advertisment

Friday, 15 June 2012

Jerebu di Cyberjaya

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia Salam Jumaat Salam hamba tulus tanda ingatannn..ewaahh

Eh jerebu ke hari ni? kat cyberjaya ni macam jerebu aku tengok

Walhal time aku keluar lunch tadi cuaca ok je

Bile otw balik tu,aik lain macam je jerebu nya

Aku tanya si regina spektor (ex-hosmet aku dulu), kereta ko ni tinted ke? die suruh aku bukak tingkap

Aku bukak pon tengok jerebu jugak 

Lepas tu mulut takde insurance tibe-tibe "eh kenapa ni tibe-tibe berkabus, dah la arini ari jumaat"

si regina diam lepas tu dia pegi tukar channel radio dari nyanyi lagu omputih pegi ikim kot. motip sangat kan..hahaha.

so selamat beramal. *lagu sepohon kayu berkumandang*


UPDATED
===================================================



Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 
Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.
 
 

Monday, 28 May 2012

plastic surgery

source:Google


kahkahkah lawok lawok

*no offence*

Wednesday, 16 May 2012

Wordless Wednesday

Source:Google

Tuesday, 15 May 2012

Puteri Gunung Ledang?


Kereta tiara jacquelina ke ni? mana tau yang aritu berlakon teater PGL 2 tu kan haha


btw, tu bukan gambar hari ni ye. tu ntah bila aku kepam dalam folder, 
tapi hati meronta-ronta nak bebel kat blog, tapi takde modal.
banyak lagi folder-folder lain,tapi panjang sangat nanti pulak entry. 
tengok gambar ni pon jadi lah nak buat modal kahkahkah



ni kire nasib baik je ni kalau aku kuar g kerja jalan clean and clear macam ni. 
kalau tak, non hado nye. tapi hari ni pon disaster.
pagi-pagi aku keluar jem dah start dari simpang rumah aku lagi.
sesuatu yang tak pernah jadi. dasyat betul jem. 
aku tadi pon ikot shortcut, skali shortcut pon jem,
sesuatu yang tak pernah jadi lagi! 
kiri kanan depan belakang jem. gila lah. 
nasib aku cilok-cilok terus ke depan dapat lah sampai opis 9.10am. 



tu je nak bebel. 
kalau lah ade mayor ke menteri jalan raya baca blog ni,
aku nak soh diorang buat sesuatu kat jalan ni, gila la padat.
tolong la buat jalan alternatif, kalau dapat buat, you deserve my undi..pehh macamkan aku undi dun sini je..kahkahkah.
aku tengok bendera dah terpacak dah sana sinun.



ok la bai, nak p lunch. lapar.

entry macam shilanat huehuehue.

Thursday, 10 May 2012

aku rogol jiranku

click untuk kanta pembesar
sape yang rogol jiran sendiri ni?
 
baik kau ngaku cepat.

seram lah aku kau ni.

Wednesday, 9 May 2012

Ya Allah mak apekah ini sanggup pukul baby sendiri, melainkan gile meroyan punye pompuan!

tak sanggup aku tengok lama-lama lagi

aku yang tak beranak lagi pon tau rasa sayang kat baby

lain la budak-budak sekolah yang degil-degil kau nak bantai gitu aku terima la lagi, in fact aku kecik-kecik pon kena bantai gak kalau dok bergaduh adik beradik.kalau aku mandi sungai, mak aku tengok je dari atas, elok aku naik, die bantai aku dengan batang paip. padan la muke aku kan. tengok, besar jadi orang ape aku.


tapi yang ni memang perbuatan yang tak boleh dimaafkan, termasuk dengan orang yang amik video tu, boleh kau tengok je siap rakam lagi. setakat "ida sudah la, kau nak bunuh dia ke?" tapi still henpon record lagi. cher kau pegi angkat baby tu, lepas tu bagi penendang sedas kat muke die. ni baby kot for God's sake!!! masih meniarap lagi,jalan pon belum,aku agak umur mesti dalam 3-4 bulan.


kalau gamak ko stress sangat sebab dia asek nangis, tak sanggup nak handle, bagi pompuan yang tengah record tu jaga,nampak macam takde kerja je. tak mau sangat, tak yah dok beranak! buat anak pandai, jaga anak?  


sape yang belom tengok, kalau nak tengok click la link bawah ni:

http://www.facebook.com/photo.php?v=403372083029456



Mintak simpang aku nanti dengan anak-anak aku. Nauzubillah.