yang depan-depan screen, takmo la aku tengok orang kena bunuh depan mata kepala aku sendiri. kang darah mercik-mercik kang.

so nampak la poster bridesmaids ni. pastu nampak macam menarik je sebab tajuk die kan macam sesuai untuk orang-orang yang tak kawen lagi macam ktorg ni, kunun-kunun amik mood keh3. pelakon-pelakon pon memang aku tak kenal. mintak maap cakap aku memang failed cket bab-bab pelakon hollywood ke penyanyi ke. aku kenal kim kardashian je kot. sebab hari-hari dok tengok keeping up with the kardashians, pastu kloe and lamar sebab tengok cerita kloe dan lamar. hahaha














dari kiri: Melissa McCharty, Wendi McLendon-Covey, Ellie Kemper, Kristen Wiig (Heroin), Maya Rudolph, Rose Byrne.

ni nama diorang dalam cerita tu:
dari kiri:
Becca, Megan, Annie, Helen, Lilian, Rita
Sinopsis :Picked as her best friend's maid of honor, lovelorn and broke Annie looks to bluff her way through the expensive and bizarre rituals with an oddball group of bridesmaids.  



pendek cerita kisah dia pasal Annie n Lilian ni best friends dari kecik. lepas tu Lilian dilamar oleh Dough ke apa nama dia. lepas tu Lilian mintak la Annie jadi Maid of Honor, or bahasa pasar, pengapit la.

tapi selain Annie, Lilian ade lagi 4 pengapit yang terdiri dari kawan-kawan dia aku tak ingat sangat sape kah kaitan diorang dengan Lillian. tapi sekor-sekor macam-macam peel lawak gile. 

 ni masa Lilian tunjuk Annie cincin tunang dia. ade 1 scene yang lawak gila sebab macam si Annie ni buat-buat suke, padahal dalam ati sedih mengenangkan idop dia yang jadi teman tido je and tak kawin lagi.

nanti korang tengok cite ni, tau la ni scene ape. lawak gile. hahaha
masa engagement party Lilian. asalnya Annie selaku Maid of Honor dipanggil berucap dan dia pon berucap memang ringkas lah. skali si Helen naik la rampas mic dan bagi ucapan, ucapan die best dan menyentuh hati orang ramai la. maka nanti korang tengok la ada scene berebut-rebut mic. asal mic tu satu je. tapi last-last sebab si Annie ni gila kuasa sangat, Helen bawak naik mic lain. sumpah lawak gila.

waktu diorang fitting baju untuk bridesmaid. sorang pakai 1 jenis, lepas tu pilih. bestnye la kalau aku dapat buat gitu. ada 1 gross scene masa part ni,euww rasa nak muntah tengok.aku pejam mata siap-siap.


ni lah hero dalam cerita ni. tak kenal kan? ke aku sorang je yang tak kenal? betul tak aku cakap pelakon die tak kenal? pls pls (tak nak rasa katak bawah tempurung..whaahaha)


overal aku memang bagi 9/10. kalau ikotkan aku nak bagi 10/10, tapi sebab pelakon dia tua-tua. masa awal start cerita ni, tiba-tiba tengok heroin.."eh apa ni..tua je" lepas tu macam down. baru nak tengok wedding ala-ala orang muda. tapi lupa. mat salleh ni memang jenis kawin lambat kan. 

tapi lepas 5minit pertama je da gelak tak hingat. macam homaigod..homaigod lawak gila. dari awal cerita sampai habis cerita kerja gelak je. memang kuat gila aku gelak.

paling tak tahan ada 1 scene time si Annie dok pusing-pusing dalam kereta nak mintak tolong polis kat atas tu, macam-macam aksi dia buat. lawak nak mampos.aku dengan kajol gelak sampai menangis. kuar air mata darah je blom. tu tak campor abes lebam-lebam ape tangan si kajol tu kena pukul dengan aku. sebab aku memang pesen klo tengok wayang cerita lawak gila sampai aku gelak tak tahan, aku mesti nak pukul-pukul orang punya. si mok sedap la pukul banyak isi, si kajol ni seb baik je tak patah riuk..kekeke  (maap ye kajol..hihi)

dalam pada dok gelak macam orang gila, macam-macam kot ilham boleh amik dari cerita ni untuk bakal-bakal pengantin baru, antaranya yang aku suke:

* kad jemputan untuk bridal shower gile cantik nak mati. dia macam 1 box, dan dalam box tu ade la tulis invitation, lepas tu dalam box tu ada 1 lagi box kecik, dalam box tu ada butterfly. gile cantik wa cakap lu time Annie bukak box kecik tu, butterfly tu terbang. macam simbolik la kan, no?

* bridal shower die homaigod. dream party ok. si Lilian ni minat Paris (eh aku pon!) so kawan-kawan dia organize kan bridal shower or bachelorette party yang bertemakan Paris, ala-ala France la gitu. siap kat garden ade mini Eiffel tower, chocolate fountain besar gila, tapi yang paling aku suke, doorgift dia bagi puppy comel gila. kaler putih gebu lepas tu dia ikat pink reben. kaya wei. klo untuk kita tak sesuai bagi puppy, kte bagi kitten ok tak? huahauahu berangan lah ko.

* masa wedding dia kan, dia macam buat kat tengah-tengah kolam yang ada fountain gitu. lepas tu ade macam batu-batu. setiap orang termasuk bridesmaids berdiri atas batu-batu tu la.pengantin diri kat batu yang tengah la of coz.kata  wedding dia.

*eh lupa, time diorang fitting tu, baju pengantin cantik gila! baju bridesmaid yang pink tu pon cantik! ok jom amik ilham.
 

haish aku macam kalau boleh nak je cerita satu movie kat korang. tapi aku tau mesti takde orang baca pon. pffftttt. so aku tak tepek pon trailer cerita tu kat sini. aku bagi je link ok.

nah tengok kat SINI


Rating cerita ni dari IMDb ( The internet movie database ) adalah 7.3/10
Source : IMDb


pic credit: http://www.bridesmaidsmovie.com