advertisment

Wednesday, 5 October 2011

karma

Yes, its true indeed.

Never a need for revenge.

I've seen one. Thanks Allah.




credit to the owner of a brilliant quote, you made my day! :D

ok ape korang buat kalau bakal mak mertua add kat fesbuk?

cas-cas ayu?

nasib la aku bukan jenis update status 24 jam. tapi macam mana aku tulis blog ni,macam tu la aku kat fesbuk. 

kalau gurau ngan kawan-kawan, memang gurau kasar. tak main halus-halus. kalau halus-halus, aku g bomoh je.muahahha.

pastu macam mana aku tak puas hati aku maki kat blog, macam tu lah kalau aku marah mesti nak kuar status.

aku jarang sangat nak kuar status like 

"i'm so happy today..just bought new Zara shirt for myself "
"esok gaji..shoooopinngg timeeee..nak g pavilion lah wee.."
"owh i missed him like crazeeeeey"


ok tu bukan aku la tu kalau korang nampak status gitu sila lempang aku berdas-das.tengah buang tebiat nak mampos la tu.


macam mana blog ni jadi tempat aku luah perasaan, macam tu jugak status fesbuk aku. lebih tepat lagi perasaan marah, benci, menyampah. 


contoh status aku:

"hoi Syaf apsal wall ko tak leh tulis? aku nak wish hepi bufday je pong. kedek la ko. semoga panjang umur, jgn dok pikior lebih2..kang tambah uban ko lagi satu. ko tu dah la tua.hauhauahua :D"

"pissed off"

"sejak bila la hand dryer jadik hair dryer kt toilet ni. pelik manusia kt opis ni -__-"
"pagi td kat simpang, kete sahri AF rosak, klo hafiz AF ke riz AF ke, nak gak benti tolong. bias haha"
 


macam-macam lagi. tapi susah nak cari,sebab macam aku cakap aku update status jarang-jarang. kalau aku marah betul tu aku update la.

so berbalik kepada soklan aku tadi. haha tetibe.

just be yourself.

kalau korang rasa aku mulut longkang rasa la. tapi hakikat aku tak reti nak marah orang. kalau aku marah orang mesti aku nak nangis. so nampak lemah kalau marah-marah nak nangis. ape cite bai..cakap pung pang pung pang cari gado dalam blog. tapi kalau dengan bf aku, memang slalu kena marah. ala macam entry aku yang ni "SOO TRUE!" 

kalau dengan si mok ni. aku memang tak bleh tahan maroh. kadang bukan salah die pon aku maroh. dia lambat aku marah, die g keje lambat pon aku marah. walhal die bukan keje company bapak aku pon.wahahaha.

tapi aku tak penah marah die dalam fesbuk la. so nanti bakal mak mertua takde la nampak macam ni die layan anak aku. hihihi. 

harap-harap die tak tau aku ade blog.

GULP.





 

Produk review: Lactolite

hi hari ni aku nak review lg pasal produk kurus..well mesti la produk kurus kan. i told ya aku dah try macam-macam. ni salah satu yang aku try.

produk ni keluaran haiyo marketing, 1 company la dgn PB yg aku idam2 kan tu. tp tak mampu nak beli pb aku beli ni dulu dengan harapan aku dpat kurus mcm pakai pb la pffftt. tp aku ade beli zirana kan..hahahaha *gelak syaiton*


so tgk review dari gamba2 bawah ni ye:


 ni la dia lacto lite. sj nk letak jgk padahal klo org google lg jmpe cantik gambo pada ni.aku pedulik ape

dalam ade 25paket kecik2 ni. die cakap ni minuman susu kultur n inulin.aku ni mmg penggemar yogurt drink and vitagen tegar. so aku dah berangan at least biarla rasa mcm vitagen.dah empunye dealer cakap sedap.


 ni bahannye.sebotol air sejuk baru kuar peti ais, gelas, dan lactolite

 aku tuang jer serbuk tu dalam air sejuk

 lepas tu apa laga,minum la.

-___-


penipu la diorg ni.cakap sedap. tapi bg aku tak sedapppp lansunggggg..bluekkk..nk muntoh.tp better than produk jm5 tuh.

tak tau la salah aku tak pandai buat air ke mmg  tak sedap.aku letak lebey air,biasa la first time,so aku tak pandai nk agak.so jadi cair,pastu rasa bertepung..aiyak..punye la seksa aku nk menghabiskan (padan muke kau gemok). half way aku minum aku sangat tak bole blah.aku teringat pengiklan cakap bole campur dengan jus.

so aku pegi dapo dengan gelas yang berbaki lg half. aku cari2 dalam peti takde lak air jus. yang ada air rutbir hosmet aku. gilak ape.kang orang jumpa aku berbuih-buih kat dapo kang..tskkk

aku tgk2 yang ada ni je.



-

-

-

-

-
kordial sarsi? ade beran? haha. nasib aku ni memangg ade naluri berani mencuba.


dah di kocok-kocok begini la rupenye.tau ape? lg aku nk muntahhh tgk.padan muke kau. oh ya serbuk lada tu aku beli kat giant. tengok pon dah tau la mangkuk.wakakaka


aku gagahkan gak. tp baru 1 teguk aku dah tak boleeeehh blahhhhh.so baki tu jadi santapan sinki dapo.

so aku tak tau berkesan tak utk hari ni dengan cara aku minum tu.klo x berkesan gak aku makan la balik ubat sembelit aku..muahahah





p/s: esk aku nk p jusco beli jus minute maid pulpy. klo dia tukar kan faberet jus aku tu jadi disaster jaga kau! 




p/s p/s : memang disaster minute maid campur lactolite ni.so aku back to origin,aku minum dengan air sejuk,tp kuantiti aku kurangkan.supaya aku sekali telan je. tu pon telan-telan sambil tangan picit idung. seksa gak nak kurus yek


p/s p/s p/s: sampai ke hari ni, baru 3 paket kot aku minum. jangan di tanya la kenapa aku tak kurus-kurus lagi. hisshhh membazir!



Tuesday, 4 October 2011

baru aku sedor kerempeng sangat pon tak cantik jugak

ayat penyedap ati ye jugak, sebab aku tak kurus-kurus

ayat jeles pon ye jugak, sebab die kurus tapi aku gemuk

ayat betul pon ye gak. sebab aku tengok kurus die tak cantik pon. kerempeng sangat. ko tengok kat boobs tu dah la. aku no komen.

tu blom lagi aku tengok komen-komen kat beautifulnara ramai kutuk die kurus sangat baju pengantin die pakai tu tak terletak kat badan. tak cantik.

gambar ni aku jumpe kat official photographer memey, terus aku  dalam hati "la kurus kerempeng betul die ni..ingat kan ilusi optik je"

so tak payah la aku beria-ria nak kurus nau kan?

berbalik kat ayat penyedap hati balik. huahuahuahau



Picture credit :Afifi Ishak

ni lagi lagi lagi betul!


i missed this place already huwaaaa

ok, over aku tau. yes, aku memang jenis dalam hati ada taman. nampak je rock maki maki dalam blog. tapi hakikat? baru pegi away day 3 hari pon dah rindu-rindu. bukan rindu bf ke rindu bf baru kat sana ke..opss.tapi rindu kan tempat tu. terasa-rasa lagi angin bayu. masinnya air laut.


tapi


aku tak bawak camera tau.aku kan misekin. aku amik gambo sume pkai phone.amik pon sorok-sorok bila orang takde.hauhauahua.  so please excuse my bad pic quality tsskkk.


tapi 


tapi lagi. percaya lah, tempat ni memang cantik. 

amaran, kemungkinan entry ni di penuhi gambo. mungkin je.


ayo mak, gek sek. go!


bas yang membawa kami pergi. pakcik bas ni bawak macam rempit. scary gile. Alhamdulillah aku masih bernafas..pheww!
 
 
layan wall-e dalam bas. aku sorang gelak,yang lain senyap. aku tak paham diorg tido ke tak de deria ketawa?? 

huwaaarrggg 15km rasa macam 50km. dengan jalan beralun-alun. pening aku. ktorg bertolak dari kl dalam pukul8.30,sampai di lumut pukul1.

yeay dah sampai.
Swiss-Garden Gold Resort & Spa Damai Laut.

ni baru pintu gerbang. nak masuk ke dalam tu lagi 10 minit. dengan jalan bukit-bukit.

lalu padang golf. cantik.

ok. that's our hotel. first impression, not bad. cantik jugak.

company yang terlibat. ramai gila company yang buat team building kat sini. so sape-sape nanti yang jadi organizer, bole consider kan tempat ni. ni baru hari jumaat, hari sabtu 3 company lagi sampai. tak silap digi, umw, and muhibbah ape ntah.


sampai-sampai terus g cekidaut swimming pool. ok what u see is what u get. cantik gile pool die. memang tak sabor-sabor nak terjun je nih.

makanan tayah cakap, memang heaven la.makan pagi tengahari malam semua buffet. tiap kali buffet ada kek. mana tak naik berat aku. damn u!

the room. tempat aku golek gelantang dua malam. 



eh dah tunjuk ke gambo ni? rasa macam dah. gasak lah.






FUN BEACH



water sports. ade kayak free, banana boat bayar. basikal. atv semua berbayar.

tapi, ni first time aku naik banana boat. gila cuak tak hingat. menjerit-jerit mintak balik. aku dah cakap kat brother tu jangan jatuhkan tengah laut. tapi lagi ko cakap lagi tu dia buat. setan sungguh. tapi yang the first one, memang tak dirancang. jatuh tiba-tiba. air naik membuak atas banana boat kami. aku dok piki je,aku jatuh ke tak ni. klo aku jatuh sorang-sorang orang lain tak jatuh macam mana? tapi tak sempat piki,yang aku sedar aku dah dalam air. pikir mati je. sumpah takot. nasib baik aku pakai life jacket. timbul. eh mesti la timbul bodo. fuh masa nampak cahaya tu, macam dapat cahaya ilahi tahu. syukur.


tapi, lepas tu budak-budak ni da seronok jatuh. jerit-jerit lagi. kali ni bukan jerit takot, jerit mintak jatuh lagi

"bang..laju lagi...lap.. lap..bagi jatuh!"

haremmmm.

aku dah cuak dah. tapi buat muke kental je.

lepas tu hamik ko, 4 kali ktorg di jatuhkan kat tengah-tengah laut. 

ko hado naik banana boat jatuh 4 kali?

eh kalau hado jangan marah aku,aku kan first time nih naik...heeee.

ekeleh,baru nak eksen sikit tak boleh.