advertisment

Friday, 23 September 2011

rumah bujang punya open house

masa orang tengah sibuk-sibuk kawad Hari Malaysia, kitorang lak sibuk berkawad kat pasar borong, bertabik hormat kat dapur. keletung keletang maka....

tadaaaa! sendiri masak sendiri makan kekdahnya.maka tayah nak molek-molek sangat pon hidang. nama pon rumah bujang, ingat aku katerer ke nak ada tray bagai. amik aku angkat periuk terus taruk atas meja. ni makan dia! huahauhau.

takde la masak beria pon, tetamu jemputan pon bole kira dengan jari. actually bukan nak buat open house sangat pon,tapi just makan-makan. boring kata kau dok umah orang lain kerja.


menu of the day: 


laksa
bihun sup
rendang kerang dan nasi himpit
puding triffle
kuih raya


tu dalam gambar telur pon tak sempat nak hidang. dok rebus lagi.huehuehue

sup pon aku hangkut periuk hidang. nasib periuk baru..kilaaattt lagi. yang beli kt padang besar 2in1 jadi periuk ni. bole kukus. boleh masak kuah. bijak bijak.

 ni puding triffle in the making. tak nyempat-nyempat letak jelly (kaler oren dalam mangkuk tu), terus amik gambo. ntah hape-hape ntah.

ha tu je la ceritanya. jangan kena rijek dengan mak mentua sudah la hidang dalam periuk..wkakakaka :P



Tazkirah Jumaat: Ayat Penawar

Surah Al-Kausar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di
Makkah  dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat
daripada batu  permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada
susu  dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad
s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang
yang  dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu
Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah
s.w.t.makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di
leher,Insya' allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan air
mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,
mudah-mudahan  Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir
itu.

5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk
ketika  menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah
s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah
tetapi  dizalimi.

Perkara yg baik kita amalkan slalu.Sebar2kan kepada kekawan, terima
kasih. 

Source: email forward, so tak sure nak credit kat sape. mintak halal eh :)

Thursday, 22 September 2011

bodo

hai Mr.Bodo!

p/s:agak-agak die marah tak?

Mestilah tak.dah memang nama dia bodo.bodoh la ko ni! muahahaha.

Vielen Dank!

Wednesday, 21 September 2011

jelurut

tau tak jelurut tu ape?

aku pon first time dengar. 

kawan aku dari labuan bawak bagi aku rasa. katanya makanan tradisi orang labuan la kot.

 ni lah rupanya. first time aku tengok. dia mcm kenyal-kenyal gitu, pastu balut dalam daun kelapa. aku suke la bentuk dia, balutan pon kemas. comel gitu


asalnya aku dah excited da nak makan sebab nampak macam sedap dan unik. makanan baru kan,mesti la nak rasa. tapi bila buka je pembalut daun kelapa tu.......

 alamak! sudahhhhhh..aku dah terbayang menda lain.

aku terbayangkan macam:




Source:Google
ulat sagu!

euww..terus terbantut selera.


 tapi aku makan la jugak. dia mcm dibuat dari tepung pulut or tepung beras, lepas tu rasa manis-manis. dalam takde inti takde ape. tapi aku makan dua tiga gigit je,sebab tak masuk sangat rasa tu dengan tekak aku. 


nak-nak pulak dok terbayang ulat sagu tu. da la kuih tu macam kenyal-kenyal. aku goyang-goyang sebijik macam ulat tu dah. kekeke.

nanti korang g labuan jangan lupa cari dan rasa.

bukan jelurut tu

ulat sagu tau.muahahaha.



nak berspoiler biar berpada

sape tak suke mekap kereta ye dak?

sport rim mau kilat-kilat biar kalau tayar tengah berpusing tu semua orang kena pakai rayban dek panahan silau. bumper kalau bole mau cecah tanah. biar tersagat abes tar-tar tu. 


tapi spoiler? biar mencecah langit kata kau.


meh kita usha-usha jenis-jenis spoiler.ni sume aku tak tau nama la jenis-jenis. bab-bab ni bukan bidang aku ye. just nak kongsi pendapat aku je..huauahuaa

Source: Google
yang ni aku namakan, asalkan ada je. tapi ok, simple. terletak je. yang ni bagi aku ok. ikut kesesuaian kereta. dah nama kereta kat atas tu BMW, semua cantik ye dok?


Source: Google
antara jenis spoiler aku suka, just nice bak kata omputih. bmw lagi. haha. yang ni memang sedang elok la untuk kereta.tak lebih tak kurang. dia macam bagi hint sikit kat kereta tu. macam pompuan pkai eyeliner la diibaratkan.


 Source:Google 
ni lah favourite aku untuk spoiler. smart and sporty. yang ni kebanyakan orang lelaki suke kan. dan banyak di pkai oleh kereta-kereta sporty macam honda civic, lancer. pergghh semat siot.


Source: Google
yang ni bagi aku ok-ok je. bak kata kawan aku, macam nak sidai kain. molek sangat ni kalau ko g mandi kat air terjun ke.otw balik tu ko sidai towel ko kat situ. nescaya kering la. tapi jangan lupa sepit lak, kang terkibai-kibai tengah jalan, kalau memalam kang jangan dok gelabah sangat ingat ada pontianak dok ngekor, walhal telekung siang tadi sidai lupa nak angkat.


Source:Google
ni dah macam arial tv dah aku tengok. apsal ko tak pasang piring astro je ha. ni lalu depan aku 20 kali pon aku tak nak pandang. sumpah buruk nak mampos. ntah spoiler bmw sape ko tibai, tak matching lansung. tapi aku paham, tuan dia ni mesti jenis hati kering.





tapi try tengok gamba bawah ni. aku jumpa time otw nak g open house sabtu aritu. cepat-cepat snap gambo:



Sumber: henpon cabuk cikasamjeruk
tak nak kalah ko. orang berspoiler, dia pon nak berspoiler. tapi agak-agak la. yang lain-lain tu kereta takpe la nak berspoiler tinggi bagai. yang ini van lak tu. pada mata aku tak kena. aku tak tau la kalau korang rasa ok.adeh ni mesti feeling muda remaja, nak boh kat kete sendiri, naik moto, skali van company pon sebat. bagi imej sporty. ko ni kelakar tau bro.





tapi dalam banyak-banyak spoiler tak leh lawan spoiler yang ini:


-

-

-

-

-


-




Source:Google
yang ni aku tak nak cakap apa lah, sape la si bangang punya idea yang buat menda alah ni. buruk sial.dah serupa angkut kayu-kayu dari tempat pembinaan je spoiler ko tuh.kalau kete ni dok depan aku time kat jalan raya, aku sodok gak bontot dia, mengganggu pandangan.dah la aku kalau drive suke pandang masa hadapan.tu rasa-rasa ko bole terbang sampai bulan tak ni? kalau tak boleh terbang jangan nak eksyen depan aku ok?

Tuesday, 20 September 2011

tu la pentingnya english education

Source: Google
p/s: nampak nau kan aku bz, blom wednesday lagi dah wordless pfffttt.