advertisment

Thursday, 22 December 2011

Duit baru

Duit baru: Siri mata wang baru yang dilengkapi ciri-ciri keselamatan dipertingkatkan akan mula digunakan pada Julai depan. - Foto Aizuddin Saad


wah cantik ni buat duit hantaran ke mas kahwin ke..warni warni. dah serupa duit euro dah aku tengok ada RM20 tu, kaler pon hampir sama.


Source: Berita Harian Online 

 

Tuesday, 20 December 2011

11 things about me dan tagging by Reflisia



1) tinggi, itam manis (taknak kalah), berjerawat gemok. nasib tak gemok pendek.gugugu. percaya atau tidak tinggi aku 165cm, tapi stok high heels kat rumah aku sume 3"-4". hahaha baru la feeling supermodel.kahkahkah. ok tak lawak.



2) bekerja di private sektor. dah aku apply gomen tak dapat2. aku da bekerja di 3 company sampai la company aku yang sekarang ni. aku penah g interbiu pegawai kerajaan, tapi sebabkan aku ni pengalaman sume interbiu swasta je,aku pegi intebiu gomen pakai kemeja and slack. boleh?FML. tu antara sebab-sebab aku di rijek kot. mind you, interview tu hari jumaat kot. sekian.


 
3) berat badan naik 10kg tapi sampai sekarang tak turun-turun. pelik aku. macam-macam cara dah aku buat, tak makan nasi, makan sup, pegi gym,makan ubat kurus. yang aku pelik turun pon 1kg, itu pon selepas aku berak.kui3. pengotor ko nih!

 

4) aku suke tengok pompuan cantik. uishhh kalau pompuan cantik lalu,menjeling-jeling aku kalah laki tau. kalau tak cantik, tapi feeling-feeling cantik, lagi la aku jeling. jelingan maut tau?

 

5) aku suke tengok perut ibu mengandung. tak caya tengok kawan aku, 4 orang tengah pegnant skrang, hari-hari aku suruh diorang upload gambo perut. tak tau kenapa. teringin kot.who doesn't kan? hee

 

6) aku suke make up orang. tapi bila part aku make up muke sendiri mesti failed. haihh..tak tau la kenapa. takpe aku belajar terima, kenyataan itu memang pahit kan..sobs sobs

 

7) obsessed dengan kaler pink dan putih, apa-apa barang aku nak beli mesti pink dan putih.kadang-kadang aku jadi bias,asal ade ade pink je mesti cantik.kalau tak pink putih. kalau takde sangat kaler tu, baru aku cari purple.sebab purple dengan pink kan dekat-dekat. no?

 

8) single but not available. cewah kalau cakap gini macam bajet hot je kan.suke hati aku lah :P. Alhamdulillah dah jadi tunangan orang :)

 

9) aku lady driver. aku pegang lesen L aku sampai 2tahun, tak amik P lagi. sebabnye aku register kat penang, tapi sebab aku pindah kat kl,aku tak berkesempatan nak sambung. aku baru je competent P aku untuk driving lisence tahun ni bulan 6 hari tu hahaha.tapi aku bawak kereta 2 tahun lepas, tak lekat P pon. sebab time tu aku takde kete lg,aku numpang kete mok je. si mok tu bila aku lekat P dia suruh tanggal cakap malu. nasib baik la aku ni konpident kalau bawak kete *masuk bakul jap* aku kuat mengomel kalau drive.nak-nak kalau jumpa driver yang bawak hegeh-hegeh tapi dok lane kanan, pastu nak mencilok, pastu yang tak menyabor-nyabor. memang tak dapat hon,aku bagi high beam je.


 

9) betul orang cakap kita akan melepaskan 99% kemarahan kita dekat orang yang kita sayang. bersabar ye mok. sebab mok ni slalu kena lempias aku,nak2 time nak pms, tak leh salah sikit..kui3. ape-ape pon i lebiu mok.

 


10) aku kalau jenis nak benda kan, selagi tak dapat, selagi tu mulut aku berbuih-buih menyebut sampai la aku dapat. tak caya tanya la mok. nasib aku baik la aku dapat bf yang jenis melayan. ni orang perodua yang tak bagi-bagi lagi smartag aku, mendapat la dia perangai aku ni. even da 3 bulan, aku still call dia. sampai bila dia angkat dia cakap camni ngan aku "haihh dia ni tak abes-abes selagi tak dapat" hahaha. aku peduli ape,memang peel aku dari kecik, selagi aku tak dapat benda tu selagi tu aku sebut. kalau nak aku diam bagi la cepat. hakhakhak.


 
11) i can forgive but i never forget. ape orang buat kat aku, aku memang ingat. sebab aku ni jenis pendendam. huhu buruk perangai kan. tapi sekarang aku da berubah. kalau dulu masa kecik-kecik, kalau orang buat aku, aku mesti buat balik. penah dulu tayar basikal aku pancit, pastu aku syak ade orang pancitkan.esoknye time rehat,aku p pancitkan tayar orang. kesian orang tu tak bersalah pon. sekarang aku tak buat lagi perangai gitu, aku just pegang kata-kata kat bawah ni je.sebab aku da dapat tengok banyak kali.thanks Allah *senyum*


Source: Google


Tag by sis Reflisia


1. Name of your mom call?
kakak

2. Your favourite Restaurant?
laksa kampung petani, tapi ni gerai je.bole? haha

3. favourite pastry?
cheese tart

4. your dream wedding theme (tak kisahlah dah kawen atau belum)
modern contemporary la sangat eja pon failed. hahaha

5. your preference denim brand?
levis

6. country's desire to travel? 
London, UK and Paris,France

7. your fashion icon?
sume yang cantik aku suka

8. your favorite soccer player?

roberto carlos. time dia muda-muda dulu la. sumpah hot. haha

9. Blog that u love to blogwalking?
kak D green apple

10. the best place in Malaysia that u think?
penang kehkehkeh bias

11. the most you do not like?
hipokrit


pisang emas di bawak belayar, hutang TAGGING perlu di bayar kehkehkeh

Assalamualaikum, fuhhhhhhhhhh *tiup habuk*


cakap sehari satu entry tapi ni propa je lebih. hapa pon tadak. 



ni aku nak bayar hutang tagging. lama dulu En.Hanif  ada request suruh buat entry pasal diri sendiri, lepas tu kena tagged dengan sis reflisia. lama dah ni baru ko nak buat ye asam jeruk? ko hengat ko retis ke? kehkeh




sebelum apa-apa biar aku terangkan asal usul blog ni, aku buat blog memang sekadar nak berkongsi apa-apa je yang aku nak kongsi, termasuk melempiaskan nafsu kemarahan, ketidakpuasanhatian di mana menjadikan aku lega. sebab aku mendapati facebook bukan lagi tempat yang cool untuk aku nak tulis status ke hape ke, biar kat sini aku boleh tulis panjang-panjang, lepas tu nanti bila dah tua aku boleh baca. even blog aku tak la lama mana pon,bila aku baca balik entry yang lepas-lepas, seronok. sebab dapat simpan kenangan tu. even bukan semua yang berlaku dalam hidup aku,aku tak tulis, at least aku ada sikit coretan untuk masa hadapan. geli wei cakap macam ni.euw!




blog aku ni anonymous atas permintaan sendiri dan orang-orang tertentu. aku paham bukan dunia blogging kalau tak nak share, tak nak ape, baik bukak diary ye dok? tapi ada aku kesah? kehkehkeh. sebab aku tak nak ada stalker yang mengenali aku baca, be it musuh lama, or musuh baru yang akan jadikan point-point aku tulis sebagai senjata. sebab tu penulisan blog ini lebih bersifat kepada general.dah la takde berilmiah sangat pon. buhsan pon buhsan la janji rock.



tapi kadang-kadang aku rasa nak tutup jugak blog ni, sebab aku rasa aku takde ciri-ciri blogger sejati, yang boleh update blog setiap hari, dengan info-info berguna macam En.Hanif, even dia anonymous pon tapi banyak info-info berguna dia share. dia jugak sangat power pasal blogging. aku ni? malas la nak godek-godek. aku sebenarnya lebih suka blogwalking, tu salah satu sebab aku suka blog ni,sebab senang aku tengok blog-blog yang update dalam bloglist aku. tak payah nak bookmark bagai kan. 




eh aku melalut tapi tag je tak buat-buat lagi, aku sambung dalam next entry ye. harap En Hanif dengan sis reflisia tak marah, sebab aku buat tag ni tak ikot rules pon. hihihi peaceee yo!


Friday, 16 December 2011

Why i choose to be engineer?



* mood busy
* En. Hanif, saya dah melawat entry tu, tapi tak berkesempatan nak buat lagi..wuwuw T___T

Thursday, 15 December 2011

Pucuk pauh ditepi permatang, buah berangan rasanya lazat, dari jauh kami datang ,datang dengan seribu hajat



baru nak buat wordless wednesday,skali tengok-tengok dah thursday..dang!

nampak nau kebizian menyebabkan aku hilang hari


dan atas sebab-sebab gambar di atas ni la aku putus dengan mok.

story later-later lagi eh.

Tuesday, 13 December 2011

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum semua... (cewah bajet ramai la baca hikhik)

mood ustajah pilihan ramai sudah mari.

im back!

mintak maap blog lama tertinggal, seminggu balik kampung katakan.

banyak benda nak cerita, tapi later-later lah. ni opis hour, kang kantoi dengan bos. tapi kalau petang-petang aku rasa nak ngulor, aku update lagik. biasa la today is monday blues for me T__T



ada satu cerita sedih aku dah putus dengan mok.

mengapa kenapa bagaimana nanti aku cerita next entry 

 stay tune sayangnesss..hikhikhik *geli lak ketiak den* :P