advertisment

Thursday, 13 October 2011

lumrah hidup di cyberjaya

sape sedia maklom hidup kat cyberjaya ni heaven. heaven dari segi tak de jam. memang tak pernah jem lah cyberjaya ni, tak kire ko kerja waktu india ke, waktu afrika utara ke. seriyes. memang tak kan jem. tapi kalau ko dari ampang kerja cyberjaya jangan nak tipu la kalau tak jem kan. aku cakap dalam kawasan cyberjaya sendiri ye memang tak jem, ko datang la waktu bila pon.

tapi kalau dah jem tu, memang dah sedia maklom sangat. kalau tak eksiden, eksiden.

jadi kan cerita pagi tadi tengah aku dok ralit bawak kate skali, lampu merahhhh je semua. bukan traffic light merah, tapi lampu brek nun ha.

 jem jem jem jem

kereta yang eksiden tu ha myvi putih yang da bertentang arah. aku tak paham dia dari arah 1 lagi tiba-tiba terbabas masuk lane ni atau dia dari lane ni tapi terbabas takde arah tuju. teruk jugak. 

yang mamat atas ni feeling-feeling nak jadi polis trafik tak bertauliah. aku dah jem lama dah, dan-dan sampai giliran aku nak jalan, dia tahan sebab nak bagi lori tu jalan. nasib aku sabar, sebab aku nak amik gambo kejadian.kuikuikui.

sekian mak jemah melaporkan.


Wednesday, 12 October 2011

aku muflis

SUBANG JAYA - Hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia. 

Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long. 

Perkara tersebut diakui sendiri oleh Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj (gambar kecil). Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan sebanyak 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan. 

"Biarpun mereka bergaji lingkungan RM3,000 sebulan, jumlah pembayaran sebanyak 30 peratus adalah tinggi khususnya dalam menampung kos hidup.


Sumber: Metro

Tuesday, 11 October 2011

chunky loaded yang takde la loaded sangat

sebab gambar pizza kat bawah, tiba-tiba teringat nak review, cewah review uolss.ingat ni produk muka ape, ok ni produk makanan.lama dulu aku ade g makan pizza. balik-balik pizza,tu je ko tau kan. haha. wateber.

takde aku dok la tengok iklan si chunky loaded ni, da terliur-liur sudah. lagi menitik-nitik bila dengar cakap 10 layer bagai kan. harus la aku tergedik-gedik nak try.

ni lah rupa chunky loaded yang bukan *only pic ilustration* tuh. ni gambaran sebenar la yang aku order. nampak menyelerakan?


ha tengok tengok??? tengok puas-puas. kebenda yang loaded aku pon tak paham. cakap 10 layer. ok aku paham la ten layer tu, sebijik bawang, sebijik tomato, sebijik capsicum, sebijik paparoni, sebijik taik idung masin, garam pon kira 1 layer kekdahnya kot. 
tapi ape aku dapat? 

nipis bebenor. ye aku paham klo bebetul dia buat  pizza 10 layers menganga aku nak habis kan. siap pinjam rahang badak air lagi. kan badak air nganga besar. tiba-tiba imaginasi tinggi. ape ko ni, nipis komplen tebal komplen, masak sendiri la woi.

tapi ikot tekak memasing la kan. aku makan ni  dah serupe aku kunyah biskut cream cracker pon ada. mungkin tukang masak tu memerut ke dia tinggal kan pizza aku lelama dalam oven smpai doh bertukar jadi biskut crackers, ke aku yang salah konsep tak tau la. tapi memang den tak gemar la yang ni. aku prefer lagi pizza thin crust dominos tu. even dia nipis tapi still rasa macam pizza lagi. nak makan pon sodap. takde la makan pizza ade bunyi krup krap krup krap.

tapi apa-apa pon tepuk dada tanya selera. terpulang dengan cita rasa memasing.aku tau cita rasa aku, so sebab tu entry yang pizza bawah nun aku tobat tak order dah chunky loaded. tayah nak ikot peredaran semasa sangat lah concept dia. tak payah nak up to date kalau tak kena dengan diri. cewah ni macam entry 2in1. so aku punye citarasa ada lah yang lemak berkrimmmm..yang bercheessssseee.. ok nak ulang balik gambo cheese tu

 tudia chees membuak-buak. nama pon cheezy lava kan. abaikan pinggan sebelah yang da licin tu. tu chocolate volcano pulak. dah macam discovery channel la pulak kan kejap volcano, kejap lava. hehe.

dap dap.
ok tu je. thanks bye!
 

11.10.11

saje je tak de motip :D

Grow old with me, the best is yet to come! -Robert Browning



A birthday treat
thanks mok :)
last but not least,

hihi :P

Monday, 10 October 2011

weekend activity

apa kau ingat kau artis orang nak sibuk tau apa aktiviti ko??

tak kesah la kan. hihi

*SACC MALL*

ade coffeemate free. tapi aku tak join la. memang aku tak minum kopi ni.

JADEN
cantik gilos baju ni. harga pon cantik. aku tengok baju-baju biasa tapi manik beria la, tu pon harga RM1900. kalau yang ni, you dream on bebeyhhhh. bang jaden, nak sewa boleh? 


*IKEA*
yang ni tak sah la kan. kalau pegi sini tak pegi the curve memang taksah la jugak kan. tapi gambar kat the curve aku tak amik. so layan gambar kat ikea je lah.

no description
dark choclate cake kebenda ntah. tapi yang pasti bukan daim ye.sedap gak. tapi yang sebelah die tu choclate mousse, sedap gilak. rasa macam eskrim. melt in mouth gitu habaq hang.

menu baru ikea, chicken breast with pasta and vegetable.
gila sihat makanan ni.aku makan rasa nak menangis sebab sihat sangat.sayur dia tu karot tu kalau ko gigit krup krup sebab dia tak masak pon,memang fresh.

ayam tu lagi nak menangis. chicken breast kot. memang takde lemak-lemak. ni bukan bahagian kesukaan aku la kan. tapi gagah nak order. motip?
yang ni baru la lelemak. the more the merrier kata kau.


*SUNWAY GIZA*


sape pernah pegi sini? seriyes ni first time kot aku tau shopping kompleks ni. kalau si madi ni tak nak pegi memang sampai sudah kalau aku g damansara balik-balik ikea the curve ikano tesco.

skali baca aku ingatkan sunway gaza. macam nk berperang pulak. terletak di kota damansara. gambar pon snap yang ntah hape-hape. maap la kalau ada yang nak membayangkan cemana rupe mall ni. tak dapek der. tapi ni dengan ioi boulevard bagi aku konsep die sama. dia mcm open shop gitu. 

ni antara kedai yang ada kat situ. kelik la kalau rabun jauh.

yang aku ingat ade SASA, Body Shop, pastu kedai-kedai makan. lain-lain pegi tengok sendiri.

ni kawasan luar. cantik. tenang je ha.

ni dalam. ade la 2 tingkat shoplot kat sini.

lepas tu dah feeling orang kaya. dok la makan soya kat kedai ni. soya je pong, mengada jugak nak makan kt mall. kalau beli kat pasar malam singgit je T_T

  The Soya Shop

aku order Tong Yuen, mok order Taufu Fa, si madi order black soya.

tau tak tong yuan tu ape?
ni la tong yuen. selama ni aku tengok macam sedap je. kepingin la jugak nak merasa. harga RM4.20


ada 4 jenis perisa. aku order campur semua perisa. pastu sibuk tak bagi orang lain mintak sebab tiap 1 perisa ade 1. nak order sendirik. huahauhau
si mok order taufu fa pastu sibuk ngadu ngan aku mahal 2ringgit.kalau kat pasar malam singgit je sebekas. tak pe la makan dalam tempat ekon kan. kata nak feeling orang kaya.

 kacang soya. akak tu cakap ready to eat. tapi tak berani la pulak aku nak beli merasa. takot rasa soya la pulak kang??? 

ni yang aku nak tunjuk.
korang pernah tengok kipas terbesar di dunia?

kipas syiling tau.
tadaaaa



 nah amik ko. bukan 3, bukan 5, tapi 10 bilah.

ni kalau pasang kat rumah aku ni, mau tembus sampai jiran 2 buah rumah. gila besar bagak. kalah helicopter punya kipas. 
ok tu je. sekian mak jemah melaporkan.