advertisment

Tuesday, 13 September 2011

the best laksa in town, or should i say the best laksa in country? or in the world?

sumpah tak tipu. 

aku hantu laksa tau. kan cheq mai dari penang. penang dan laksa penang tak boleh dipisahkan tau?

tapi ni bukan laksa penang, ni lagi Ya Ampun punya sedap dari laksa penang.

laksa kampung petani

aku kalau balik penang, tak p cari laksa ni tak sah. ibarat tiada makna hidup di penang kalau tak makan laksa ni. ewah ko. ade share ke dengan penjual laksa tu?

cakap banyak takmo, meh aku buktikan kesedapan dia. aku bet orang-orang belah penang island mesti tak tau laksa ni.sebab laksa ni kat seberang. dok lak kawasan kampung. 

tadaaaa. ni la rupe laksa tu. dia adalah laksa beras, atau pon lebih tepat laksa buyung. tapi perbezaan laksa ini dengan laksa yang lain adalah, di makan dengan tauhu dan cucur udang. macam ala2 pasembor tu. tapi nak lagi special, tu nampak, aku tambah sambal sotong. tu special. harga pon murah baru rm1.70 tak silap aku. kot naik rm2 tak perasan, sebab "i would pay any amount just to eat this laksa"  ha ko cakap omputih macam sedap sangat hakhakhak

 
ni lah rupe asal.laksa special

ni lah dia super killer laksa ni.aku klo dapat resepi makcik ni,aku jual kat kl, kayo aku. yang botol hijau adalah otak udang (read:petis), yang merah tu la rahsia kesedapan tak terhingga. dalam tu ada sambal merah. ko nampak botol tu penuh lagi? sampai kt aku dengan hasma, botol tu da tinggal kat takuk yang bawah tu. gambar tak sempat nak snap sebab meja belakang cilok botol ktorang.tapi padan muke tinggal cket je. muahahaa
 
 
ni aku tengah taruk sambal tu banyak-banyak.nanti tengok la kaler die bertukar merah menyala ko.
 
tudia merahnye makngah
betul-betul ho liao!!!! sampai menjilat pinggan.
 
ni kedai dia biasa je. dont judge a book by its cover ok. ko datang kol2 kalu nasib la kalau laksa ada lagi. manjang je sold out. tu pasal la aku bangun pagi-pagi kol11 da tercongok kat sini cari laksa.
 
 
sekian mak jemah melaporkan. kalau rasa nak pegi google je kampung petani. pastu nanti benti la tepi jalan ke mana tanya orang, sebab aku takde alamat penuh die.muahahah
 
 

Monday, 12 September 2011

kejap ye blog

  
pic source: Google

Saturday, 10 September 2011

must pay to use!


uncle singh jiran sebelah aku 
ni mesti kes sebelom ni tak guna security password, lepas tu ngadu kt TM internet lembab. 

must pay to use ok?

Friday, 9 September 2011

service charge 6% untuk pengguna prepaid

sape dengar radio hot fm pagi tadi? hot topik pagi ni pasal service charge 6% untuk pengguna prepaid bermula 15 September 2011 ni. so nanti kalau yang nak kirim topup kat kawan ke ape, jangan hulur 10hengget je. harus mintak lagi 60sen untuk service charge, kalau charge upah korang tu suke ati la nak letak berapa aku tak masuk campur hal korang. 

pada aku, aku setuju je.

mesti ko cakap, ko sape nak setuju-setuju. abes sume benda nak di charge kan. gaji tak naik-naik pon. kan?

aku?

* aku bekas pengguna prepaid since jap nak ingat aku stat pakai phone time aku masuk matrik, aku tak hebat macam budak-budak sekarang, darjah 1 dah ade phone ko. aku ade phone time masuk matrik pon dengan hasil usaha aku sendiri. aku kerja kilang time tunggu result spm, dapat duit aku beli phone. tu pon phone pertama aku 3310 je. tapi tak payah heran, sebab sampai skrang pon phone paling canggih aku pernah pakai nokia n70 je. blom masa lagi kot aku pakai phone canggih manggih. pada aku, phone aku asalkan aku boleh kol, sms, amik gamba sudah. tu pon kadang-kadang tak amik gamba sebab segan nak bawak kuar phone di khalayak ramai..muahahaha


* lepas tu tahun berapa tak ingat aku tukar kepada postpaid, aku jadi supplimentary untuk principal aku (ha amik bahasa telekomunikasi dah keluar). mok mainline, aku sub-line dia. ktorang amik maxis family package 80, principal RM50, aku sub-line RM30. tapi kalau ko guna lebih bayar la lebih. nak tau lebih lanjut g layari website maxis, or call 123. ok ni aku nak cakap ape, ktorang guna postpaid sejak dari awal, kena je service charge tu. tak bising pon.

korang nak cakap ape? in fact, aku rasa pengguna prepaid lagi hebat kot. aku bulan-bulan biasa tak pernah lebih rm30, paling banyak pon rm50, tu sebab aku topup adik aku. korang yang prepaid? seminggu RM10 topup tak sah kan? nak-nak yang tengah galak bercinta, topup RM10 tahan 3 hari je? ko darab la sendiri sebulan aku rasa minima pon RM50. tu blom yang langgan caller ring tone, call me tone, kejadah ape lagi. banyak duit korang? nak bayar service charge setakat 60sen tu bising pulak. bagi je la duit rosmah nak p bikin rambut dia lg besar. eh tiba-tiba.

* aku bekas customer service untuk maxis dan celcom. hamik ko. dua-dua aku sapu. tinggal digi je tak sebab Alhamdulillah aku dapat kerja yang lebih baik. hazabbbb ok customer service ni. tak percaya pegi lah try. hari-hari tak kena maki dengan customer tak sah. customer ni call service centre nak free aje. sebab free jugak la kan, tiap-tiap jam nak call. tanye benda tak de pekdah yang ko sendiri boleh piki, contoh 

kat mana kedai topup maxis? 
ni kenapa saya kol kawan saya tak dapat, dia cakap di luar kawasan?
kenapa saya kol awek saya bunyi tutt..tutttt? saya risau ni 

kalau lah kaki aku bole masuk dalam phone tu, aku terajang jugak telinga dia kat phone tu. dah operator tu cakap luar kawasan, luar kawasan la. maknanya takde liputan bahlol. ko nak soh aku jadi csi ke p cari kawan ko tu.tak pon aku pas kat abang kawasan je cari. yang lagi sekor, kedai topup bersepah-sepah lagi mau tanye.even mamak, 7e, stesen minyak semua ada jual la wei.ko dok dalam hutan gamaknye. ni yang paling tak tahan, kenapa kol awek bunyi tuttt tuuttt, tu maknanya ko boleh blah tinggalkan awek ko tu, dok bergayut dengan jantan lain. tu engaged la bodoh. pakai phone je pandai, jaga awek tak pandai. kaitan? 


yang paling bangang skali kol nak berkenalan pantang betul aku nak melayan orang macam ni


ooo mahima chowdry(bukan nama sebenar) eh, sedap suara awak, nak berkenalan boleh?

berkenalan korak hijo mu!



ni kalau aku cerita pengalaman kerja customer service ni panjang berjela-jela takde sape nak baca. kalau aku rajin, aku buat entry khas pengalaman kerja customer service. yang aku nak cakap, ko bayar je la 6% tu upah orang tu melayan ko cakap, ape la sangat compare ko beli ringtone rm3, walhal boleh je nak download. gelabah je. 

tadi masa dengar hot fm, diorang ada kol wakil dari syarikat telekomunikasi, komen orang tu adalah seperti di bawah:

"sebenarnya service tax ni dah ada lama sejak di kenalkan dalam tahun 1998, tapi syarikat yang tanggung. jadi sekarang kite nak tukar supaya charge ini ditanggung oleh customer"


puas ati tak hujah-hujah aku?

tak puas ati meh jumpa kat padang.


boleh tahan eh aku jadi gangster?






 


Thursday, 8 September 2011

kalau nak pakai phone, tolong pakai phone besar gedabak ok

kalau tak mau jadi macam aku tskkk T_T

 ko tengok time-time ni lah ade yang takde no tepon aku.sadis2 haha

baru nak call, tapi takde nombor tepon hang


ni komen paling bongek kawan aku si din tu. hampeh. dan-dan kan, macam tak tau ang save credit..aahhaha

Hang ni sapa?tak kenal cmne aku nk call?


mekasih la sape-sape yang kol tu. phone aku telah dijumpai dengan dua kali kol. letak tempat lain cari tang lain. nasib baik ade tenet. kalau tak aku tunggu si mok kol aku la besoknye. itu pon kalau dia nak kol la. tskkk  -__-"

so lalink, beli kan i iphone 5 ye nanti? kompom tak tinggal merata-rata tehehee

nama ko amat, amat ape? amat bodoh ke?

aku tak de keje, aku ngulor kejap kat blog gosip-gosip yang fames amos tu, Beautifulnara

terbaca lah artikel pasal x-wife ac mizal tuntut nafkah

http://beautifulnara.com/emosi-anak-ac-mizal-terganggu-melihat-gaya-hidup-mewah-ayahnya/#more-11961

tengok tajuk pon nampak dah kan,emosi anak ac mizal terganggu melihat gaya hidup mewah ayahnye. dengar cerita sebulan ac yang naik bentley ni bagi nafkah anak 300 je dik non. ko ingat anak ko makan megi je ke hari-hari? sampai ex-wife die kena memijam dari mak ayah.

ni lah laki, buat anak pandai, jaga anak tak pandai. eh eh tiba-tiba emo. sebenarnya aku bukan nak citer pasal diorang ni pon, sebab tu hal diorg memandai la setel sendiri, aku orang luar buat ape nak masuk campur kan.

ni sebab aku scroll down la baca komen-komen yang maha hebat, padat dengan informasi tu. lepas tu aku terbaca 1 komen ni yang agak menarik tertarik untuk aku share kat sini.

klik untuk rabun dekat

 ooo memandai die cakap bab-bab nafkah ni pandai la pulak ikot Al-Quran dan hadis, tapi bab kahwin 4 tak nak gak ikot.

ko dah kenapa setan? 


ni bukan tugas aku la nak ceramah kan dia aku pon masih khilaf. tapi cher korang baca komen reply dari si NBH, sedap gila ayat die.aku baca 2-3kali pon senyum je. hamik ko! kena batang hidung.


kawin 1,2,3, 4 memang la boleh. tapi ko mampu ke? ko mampu ke sara anak bini ko? ko mampu ke bersikap adil untuk semua? ko mampu ke tanggung dosa anak bini ko nanti? kalau anak bini ko tu semua wanita solehah, Alhamdulillah. dapat bini yang mendedah aurat? dapat anak yang buat maksiat?


ko ingat sape jugak yang nak tanggung dosa tu?


memang ko amat lah bodoh untuk bagi komen sebegitu. ni makan die!


jap aku pon nak g amik air semayang jap. insaf hee