advertisment

Tuesday, 6 December 2011

Hari Asyura

Hari Asyura tahun ini pada 6.12.2011 bersamaan 10 muharram 1433 hijrah.

Empat belas perkara sunat dilakukan pada hari Asyura (10 Muharram):

1. Melapangkan masa/belanja anak isteri. Fadilatnya – Allah akan melapangkan hidupnya pada tahun ini.

2. Memuliakan fakir miskin. Fadilatnya – Allah akan melapangkannya dalam kubur nanti.

3. Menahan marah. Fadilatnya – Di akhirat nanti Allah akan memasukkannya ke dalam golongan yang redha.

4. Menunjukkan orang sesat. Fadilatnya – Allah akan memenuhkan cahaya iman dalam hatinya.

5. Menyapu/mengusap kepala anak yatim. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan sepohon pokok di syurga bagi tiap-tiap rambut yang disapunya.

6. Bersedekah. Fadilatnya – Allah akan menjauhkannya daripada neraka sekadar jauh seekor gagak terbang tak berhenti-henti dari kecil sehingga ia mati.

7. Diberi pahala seperti bersedekah kepada semua fakir miskin di dunia ini.

8. Memelihara kehormatan diri. Fadilatnya – Allah akan mengurniakan hidupnya sentiasa diterangi cahaya keimanan.

9. Mandi Sunat. Fadilatnya – Tidak sakit (sakit berat) pada tahun itu. Lafaz niat: “Sahaja aku mandi sunat hari Asyura kerana Allah Taala.”

10. Bercelak. Fadilatnya – Tidak akan sakit mata pada tahun itu.

11. Membaca Qulhuwallah hingga akhir 1,000 kali. Fadilatnya – Allah akan memandanginya dengan pandangan rahmah di akhirat nanti.

12. Sembahyang sunat empat rakaat. Fadilatnya – Allah akan mengampunkan dosanya walau telah berlarutan selama 50 tahun melakukannya. Lafaz niat: “Sahaja aku sembahyang sunat hari Asyura empat rakaat kerana Allah Taala.” Pada rakaat pertama dan kedua selepas Fatihah dibaca Qulhuwallah 11 kali.

13. Menjamu orang berbuka puasa. Fadhilat – Diberi pahala seperti memberi sekalian orang Islam berbuka puasa.

14. Puasa. Niat – “Sahaja aku berpuasa esok hari sunat hari Asyura kerana Allah Taala.” Fadilat – Diberi pahala seribu kali Haji, seribu kali umrah dan seribu kali syahid dan diharamkannya daripada neraka.

dari laman web al-azim.com

Saturday, 3 December 2011

Satay UK

sape pernah baca entry aku kat yang lama ni, mesti tau UK tu ape.


kalau tak tau dan tak nak baca anggap je la UK tu united kingdom. ceh ugut. muahahah.


meh nak tunjuk macam mana rupa satay UK




ni la rupa satay UK. satay daging habis time ni,so order ayam je. dulu aku fanatik dengan satay kajang, salah satu sebab kuah dia sedap, yang paling penting sebab ada cili or sambal tambahan dia letak. aku slalu bertambah-tambah sambal tu,sebab lagi pedas lagi bagus. tapi bila jumpa satay UK, dan kuah dia pon ade sambal tu,terus i like. satay dia pon lagi sedap dan lembut. tu dalam bungkus daun pisang tu, bukan lepat liat ye, tu nasi himpit. very the traditional kan?





nah aku dah togel kan nasi himpit tu. sebab dia guna daun pisang kan, bila makan tu wangi je.


tu je aku nak cite pon, takde modal dah. haha.

Friday, 2 December 2011

ular besar sudah, sekarang buaya besar pulak

betul ke tak gambar ni aku tak tau. gila besar. haih teringat tengok movie buaya,seram woo. kalau mandi sungai, menatang ni la aku paling takut. dok terngiang-ngiang kalau dia datang libas aku, memang arwah baik orangnya la jawabnya.





cuba tengok dalam bulatan merah tu,betul ke tak betul buaya? haha. eh ni cerita seriyes kenapa gelak?

tengok dia dok sebelah kancil tu, kancil tu kecik molek je.


kawan aku cakap ni banjir kat kajang.

kalau dia tak cakap sampai sudah aku tak tau kajang banjir. aku ingat kat terengganu saje banjir sekarang ni. haihh memang tak baca paper ini worang.


buaya darat namanya tu.



Source: SINI 

stress

takde ape sangat pon

just  jerawat ni ha
naik banyak kat dagu

dah la besar-besar, tiga bijik sekali bagi.
lepas tu jenis yang takde mata tau?

jadi tak boleh picit.
i hate u!

Thursday, 1 December 2011

i'm in love with Bella's Wedding dress!!



hover ko kan, macam nak kawin besok. 

eh eh semalam pegi tengok cerita twilight breaking down. ok lambat seminggu. bese la nak bagi reda panggung tu cket, macam aku tak tau korang-korang fanatik ni..hehe. so aku beralah kejap, beralah tak beralah gak. tak menahan rindu dengan jacob aku suruh jugak mok beli tiket. tapi tengok hari rabu, murah katanya. hakhakhak. bijak kan? puiii.


even dah seminggu lewat pon, mok beli online awal 2 hari pon stilllll seat aku 3 dari depan. dem. pening-pening aku tengok cerita tu. dok la ngadu-ngadu kat mok. yela ko paham kan kalau cerita fiksyen ni kaler dia macam mana kan. datang tang wedding bella dalam hutan tu kan serba putih, humangaih silau. sakit mata aku. just jacob je aku boleh tengok tanpa pening-pening, yela kulit dia kan tan sikit, yang lelain ponti-ponti tu sume putih. hahaha



eh eh lari topik. aku nak cakap, cantik giler gojes baju si bella ni. haihhhhh kempunan la aku nak pakai. sebab seksi kat belakang tu. tapi baju dia dari depan dah sopan dah,tangan panjang siap. damn i love the details back on the dress!!!. super hot! super sexy! *tiba-tiba lagu tyra bank amerika next top model berkumandang* 





nah tengok depan dulu. bayangkan aku pakai. eh. bayangkan pengantin pakai. sopan kan.tangan panjang lagi. simple. tapi aku ni kadang-kadang bukan jenis simple sangat orangnya. aku ni complicated jugak. hahaha. kalau aku mesti nak tambah gak manik-manik pearl bagi blink-blink sikit. tapi bila tengok wedding dress ni betul la apa orang cakap "less is more". harap-harap nanti baju kawin aku simple tapi cantik. harapaannnnn






tengok la belakang dia, cantiknya! like! like! tapi jangan harap la aku boleh pakai gitu, seksi wei. kang nanti mak aku hambat aku dulu dengan penyapu. lagi satu, tengok la kulit bella dengan kulit aku. kang dari jauh sebatu lagi orang dah nampak, hitam putih katanya kan. pffftt. 




cantiknya la details dekat tangan baju dia tu. ape lace yang dia pakai yek. ok nak amik ilham. yok yok je kan. hihihi #berangan tak salah









siap dah ada replica tu.perrgghhh sape la pengantin yang dapat pakai ni. mahal tu.jangan tanya aku berapa harga. aku malas nak google lagi, kerja aku pon tak siap lagi ni.tehehehe



 kasut pon gojes. haihhhh lap air liur.


ok dah tu je. nak suruh aku cerita pasal kain aku memang tak pandai,  apa term design pon lagi la kelaut. aku merepek je la mampu T_____T

kthanxbye!


Picture Source: Google


Now NOT everyone can fly