advertisment

Thursday, 18 August 2011

komplen

tadi perodua ade kol. 

aku apa lagi, komplen la sesedap rasa. dah service teruk.kalau service elok, aku tak complaint, aku bagi complement lagi ade.tapi dia kol tu banyak tnye kepada salesman. tapi dia tanye salesman ke ape,aku komplen gak.

ni conversation yang aku ingat 

"cik,saya dari perodua, nak tanye macam feedback dengan salesman, ok ke tak? masa hari cik register dia ade bawak test drive ke tak?"

"salesman ye? hmm..tak berapa ok. test drive ade bawak"


"ape yang tak ok tu cik?"

"voucher minyak bagi 20 ringgit je.ade ke patut? walhal janji full tank. lepas tu kereta baru kuar kedai stereng dah tak betul.dah tu allignment lak takde dalam warranty.macam ni ke service perodua? lagi 1 nak tnye pasal voucher tinted. biasa bagi berapa? kenapa saya dapat 100 je, orang lain kereta sama boleh dapat 300?"

"yang tu memang depends dengan salesman cik, yang pasal voucher minyak nanti saya tanya balik salesman cik, dia janji full tank ye. so overall cik puas ati ke tak dengan salesman ni?"

"emmm..ade puas ati, ade tak puas ati"

"lagi satu, masa lepas dapat kereta dia ada kol tak follow up dengan cik pasal keta?"

" TAKDE. saya yang kol die lg ade la.tanye pasal stereng tu"


"so lepas pada tu memang dia takde kol ke cik untuk follow up?"


"TAKDE"

"takpe ni saya recordkan, nanti saya akan tanye salesman tu balik. nanti team lain akan call cik balik untuk feedback. nanti cik boleh bagi rate dari 1 hingga 10 untuk salesman tu. kalau puas ati bole bagi 9 ke 10"


"ape die? boleh ulang macam mana rate tu?"

"nanti team (aku tak ingat ) akan tanye berapa rate cik nak bagi untuk salesman ni. 9 dan 10 saja lulus. kalau 8 ke bawah dah dikira fail"


"emmm ok"



           -----------------------------------------------------------





korang rasa aku nak bagi berapa? tu aku tak sebut lagi pasal smart tag aku dia tak bagi lagi.


ko tengok pasal voucher sudah? dia cakap depends kat salesman. so dia memang bagi aku 100 je. apsal salesman lain boleh bagi 300 punye voucher? kenapa? kenapa? kalau tak duit tu nak masuk poket dia.


masa awal-awal ktorg pilih dia,sebab die nampak macam sempoi je. macam ikhlas. tu orang cakap don't judge a book by its cover. kalau korang nak kata aku berkira kan smart tag tu, kata lah. tapi aku peduli ape. smart tag mahal kot. mahal la untuk aku. buat apa beli kalau boleh dapat free. duit 100 tu baik aku guna untuk topup touchngo je nanti, boleh balik raya. dengan tinted pon aku buat tinted yang paling murah je dalam kedai tu sebab voucher aku 100 je. kalau 300, aku rasa sejuk kete aku tak payah pasang aircond dah.


lagi satu, sebab orang dah janji. masa time aku setuju nak beli kereta dengan dia,kemain hepi. siap cakap "ape lagi nak? cakap, cakap"

aku bagi je la list aku nak. tak banyak pon, dan dia sendiri setuju nak bagi semua benda tu. aku rasa kalau beli dengan dealer, lebih pada tu die bole bagi. sebab ape? sebab dia appreciate customer. ni aku pegi HQ, salesman pon HQ, bukan dealer perodua.

kalau rasa tak boleh bagi, cakap je tak boleh. aku boleh cari salesman lain yang nak bagi aku semua tu. bersepah lagi salesman dalam tu. 


kalau salesman lain pon sama aku tak tau lah.




so rasa-rasa berapa rate aku patut bagi? hmmm



#8 Cabaran Ramadhan 2011: Aktiviti yang biasa aku lakukan di hari puasa


kalau monday-friday macam biasa,

8.00am kuar g opis

8.30am sampai opis

5.00pm bungkus dah balik dari opis

5.40pm sampai umah mandi

6.00pm masak atau pon hosmet masak aku terbungkang atas sofa

6.30pm online kejap

7.00pm layan cite kasih alia. layan dowh cite ni, tapi ktorg tak berapa gemor si fida tu berlakon. control ayu seyhh. ayu pon tak control macam dia.

7.15pm get ready nak buka puasa

7.27pm Bismillahirahmanirahim...baca doa buka puasa, tapi sebenarnye tv yang baca, aku amin kan je..kekeke



kalau weekend


kol 8 pagi-pagi morning dah bangun.baru weekend nak tido lebihhhh cket..tsk tsk T_T

basuh baju, kalau rajin kemas rumah cket je la, tak leh lebih-lebih kang ada yang buka puasa azan zohor. lepas tu online sampai lebam.

lepas zohor, macam biase keluar mencari baju raya.

lagi tak dapat baju raya, tiap-tiap weekend kuar g mencari.

kalau dah dapat baju raya pon kuar gak. pedulik.


janji weekend berbuka kat luar. bercuti dari masak.

bukan sebab ape,


sebab bosan dengan masakan sendiri.


huehuehue

Wednesday, 17 August 2011

Hari blogwalking secara extreme

phewww..phewwww...phewww

haaaaa....semputtttt 

hari ni aku cuti, so harus la jalan-jalan cari kawan blogger.

untuk permulaan, aku terjah dulu blogger2 yang join segmen rilex sebenar mau promote blog

ni tuan blog, encik selendang merah dah buat LIST

aku baru sampai list yang ke-30

panjang woo list tu

ni sebelom tido hopefully aku dapat sampai 50-60.

berpinor-pinor mata den.

p/s: korang jangan lupa jalan-jalan kat list yang no.34 tu..teheeehe :P

Salam Nuzul Al-Quran



Source : Google
Picture credit to: iluvislam.com

Tuesday, 16 August 2011

Episod duka: Dealer perodua yang ngokngek!!!!

dulu aku dah cerita kat entry ni

masa aku amik angelo aku dulu aku tak cerita kat sini, niat di hati tak nak la rosak mood kete baru.
tapi hari ni, aku tak tahan. aku sakit hati betul dengan dealer tu.

dealer yang ngokngek tu tak bagi pon free gift yang dia janjikan.

dia janjikan aku ni:
# minyak full tank
# voucher tinted
# stering lock
# car perfume
# smart tag! 


tapi apa aku dapat?


# voucher minyak 20ringgit je okeh

celah mana full tank? tangki minyak kete dia kot full tank 20 cukup. aku marah dah cakap aritu janji full tank. pastu die boleh cakap 
"eh ye ke, ni tatau kenapa perodua bg 20ringgit" 
lepas tu aku memang jenis menuntut. nak-nak kalau orang dah janji dengan aku. lagi aku tak dapat, lagi aku tuntut. aku cakap  
"takde, takde..nak full tank jugak, janji tetap janji"
then dia kata ok nanti dia bagi.


# voucher tinted

ok, yang ni bagi memang bagi. tapi alahai rm100 je, celah gigi.  mula-mula aku ok, sebab aku tatau biasa orang dapat berapa.baru first time beli kereta katakan.


tapi


masa aku pegi kedai tinted ni, ade kapel amoi ni datang nak tinted jugak. aku nampak dia pegang voucher yang sama. tapi voucher die rm300 okeehhh!!!
aku tenang lagi, sebab aku piki 

"ooo amoi ni mesti beli kereta mahal, sebab tu voucher dia lg mahal"

aku pegi stalk amoi tu pkai kereta ape, dia pkai kereta yang sama dengan aku. yang mana kereta dia lg lower spec berbanding dengan kereta aku. macam mana dia punya voucher 300, aku 100? 


aku cuba pikir positif, agaknya dia dapat voucher je kot. tak dapat lain-lain free gift tu.


# stering lock

yang ni ok, dapat.


# car perfume

takde die beli pon ha. tapi ni murah, aku pon tak kisah sangat. dia gantikan aku dengan payung. ok lah bole buat jalan-jalan tengah hujan.

# smart tag!

yang ni aku paling marah. dia tak belikan pon. die boleh pulak cakap

"eh ade eh janji, bukan touchngo je ke? ooo salah bagi kat orang lain"
 
watehek!


lepas tu dia nak suruh aku tuntut cash la kat kedai tinted tu, untuk gantikan smart tag.tapi atas nasihat kawan aku, diorang cakap biar dia belikan je.sbb smart tag cepat abes,susah nak beli bagai. 

so aku cakap aku tunggu je dia beli.

then dia janji Isnin nak bagi. aku amik kereta aku hari sabtu.

tapi macam biasa, dia janji k*ling semata-mata.

ni dah 2 mggu aku tunggu takde die contact pon.

dah la kereta baru kuar kedai stereng dah tak betul.

lepas tu aku dah mintak dengan dia, nanti loan bagi hujung bulan 9 baru start bayar. lepas tu bila aku tanya loan start bayar bila, dia confident je cakap hujung bulan 9.


hujung bulan 9 kepala hangguk!


tadi aku dapat message dari bank cakap kena bayar before 12/9.


sakit hati ko. aku kol bank tanye tak leh tukar ke. bank cakap tak boleh. sebab bank dah buat agreement dengan dealer. mana kata kat sini, dia salah la. patut dia submit hujung-hujung sikit. sebab dah janji dengan aku nak bagi loan bayar hujung bulan. boleh la aku lepaskan gaji bulan ni untuk raya.


aku saja sms dia tnya. korang baca la conversation kat bawah ni kalau rajin lah.


"Salam dealer, kenapa bank hantar sms byar b4 12/9.kan dah mintak ujung bln. tak boleh tukar ke?"


"Ntah, cube try call bank"


"Dah dia cakap tak boleh, dah buat agreement dengan dealer. susah lah gini, cakap ye ye je hujung bulan.haih.smart tag ngan duit minyak pon ntah ke mana"


"haha ade..nak beli baju raya anak, tak cukup pulak duit. tunggu ye"


"Agak-agak bila dapat tu? janji tinggal janji je. Complain gak kang dengan perodua. sigh"


"haha..tunggu ye"


ko tengok dia reply camne? ko sakit hati tak?
tak tau la klo ko ati kering. tapi untuk aku yang sensitip ni. aku marah.
aku lak jenis kalau marah,aku menangis.
satu pasal tadi aku menangis dalam surau.
penat gak la berlakon konon-konon selsema.


tengok dia balas macam main-main. saja bagi alasan baju raya anak.aku dah la cepat lembut hati.kang bagi muka, kena pijak kepala pulak. padahal time aku beli kete cakap bulan ni gaji dia masyuk la ape lah.aku nak simpati pon,dia pkai kereta lagi hebat dari aku kot. aku pon beli kereta yang dia jual. dia pkai swift. perlu ke aku simpati?

macam ni ke perodua after sales service? aku tujukan kat dealer aku lah. dealer lain aku tak tau.

time nak customer janji macam-macam, bulan bintang semua boleh bagi.

lepas tu kalau nak duit pandai je cari aku, kol tak henti, sms masuk tiap 3saat.


kalau dapat duit, senyap je.


kita lak terkejar-kejar dia.

macam ni aku nak rekomen kat orang?


jangan harap.


yang perodua ni pon satu, takde pulak kol aku lagi untuk feedback, aku dah bersiap sedia nak complain nih.


jaga kau!
 

Segmen: Rilex Sebentar Mau Promote Blog Anda

ok taknak cakap banyak

nak rilex sebentar 

biar tuan empunya blog promote blog sekadar di pinggiran aku ni.

nah join klik kat banner ni.



tarikh tutup: 16 OGOS 2011, 10PM.

pheww nasib sempat.

kamon..kamon