advertisment

Friday 15 June 2012

Jerebu di Cyberjaya

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia Salam Jumaat Salam hamba tulus tanda ingatannn..ewaahh

Eh jerebu ke hari ni? kat cyberjaya ni macam jerebu aku tengok

Walhal time aku keluar lunch tadi cuaca ok je

Bile otw balik tu,aik lain macam je jerebu nya

Aku tanya si regina spektor (ex-hosmet aku dulu), kereta ko ni tinted ke? die suruh aku bukak tingkap

Aku bukak pon tengok jerebu jugak 

Lepas tu mulut takde insurance tibe-tibe "eh kenapa ni tibe-tibe berkabus, dah la arini ari jumaat"

si regina diam lepas tu dia pegi tukar channel radio dari nyanyi lagu omputih pegi ikim kot. motip sangat kan..hahaha.

so selamat beramal. *lagu sepohon kayu berkumandang*


UPDATED
===================================================



Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 
Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.
 
 

2 comments:

Anonymous said...

http://ipohmalay.blogspot.com/2012/06/ini-punca-kl-mula-diselubungi-jerebu.html

THE AUTHOR said...

lama tak dengar kabar..