advertisment

Tuesday 14 August 2012

hadiah kawen pertama



Semalam bos dengan colleague aku organize makan2 sempena nak celebrate wedding aku akan datang. sebab diorang tak dapat datang nnt. aku makan free laju je aku on je la..lg pon penat orang organize untuk kita,kena la appreciate sikit..hihi. ex-bos aku pon datang jugak..wahh..terharu mak :'D



makan kt ariani (macam nama tudung pulak..kahkahkah) sebelah saba'. mula nk book saba' tapi sebab ramai kot,last-last ariani je.tak de orang pon..hahaha. food dia klo compare dengan saba, mesti la saba lagi sedap.klo tidak,idok la saba ramai orang kan. tapi ok la.aku makan buffet harga rm29/net skali air.klo nak order ala carte pon takda hal. dia siap bagi dessert free. sedap jugak, rasa ros gitu..bijik2 tu dia cakap potato, tapi yang pelik luar kenyal-kenyal macam ala-ala jeli,tapi dalam crunchy.tapi sedap la jugak dari abc kita..kehkehkeh





ni bukan aku punya, ni budak laki punya.tengok la macam mana makan..hahaha. tu yang kaler pink macam bandung tu la dessert yang aku cakap tu.


ni baru aku punya






wah wah cik asam, unbelibbel tau makan seciput je..hahaha. ni baru first round. budak laki atas tu dia amik skali je.pastu dah surrender .aku g amik second round,tapi amik lamb dengan kebab je nak buat ratah-ratah.



dah berbalik kepada tajuk di atas



bos aku bagi aku angpaww...kira hadiah kawen pertama la..wauuweeeee






kachingggg!!! merah ong lagi kau. ni mesti sampul raya cina tahun lepas..keh3



dah la makan free,dapat angpau lagi.berbaloi-baloi. mekasih bos! i lap u lah! semoga bos murah rezeki.rezeki bos memang murah ye dok hehe. nak simpan duit ni campur dengan duit-duit lain *adekew org nak bg lg?* ngee, nak buat beli peti ais :)




notakaki: saje nak tulis dalam blog buat kenangan hari tua.


Friday 3 August 2012

I don't live my life to please others





which is sometimes i did, but in the end I will end up hurting myself :(

take note!



Friday 27 July 2012

Ramadhan ke 7 sudahh baru nak wish Salam Ramadhan

hehe



asalkan wish takpe la, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat, semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t :)



ingat lagi tahun lepas aku baru bukak blog beberapa hari sebelom ramadhan,time tu kemain rancak,sehari mau 2-3entry..tengah jakun katakan ada blog..miahhahaa. tahun ni hamik kaww..tak berentry blog aku..sobs sobs



tak sangka setahun sudah blog aku ni.orang lain setahun dah fames ames dah,aku ni dok la suam-suam kuku. nanti rajin aku amik gambo makanan kasi tepek sini.kenangan hari tua..kekeke



p/s: InsyaAllah doakan semoga ramadhan tahun ni yang terakhir aku sambut sebagai bujang...hihihi =)



Friday 15 June 2012

Jerebu di Cyberjaya

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia Salam Jumaat Salam hamba tulus tanda ingatannn..ewaahh

Eh jerebu ke hari ni? kat cyberjaya ni macam jerebu aku tengok

Walhal time aku keluar lunch tadi cuaca ok je

Bile otw balik tu,aik lain macam je jerebu nya

Aku tanya si regina spektor (ex-hosmet aku dulu), kereta ko ni tinted ke? die suruh aku bukak tingkap

Aku bukak pon tengok jerebu jugak 

Lepas tu mulut takde insurance tibe-tibe "eh kenapa ni tibe-tibe berkabus, dah la arini ari jumaat"

si regina diam lepas tu dia pegi tukar channel radio dari nyanyi lagu omputih pegi ikim kot. motip sangat kan..hahaha.

so selamat beramal. *lagu sepohon kayu berkumandang*


UPDATED
===================================================



Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 
Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.
 
 

Monday 28 May 2012

plastic surgery

source:Google


kahkahkah lawok lawok

*no offence*

Wednesday 16 May 2012

Wordless Wednesday

Source:Google

Tuesday 15 May 2012

Puteri Gunung Ledang?


Kereta tiara jacquelina ke ni? mana tau yang aritu berlakon teater PGL 2 tu kan haha


btw, tu bukan gambar hari ni ye. tu ntah bila aku kepam dalam folder, 
tapi hati meronta-ronta nak bebel kat blog, tapi takde modal.
banyak lagi folder-folder lain,tapi panjang sangat nanti pulak entry. 
tengok gambar ni pon jadi lah nak buat modal kahkahkah



ni kire nasib baik je ni kalau aku kuar g kerja jalan clean and clear macam ni. 
kalau tak, non hado nye. tapi hari ni pon disaster.
pagi-pagi aku keluar jem dah start dari simpang rumah aku lagi.
sesuatu yang tak pernah jadi. dasyat betul jem. 
aku tadi pon ikot shortcut, skali shortcut pon jem,
sesuatu yang tak pernah jadi lagi! 
kiri kanan depan belakang jem. gila lah. 
nasib aku cilok-cilok terus ke depan dapat lah sampai opis 9.10am. 



tu je nak bebel. 
kalau lah ade mayor ke menteri jalan raya baca blog ni,
aku nak soh diorang buat sesuatu kat jalan ni, gila la padat.
tolong la buat jalan alternatif, kalau dapat buat, you deserve my undi..pehh macamkan aku undi dun sini je..kahkahkah.
aku tengok bendera dah terpacak dah sana sinun.



ok la bai, nak p lunch. lapar.

entry macam shilanat huehuehue.

Thursday 10 May 2012

aku rogol jiranku

click untuk kanta pembesar
sape yang rogol jiran sendiri ni?
 
baik kau ngaku cepat.

seram lah aku kau ni.

Wednesday 9 May 2012

Ya Allah mak apekah ini sanggup pukul baby sendiri, melainkan gile meroyan punye pompuan!

tak sanggup aku tengok lama-lama lagi

aku yang tak beranak lagi pon tau rasa sayang kat baby

lain la budak-budak sekolah yang degil-degil kau nak bantai gitu aku terima la lagi, in fact aku kecik-kecik pon kena bantai gak kalau dok bergaduh adik beradik.kalau aku mandi sungai, mak aku tengok je dari atas, elok aku naik, die bantai aku dengan batang paip. padan la muke aku kan. tengok, besar jadi orang ape aku.


tapi yang ni memang perbuatan yang tak boleh dimaafkan, termasuk dengan orang yang amik video tu, boleh kau tengok je siap rakam lagi. setakat "ida sudah la, kau nak bunuh dia ke?" tapi still henpon record lagi. cher kau pegi angkat baby tu, lepas tu bagi penendang sedas kat muke die. ni baby kot for God's sake!!! masih meniarap lagi,jalan pon belum,aku agak umur mesti dalam 3-4 bulan.


kalau gamak ko stress sangat sebab dia asek nangis, tak sanggup nak handle, bagi pompuan yang tengah record tu jaga,nampak macam takde kerja je. tak mau sangat, tak yah dok beranak! buat anak pandai, jaga anak?  


sape yang belom tengok, kalau nak tengok click la link bawah ni:

http://www.facebook.com/photo.php?v=403372083029456



Mintak simpang aku nanti dengan anak-anak aku. Nauzubillah.


 

Tuesday 8 May 2012

musim mengawan sudah, sekarang musim pembiakan pulak...


sebenarnya ade 3, tapi 1 kat bawah seat jatuh
 maka nya tak kelihatan dalam gambo
tu belum campur geng aku 5 orang beranak serentak, mac 2 org, april 2orang, lagi sorang september kot.
cher kabo macam mana la aku tak lambat kumpul duit kawen? kekeke :P





Wednesday 2 May 2012

perodua service centre yang teruk! kan dah kena dengan aku sedas..dont mess with me grrrrr


*angry mood*

lepas satu bala, satu bala datang dengan perodua ni. tak menyenangkan customer lansung. kereta nak jual mahal tak setaraf dengan servis yang diberi.



nak dijadikan cerita, kereta aku masa baru beli, baru sebulan pakai ni, servis pertama pon belom,kire masih dara kereta aku, bumper belakang dah tertanggal. boleh? ko pakai gam UHU je ke tampal bumper tu?



tak pe aku report, 2minggu die dah kol untuk fix. aku ingatkan ape la sangat yang sampai kena tggu 2minggu, rupenye tampal balik bumper aku dengan double sided tape je. ok takpe,mak jemah tak kisah asalkan bumper aku tak tertanggal sudah.



tapi biasa lahhhh, tak sampai sebulan, tanggal balik bumper aku. tak sampai 6 bulan aku pakai kereta tu, aku beli kereta baru ke kereta ape ni? i know nothing is perfect, tapi baru 6 bulan pakai 2kali tertanggal ko nak cakap kualiti sangat ke product ko tu? ko tak marah benda baru beli dah rosak sana sini? aku marah.



bila dah report, aku tunggu 2minggu, tak call lagi. 3-4 kali aku suruh mok call, dia tak angkat. ade skali mok tinggalkan pesan kt receptionist tu, then baru die call balik cakap da buat report? baru ni ko nak buat report. yang masa orang berbuih-buih call tu ko buat ape? kira bulu?



lepas tu senyap. dah dekat 2 bulan. aku bukan ape, aku takut bumper aku tertanggal kat highway je. bukan tak boleh aku hantar kedai lain.tapi warranty aku ade lagi, harus gunakan sebaik mungkin.cakap barang baru dari plastik kan.bila kita call je, manjang tak angkat. lepas tu mintak tinggal pesan,ewah kau,macam bagus je.berkali-kali pesan non hado nye die call balik. lepas tu pagi ni aku call lagi, scene yang sama berulang lagi 



"jap ye cik, saya sambungkan kat staff tu"

"truuuuuttt...truuuuttt...truttttttttttt" x 16kali

"maaf cik, die xde kt tempat, bole bagi no kete nanti saya soh die call balik"

"takde, saya memang dah tau dia tak angkat punye. dah slalu sangat macam ni,sekarang saya nak awak sambungkan saya kat manager!"

"manager takde cik,cuti"




dan-dan la ko kan. aku geram, aku google service centre tu,jumpe email. aku email pung pang pung pang. tak sampai sejam staff dia kol balik. haaa kau. cakap pon gagap-gagap. takut pon kau. lepas aku ugut nak adu kat pihak berkuasa kan? kalau dari awal staff kau bole layan customer elok2, follow up, call back bila customer dah call tanye, paling kecik ko jawab customer call tu. bukan ko kena bayar. bil aku yang melambung call ko. kalau kata betul bumper aku jatuh tengah jalan,aku tak tunggu la,aku pegi service centre tu hempuk bumper tu kat ko.




dalam email tu aku ade tulis aku nak staff tu sendiri call aku. pompuan yang call tadi pon cakap akan suruh staff tu call aku. aku tggu ni dari tadi, phone aku tak bunyik-bunyik lagi.



dont mess with me..roarrrrr! *aksi harimau muda




 

Friday 27 April 2012

cool gile kad kahwin ni..aku tak mampu nak buat



aku tak mampu nak buat takot kena sebat dengan mak aku je..

syabas kepada pengantin ni sebab anda memang sempoiiii ahhhh *thumbs up*

jimat pon jimat kan..

Wednesday 25 April 2012

Cinta Bersatu Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


p/s: dedicated this song utk mok heee :)

 

Sunday 15 April 2012

yeay,dah beli baju raya! ko hado? :P

baju raya 2012, 7 pasang, first time nih banyak,so kasi masuk blog hihi :P

tak tahan tu tajuk, eksen kemain.


awal kan aku beli? ke ade yang lagi awal? ko beli awal-awal buat ape, nanti outdated..percayalahhh. *taknak kalah hihi


walhal aku pon beli awal. lantak p la outdated ke hape, baju raya aku 3 tahun lepas pon aku pakai je lagi, takde orang cakap outdated ke hape,ade mak kisah? janji mak jadi pengguna bijak. aku takmau jadi macam raya tahun lepas, konon-konon nak beli last-last minit dengan harapan peniaga akan turun kan harga dan beli baju ready made yang cantik-cantik. ade entry aku label Aidilfitri 2011, aku cerita aku punya baju raya selai je. ye read my lips, sehelai sahaja!! SEHELAI??? *pura-pura pitam. tak pompuan la kan kalau baju raya tak lebih 3 pasangs.


abes dah tu la mendapatnya kalau beli pon last minit, baju memang banyaaaakkk choice, tinggal ko tu nak jadi pengguna bijak yang buat good choice ke asal boleh. macam aku tahun lepas asal boleh. sebab aku asalnye takde duit, tapi baju nak cantik. cantik sangat la muke kau? kahkahkah


nak jadi cerita baju raya tahun lepas tu la yang paling aku rasa murah dan ok kat mata aku. kalau nak yang betul-betul aku nak, harga tak nak kalah nak makan 300++, dah la kosong manik sebijik pon tak nampak.kalau manik 2-3 line you do the math. pastu aku g satu kedai tu je ade kain cotton sulam manik penuh kat dada, harga below 200. tu je la mak mampu. patut 200 leh dapat 2 pasang kan, tapi tu la, kehendak mengatasi keperluan. sekian. pastu dah la bangsa pemalas nak basuh tangan, tak kira la manik penuh ke, chiffon ke, semua aku sumbat dalam mesin, mendapat la bila sidai tu, tup tap tup tap manik jatuh. ibarat duit aku seposen-seposen jatuh..sobs sobs.


maka tahun ni aku dah beli kain pasang siap-siap. jakel ade mega sales, arini last.  tapi jangan risau dekat nak raya pon mesti sales lagi, just persoalannya sekarang, ade tukang jahit nak layan ko? muahahah. time aku pegi pon dah melambak-lambak orang soping baju raya.maka aku pon nak jadi bijak macam mereka, buat kerja awal-awal. bukan last minit.sabtu aku pegi dengan si kajol and rani. gila kepenatan. sorang bawak balik 2-3 lai. dasar.


lepas tu arini aku heret en tunang (aku lupa ape nama samaran dia dalam blog aku hahahaha lama tak tulis). konon nak beli selai je, baju untuk nak letak dalam hantaran, dah rembat dah sepasang idaman kalbu, sekali kain cotton silk ape ntah ade happy hour, yang dari sepasang RM100, dapat 2 pasang RM100. aku rembat la lagi 2 pasang. lepas dah bayar-bayar aku nampak lagi kain cantik pulak, piki2 tak nak menyesal aku rembat jugak lagi.nah amik arini bawak hasil 4 pasangs. 


jadi pendek cerita total baju raya aku 7 pasang. sekarang aku dah pening kepala nak hantar jahit upah pulak.padan muka aku.


p/s: tak sabar nak raya,bukan sebab baju raya 7 pasang, tapi sebab tetttttttttt...*mood bunga-bunga*

Friday 6 April 2012

tak tahan, nak kena share jugak



TROLOLOLOL! :P

sengal.

Friday 23 March 2012

Holla!!

Assalamualaikumm..salam hamba tulus tanda ingatannnn *walhal buat salah sebab lama menyepi* #macamkanorangheransangat

ade yang dok cari-cari aku #perasanjap

aku masih disini, hari-hari aku bukak je blog aku ni, just aku tak login, tak up entry, tapi blogwalking tetap gagah.biasa la work life balance katanya. even bz sampi blog terabai, blogwalking hari-hari tu.nak-nak blog yang kt bloglist aku tu, sape update je aku terjah. tapi aku tak berkesempatan nak komen, nama pon blogwalking curi-curi time kerja. dengan lah aku tak login kan, nak komen nanti leceh la. nak jadi anon pon malas..hahaha. dasar betul.


eh betul ni,sekarang ni bos aku dah warning dah sape-sape yang dok bukak website yang takde kaitan dengan kerja. walaupon dia hanya sebut facebook #aku ngaku ni, youtube #jarang, manga #next! tak minat. dan walaupon dia tak sebut blogspot ke wordpress ke..harus lah aku sentap sekali,dah nama non related website. kang aku dok wat kalut search "how to fix installer error" ,takde makna kuar bedahblog.blogspot pulak kan. propa tau.



ade sape-sape rindu aku menceceh? hamik ni panjang perenggan entry aku dalam nak tak nak ni.ni pon aku update sembunyi-sembunyi syhhh hahaha


InsyaAllah aku tak plan nak tutup blog ni, sebab kalau aku tak tulis entry ke tak pon entry sampah camni ke, once in a blue moon aku rasa nk menceceh, aku ceceh jugak kat sini,lagipon aku still guna blog ni as medium aku nak blogwalking..kehkehkeh.


last but not least,

I'm Sorry!! (gaya amir raja lawak)


Wednesday 18 January 2012

Diet????? Takde makna nak diet-diet ni



bukan aku yang cakap tu.


tu jawapan yang aku terima bila aku cakap nak diet. very sarcastic. tak cukup dengan itu, dok gelak-gelak aku lagi. siap cakap "tak payah nak diet-diet, takde maknanye". siap tag team lagi gelak kan aku wtf. memang takde makna untuk ko, tapi bermakna untuk aku. 


yes memang kadang-kadang aku nak diet, tapi aku tak tahan godaan, aku makan jugak. tapi perlu ke nak cakap gitu? kalau ko tak nak diet, ko rasa diri tu dah perfeeeecttt sangat *tiru cara cakap raja lawak 6 kumpulan Selak*, tak payah nak mendownkan orang lain boleh? at least bagi la semangat sikit. ko sakit kat mana klo aku cakap aku nak diet? sakit hati?


kalau sakit hati meh sama-sama diet. ke ko lapar sama kalau aku diet? perut asing-asing ok. jaga la hati kawan sama. kawan tengah berusaha nak diet, ni dok gelak gelak. 

memang aku nak diet dari dulu lagi,tapi asek tak menjadi. sape cakap aku tak berusaha? ko ade time tiap kali lunch aku pergi gym kat opis tu. time lepas gym aku hanya makan sandwich je. aku bawak bekal hari-hari. malam aku makan sup je. tapi belum sempat aku nak timbang berat badan, gym opis aku tu tutup sbb move out kat tempat lain.
maka hidup rutin aku berubah la lepas takde gym,aku makan macam biasa balik. jadi tahun ni sebab kan majlis *cough*kawen*cough*, aku nak la jugak merasa kurus. all i need is just your support. kalau tak nak support pon takpe, tak paksa. tapi jangan nak perli-perli,nak ejek-ejek macam kan aku nak diet ni menyebabkan duit ko luak.


ramai jugak yang cakap "ala ko tu dah ok,nak kurus tang mana lagi"


meh sini aku tunjuk bukti



BERAT BADAN BERLEBIHAN OKEHHHHH????

ko hado??

siap lukis gambar pompuan gemuk bagi aku. #sentapmaknak


ko nampak berat ideal 56kg??? nampak?? nampak???


tu berat aku time study kat uitm...uwaaaa nak kurus macam dulu, pakai baju perut flat je..sekarangggggggg...

mana aku nak cekau ni 56kg


banyak tuuu aku kena turun
 

so pls, jangan gelakkan aku bila aku cakap aku nak diet. ok?

aku pukul ko kang. *bajet garang*
 
 

Tuesday 17 January 2012

craving


amaigad amaigad i'm craving for these 2 babies


PAVLOVA!!!!


tengok ni pon dah merembes-rembes air liur. plan weekend lepas dengan si kajol, end up pegi makan nasi lemak pj pfftt. gila jauh kan beza pavlova dengan nasi lemak pj?? pastu ok fine, takpe, tak dapat hari sabtu kita pegi makan hari ahad, tapi nye last-last masak spagetti dengan malam g makan sate? wth. i want my pavlovaaaaaaaa!!! uwaaaa. 


disclaimer: aku benornye tak penah makan pon, aku tengok gambar je dengan orang cakap-cakap kata sedap. tapi roman macam dah pernah makan kan,tekak aku dah la mengada cket, kalau aku cakap sedap tu, memang bebetul sedap la. tekak aku high taste hakhakhak. kalau aku dapat pavlova ni, pastu tak sedap, siap.



RED VELVET!!!!!


pergghh tengok gambar tu pon dah menggigil-gigil. melt in mouth gituh. ni pon belom dapat lagi ni,plan nye time cuti chinese new year nanti aku ngan kawan-kawan nak bake red velvet ni. kawan aku tu buat red velvet, memang sodaaapppp. nanti kalau jadi aku tayang kat sini.muahahahaha

tu je, entry takde keje ngee


Pic source: Google
 

Monday 16 January 2012

semangat yang hilang

Assalamualaikum... kum...kum..kumm *versi bagi salam kat rumah kosong*



pergghhh aritu kemain PR1 la hape la kan aku ni,sehari satu entry bagai, sekarang apa jadi? hamikkkk..habuk pon tarak.



kawan-kawan aku semua dok tanya "apasal tak hupdet blog?" "kenapa blog ko lama tak hupdet?"


The reason being, aku sangat lah bizi *jawapan standard, walhal hari-hari dok ngular baca blog orang*. aku malas lebih tepat kot. ni la masalahnya kalau berblogging guna laptop opis, dah la takde admin right, nak buat itu tak boleh, nak customized ini tak boleh, end up korang tengok la rupe blog aku ni,memang basic habis. aku punye la mintak tips bagai dengan blogger otai, sape lagi en hanif. nak buat popular post tu, semangat habis nak buat, skali nak save, error hape la. aku agak dah. memang company ni jeles dengan aku. huh!




maka itu la sebab-sebab aku jadi malas nak berblogging. dah la gambar-gambar belambak dalam phone malas nak bluetooth masuk laptop gedik ni. pastu gambar-gambar tunang pon besar, malas nak resize. cuba kira dari atas berapa banyak perkataan malas aku tulis. so dah dapat kan root cause di sini kenapa aku tak hupdate blog? muahahahaha.


tengok dalam malas-malas pon, panjang gak entry aku nih...



tengok la kalau aku dah tak malas transfer gambar, tak malas mengadap blog basic ni, nanti aku update. cewah bajet macam ramai ternanti-nanti ko asam jeruk wei.



p/s: kena cari orang buat template untuk blog aku ni,baru la semangat tu hado






Wednesday 4 January 2012

cara nak hilangkan stress

senang je

pegi kat blog beautifulnara !!

ko sengal ape cik asam, blog abang nara tu blog gosip, bukan blog lawak.

eh memang la gosip, tapi korang jangan baca gosip-gosip tu, cher baca komen-komen tu,adeh sumpah lawak.

aku kalau baca memang gelak sorang-sorang

sengal masing-masing kalau komen

paling fames dalam blog abang nara tu Minah Jambu 24 jam mengadap computer 

nickname pon kadang-kadang lawak

tengok ni salah satu contoh komen yang lawak

entrynye pasal si fasha dengan jejai dah baik semula,

tup-tup komen kat bawah ni, baca lah sendiri yer

Click untuk tembesaran


kahkahkah!


Credit to: Beautifulnara 

 

Tuesday 3 January 2012

Ombak rindu vs Premier League

Credit: Oh! Media


LOL!



p/s: bizi melampau romannya aku ni, kadang-kadang tak bizi sangat pon buat-buat bizi ja sebab malas update blog, boleh? kahkahkah

p/s p/s: masih sempat lagi nak ucap, Selamat Tahun Baru 2012!!! 2011 banyak kenangan manis pahit manis tercipta,semoga 2012 banyak lagi kenangan baru di cipta. 2012, please be kind to me :)