advertisment

Monday 31 October 2011

how to spend public holiday at home, when the rest are working

hari rabu lepas public holiday bersempena Deepavali.

korang buat ape?

cher tanya aku buat apa.

kalau dah mok kerja, housemate kerja. takkan aku nak terbungkang dekat rumah kan. bukan aku la tu.



* pertama sekali macam mana anda menghabiskan masa dirumah masa public holiday sedangkan yang lain kerja earning $$$$ double triple kan.


sediakan bahan-bahan


antara koleksi mekap aku. memang berterabur habis. niat nak beli beg mekap yang macam mekap retis tu dah lama. tapi duit je yang baru tak sampai-sampai. asal nak beli je, baik aku beli mekap. last-last mekap menimbun, beg ntah ke mana. pastu aku dok usung la dalam beg kertas. hahaha



* kedua. kena ada mangsa. kalau dah ada bahan-bahan kena la ada subjek. takkan nk menconteng arang kat muka sendiri. sendiri mekap, sendiri meroyan sorang-sorang. nak-nak aku failed kalau mekap muke sendiri. tapi mekap muke orang pon takde la cantik mana, tapi cantik la jugak.hahaha. perasan mampos g.


nasib baik ada kawan aku si rani mukherjee (bukan nama sebenar ) pon cuti jugak. dia datang rumah. ape lagi. dia la jadi mangsa keadaan aku. siap dah pukul12 pon aku tak bagi dia mandi semata-mata aku nak mekap dia.


si kajol yang berkerja dok la msg tanye masak tak dia nak balik makan, maklom la PH semua kedai makan tutup. skali aku jawab tak. sebab dok main mekap-mekap..huahauha. kesian kawan berapi-rapi perut menahan lapar.


 antara bahan-bahan yang sempat aku close up. ceh mementang mac yang tu la yang ko nak close up kan. huehuehuehue



nah hamik stok bulu mata palsu aku. 4 kotak ko. ko hado? eh eh yang mekap retis tak payah la jawab aku tau sah-sah dah ada 20 kotak. aku ni bukan pakai pon. beli sebab syiok nak main mekap-mekap. sape ingat aku ada cakap aku bercita-cita nak jadi mekap artis kan. ni orang cakap practice make perfeeecto. haktuih.


mintak maap la gambar model aku takleh nak publish kat sini. kalau nak korang kena mintak kebenaran rani mukerjee dulu.haha. 

last-last dah siap mekap bagai, pukul 3 petang baru stat masak tengahari.


tengok aku si buruk lantak ni tak lapar ko semata-mata nak main mekap-mekap. kalau tak, pukul 12 dah mengelupur cari nasik.


keletung keletang maka ini je hasil nye



 ayam masak hijau podas berdengung. aku makan sampai nak pitam. sebab terlampau pedas. ko gila, dekat segengam gak cili padi aku tumbuk. tangan pijar tak payah cakap, rasa macam nak sepak orang pon sedap time tu.


disamping sayur kailan ikan masin. nasib la ko.


esok membuang pedih bontot habaq hang.

 

Friday 28 October 2011

kantoi

aku ada satu pesen.

kalau aku marah, aku menangis.

kalau korang baca entry kat bawah ni

tadi aku orang tu call aku, jadi bila aku marah-marah, aku nangis.

nasib baik aku jawab phone kat luar pantry, takde orang.

konon-konon macho dah nak bersiap sedia nak marah, tu pasal dok luar, sebab berangan nak cakap kuat-kuat, nak tempik-tempik.

tapi

hareeemm.

melalak-lalak aku menangis. sampai orang tu dari takot dengan aku jadi simpati. siap cakap "sabar..sabar.. bawak istiqfar" ehh..terbalik kod dah ni.

dah pulak aku pegi sehelai sepinggang. haprak tisu pon tak bawak. dok la lap-lap kat lengan baju sebab dah meleleh-leleh tahap kalau aku nganga mulut masuk tuh.

aku pon masuk la dalam pantry nak amik tisu. ko bayangkan la rupe aku masuk pantry tu dengan mata bengkak serupe orang mati laki, hidung merah macam badut. hingus? ha hingus tak payah cakap la, memang kristal clear.


skali ko, ayomak bos aku lak kat pantry.


aku speechless.

betul-betul aku bertentang mata dengan dia. dengan hingus lagi.

tapi aku buat muka seriyes, tak jadi g amik tisu, terus lari g toilet.


skali aku balik tempat die im:

 4:41 PMChiang, xxxx xxx
are you ok ?
4:41 PMcik asam
i'm fine
why?
4:42 PMChiang, xxxx xxx
you look like you go out and cry
4:42 PMcikasam
no la, habuk masuk mata
haha
4:42 PMChiang, xxxx xxx
kekekkek
4:42 PMcik asam
hahaha
4:43 PMChiang, xxxx xxx
if u need ppl to talk to, i am available
4:43 PMcikasam
thanks, but now i'm ok

adehh..drama queen betul.


tapi baru aku tau, aku ada bos yang baik.


thanks bos!




Doa orang teraniya

Rasulullah Salallahu 'Alaihi Wassalam bersabda:

"Takutlah kamu akan doa orang yang teraniaya sekalipun dia kafir, kerana sesungguhnya doa orang yang teraniaya tidak dihalangi."

Riwayat Ahmad, Abu Ya'laa dan Dliya dari Anas
 
 
 
*******************************************************************
kenapa aku selalu jadi mangsa peniaga/usahawan melayu ye?
 
oh ya, mungkin orang lain pon penah alami tapi mungkin tak seteruk aku, or mungkin lebih teruk dari aku.
 
dari pasal dealer perodua aku sampai la hal yang ni. maaf tak dapat nak kongsi lagi kat sini sampai hal ni selesai.

cakap pasal dealer perodua ni, sampai sekarang aku tak dapat lagi smart tag aku. bila msg tak reply, bila kol cakap takde duit.
 
bila kita niat ikhlas nak tolong melayu, tapi kita yang kena pijak.
 
jadi pengajaran untuk aku, lepas ni apa-apa biar aku deal dengan bangsa lain pon takpe.
 
aku dah serik.

aku dah penat menangis.
 

"Ya Allah ya Tuhanku, mudahkan lah urusan hamba mu ini"

aku belum lagi sampai tahap nak doa yang buruk-buruk lagi. 
 
"i can be your sweet dream,  and i can be your nightmare. you decide for yourself "


 
 

Thursday 27 October 2011

boleh caya ke ni? choyyy

Dear Beloved,

As you read this, I dont want you to feel sorry for me, because, I believe everyone will die someday. My name is Omar Hasan a merchant in Dubai, in the U.A.E.I have been diagnosed with Esophageal cancer. It has defiled all forms of medical treatment, and right now I have only about a few months to live, according to medical experts. I have not particularly lived my life so well, as I never really cared or anyone (not even myself) but my business.


Now that God has called me, I have willed and given most of my property and assets to my immediate and extended family members as well as a few close friends. I want Allah to be merciful to me and accept my soul so, I have decided to give also to charity organizations, as I want this to be one of the last good deeds I do on earth. So far, I have distributed money to some charity organizations in the U.A.E, Algeria and Malaysia. Now that my health has deteriorated so badly, I cannot do this myself anymore. I once asked members of my family to close one of my accounts and distribute the money which I have there to charity Organization in Bulgaria and Pakistan , they refused and kept the money to themselves. Hence, I do not trust them anymore, as they seem not to be contended with what I have left for them.





The last of my money which no one knows of is the huge cash deposit of Thirty Five million dollars $35,000,000,00 that I have with a financial Security Firm abroad. I will want you to help me collect this deposit and dispatched it to charity organizations. I have set aside 35% for your time and service. Please reply me with honesty as soon as you receive this mail.

Regards,
Omar Hasan



***********************************************************

aku baru check email pagi tadi.

mintak maaf  terlambat, encik omar dah jumpa tak lagi orang yang boleh tolong?

 

Tuesday 25 October 2011

kalau ke negeri melaka, jangan lupa singgah minum coconut shake

entry ni patut di publish sebulan lepas. nampak nau pemalasnye. 

entry kepam pon nak publish. haha. wateber.


ni cerita wedding kawan aku kat melaka. ktorg salah timing kot, dok bajet melaka 2jam, so bertolak la kol9.30. skali hamek kau. sejam je dah sampai. 10.30 nak g kenduri? gila tak gila.


tu pon nasib baik singgah g MRSM ape ek kat situ bedah? lupa lak aku. sebab kawan aku ni nak jumpa adik dia kejap. tapi kejap je la. jadinya dalam kol11 ktorg da sampai rumah pengantin..agagaga.


sampai-sampai pengantin tengah dok photoshoot. bergaun kembang semangkuk kau. ni kalau budak-budak nak main nyorok-nyorok dalam tu pon boleh. hehe peace syira. pengantin tukar persalinan traditional lepas tu,tapi tak sempat nak snap sebab da balik. tu la ko kejadah g kenduri awal-awal sgt. huh.


 di sebabkan terlalu awal makanan pon tak sempat siap lagi. menurut kata dj bertugas, makanan lambat cket sebab malamnye hujan,kayu api basah. tiba-tiba aku teringat lagu "bangau ohh bangau kenapa engkau kurus, macam mana aku tak kurus, ikan tak mau timbul...oohh ikan ohh ikan kenapa tak mau timbul.." korang sambung sendiri lah sampai ada part kayu api basah. tak koser mak. haha


 ni la padah kalau g kenduri tak bekfas, sampai awal pulak makanan tak siap lg. abes separuh bekas apam polka dot ni ktorang bantai muahaha.memang tak ingat kat orang belakang dah.sedap weii.


 ok yang atas tadi mukadimah je. ni baru aku nak masuk intro. tengok tajuk entry la beb. kalau pegi melaka  jangan lupa pekena coconut milk. eh pejadah nak makan santan, makan coconut shake. ni kedai dia. minta maap aku memang failed nak bagi petunjuk. tapi ni kat padang temu tak silap. dekat dengan skolah ala-ala gitu.


 nah kepala ko.




coconut shake special. nyaman minum panas-panas. maksud aku time cuaca panas. pe barang nak minum coconut milk panas-panas, nak buat bubur boleh la.

bagi aku not bad la. tapi tapi

orang melaka jangan marah ye

aku bukan bias


tapi coconut milk shake penang lagi terbaeekkk wook.

seriyes.

sebab yang melaka ni, ape yang aku tak bekenan, coconut shake dia rasa santan. pastu macam ada hampas kelapa gitu.

memang mak jemah tak berkenan.

meh kita p penang cari coconut shake.


entry biadap orang kata.




eh eh jerebu ke?

nak tanya korang, tengah jerebu ke hari ni?

sebab aku bangun pagi-pagi, jenguk kat tingkap.eh kat genting ke ni?

berkabus semacam je.

betul ke jerebu?

ke aku dah kena g kedai spek?

tolong la cakap anda pon nampak pemandangan berkabus arini.

Friday 21 October 2011

LOL


 Facebook should have a limit on how many times you can change your relationship status. After 3 it should default to "Unstable"


Credit: my fren punye status fesbuk. cilok ye din :P

Thursday 20 October 2011

cepat lah deepavali

eh tak tak.

aku tak sambut deepavali.

aku tak sabar nak cuti je nih.


korang dah soping belom?


kalau belom g terjahhh sini


 meriah uooolsss

Wednesday 19 October 2011

Kenapa tiada sesiapa membantu budak 2 tahun yang digilis di China?

Salam hormat,
Saya yakin ramai rakyat Malaysia ingin tahu kenapa semua orang
hanya mampu memandang dan langsung tidak berusaha membantu
budak berumur 2 tahun yang dilanggar di China baru-baru ini.
Ini video di Youtube:
http://www.youtube.com/watch?v=07T1oO-6-kc
Ianya berkaitan "culture & what they have practice in China."
Tapi terjumpa 1 artikel dari  from http://anneraini.blogspot.com .
Kenapa dan mengapa ianya berlaku?
Jom kita baca...

"Okaylah, sejak petang semalam, memang kecoh pasal video budak 2 tahun
kena langgar dengan van dan lori tapi malangnya takde seorang pon yang peduli.
Budak malang tu dah terbaring berlumuran darah tapi orang yang lalu lalang tu
buat dek jek... Video tu mmg tersebar dgn cepat dan ramai yang marah dengan
kejadian ni... Kejadian ini berlaku di China dan bukan di Malaysia.
Pagi ini pon HOT fm buat topik pasal ni...

Sekarang aku nak cerita fakta sebenar dan boleh juga dikatakan peringatan pada
korang yang nak pergi ke China... Kalau korang jumpa or ternampak orang lain
dalam kesusahan seperti seorang makcik terjatuh basikal, atau budak kecik
dipukul or dibuli ataupun ko nampak seorang tua yang tibe2 diserang sakit jantung,
sila jangan tolong..
Ye, benar2 kawan2. JANGAN TOLONG! Nak tahu kenapa? Sebabnya bila kau tolong,
orang itu dah menjadi tanggungjawab engkau. Contohnya, kau nak tolong makcik
yang jatuh basikal tu, katakan makcik tu patah kaki, maka ko yang kena tanggung
sume kos perubatan die sbb ko yang tolong dia...
Ataupun ko akan disaman oleh anak makcik tu sbb ko lah penyebab mak die jatuh...
Inilah faktanya di China. Nilai moral dah takde. Mereka akan pentingkan diri sendiri
sbb kalau mereka tolongpun mungkin mereka yang akan tanggung akibatnya...
Serius wa cakap lu. Cerita ini diceritakan oleh ofismate aku yang membacanya
dalam akhbar cina minggu lepas.

Dalam akhbar tu penulis bagitau ada seorang askar (kalau tak silap aku) menolong
seorang tua yang terjatuh secara tiba2.. Kerana prihatin takde org lain nak tolong
maka askar ni pon naklah bantu tapi anak org tua ni nampak die pegang mak die
so die tuduh askar ni yang tolak mak dia. So askar ni kena saman dan terpaksa
menanggung kos perubatan org tua tu..
Akibatnya die kena buang kerja. Jadi kes budak yang kena langgar ni pun sama.
Baik biarkan jek budak tu sbb kalau tolong and jadi pape yang lebih teruk kat
budak tu, diorang yang kena tanggung.

Nak tahu tak apa yang pemandu van tu cakap pasal die langgar budak perempuan tu?
Mula2kan die dah terlanggar budak tu and die berhenti kejap sbb perasan die langgar budak.
Masa tu budak tu berada di tgh2 antara tayar depan dan belakang. Die terfikir kalau budak tu mati,
die cuma perlu bayar denda lebih kurang RMB10,000- RMB20,000 je tapi kalau budak tu hidup die
kena tanggung akibatnya seumur hidup so die teruskan langgar budak tu dengan harapan budak tu
akan mati. Itulah undang2 di China yang mana kalau langgar mati lebih senang nak kira drpd langgar
hidup. So sekarang pemandu van tu sangat berharap yang budak kecik ni akan mati..
Terukkan? Ini bukan tipu tau tapi seperti yang tertulis dalam paper cina hari ni...

Jadinya kalau sampai di China ingatlah pesan aku ni...
JANGAN TOLONG kecuali family ko sendiri...
Kalau ofismate aku tu tipu maka tipulah aku...
Semoga perkara ini takkan terjadi di Malaysia tercinta ini...
Kesimpulannya, di mana saja, manusia semakin hilang pertimbangan diri.

Credit:  Razif Yusof

smile, u're on candid camera!

gambar terpaksa di censored atas sebab-sebab keselamatan. kang kalau dia tau aku amik gambar ni,mau kena silambam ni.gambar ni amik dalam office, waktu pejabat. aku rasa dalam pukul 2 petang camtu. di mana waktu-waktu lepas lunch ni adalah waktu paling unproductive. macam bese la kan. tapi waktu-waktu camni la aku paling productive. yela unproductive tu tang kerja, tang lain produktive sesangat. seperti, update blog?

meh aku zoom cket ape yang incik di atas sedang buat.


 
 
dia sedang sign up facebook ye tuan-tuan dan puan-puan. kalau login tu aku leh terima sebab aku pon slalu buat. dah la facebook kena block kat opis ni. so ktorg secara illegal tukar proxy dan access facebook. kata nak idop kan.

ni baru nak sign up. ape cerita ni. orang cakap kalau takde penyakit jangan cari penyakit. kang jadi macam ktorg ahli-ahli facebook yang dok ngulor time kerja. tehehehe.

so kepada encik nama dirahsiakan. tak payah add aku tau. 

Tuesday 18 October 2011

ni baru betul-betul ho liao

adeh tak tahan aku baca ni, lawak gila.

meh aku share dengan korang

kalau sape tak gelak tolong la g check mana urat ko putus. keh3

***********************************************************

Situasi sebenar :Seorang nenek pegi kedai beli ubi, tiba-tiba dilanggar beca lalu mati ditempat kejadian.

Buletin Utama - "Nenek meninggal dunia, pemandu beca dicari."

Harian Metro - "Hangat! Nenek mati dengan ubi di tangan."
...
Utusan Malaysia - "Nenek mati dilanggar beca satu propaganda pembangkang?"

Harakah - "Kami tiada beca."

Malaysiakini - "Beca langgar lari bukti kerajaan makan rasuah."

Twitter @NajibRazak - "Nenek sanggup mati kerana ubi, menunjukkan ubi 1Malaysia berkualiti dan digemari rakyat!"

Blog Melayu paranoid - "Keraguan sijil halal ubi mungkin punca nenek mati dilanggar beca."

Pancaindera - "Kisah nenek dilanggar beca diabadikan dalam filem terbaru David Teo, Beca Gangster."

Mastika - "Misteri penarik beca: temubual eksklusif dengan hantu ubi."

Maskulin : Lelaki bawa beca selamatkan ubi adalah ciri lelaki sejati~

Sinar Harian : Nenek dilanggar Beca Rempit!

Nona: Nenek awet muda kini tiada lagi.

Remaja : remaja gagal selamatkan ubi... nenek meninggal...

Hot.fm : ceritakan kisah menyedihkn anda bersama nenek dah ubi...

Sinar.fm : Keluhan seorang penarik beca apabila nenek maut dihempap ubi.

999 : dimanakah peranan pemandu beca, sehingga tergamak melanggar nenek dan ubi...

Bersamamu: liku2 terakhir nenek tua bersama ubi dan beca usang...

Aduan Rakyat : Disebabkan sambil lewa pembeca, nenek terbunuh disamping ubinya...

Edisi Khas : Seorang nenek tua pon adohai, telah di langgar lari kannye pon...telah mati dtempat kejadiannye adoiiinyeee!!!!

BANG BANG BOOM!! : akibat diacah2 untuk dilanggar dengan beca, nenek tua mati mengejut bersama ubi di tangan....

Upin dan Ipin: BETUL, BETUL, BETUL...........
****************************************************
HAHAHAHA!

so true!

Source: aku kopi dari kawan kat fesbuk, so aku kredit je kat sape-sape tuan empunya. peace yaww! :P

Monday 17 October 2011

macam mana nak tau umur dah suku abad?

bila hari-hari weeekend di penuhi dengan undangan perkahwinan.


ha time tu pandai-pandai la nak slow and steady ke, nak pecut gear lima terus nikah esoknya. or buat persiapan mental dengan soklan-soklan killer seperti "hang bila lagi?"


weekend aku minggu ni 3 undangan berturut-turut. tapi 2 je aku pegi. 


lagi 1 wedding aku tak sempat lansung nak snap gambar, tapi makanan dia sumpah sedap habaq hang. siap ada kopi corner, kat situ ada rojak buah, bubur jagung, kuih raya pon ada, pastu ada kuih bakar kemboja, dengan kuih tepung pelita. caya lah. memang aku respek la tuan umah yang bagi makanan melimpah ruah ni.


yang aku sempat amik gambar 1 wedding ni je. tapi unik la jugak. lain pada lain. mebi bagi korang dah biasa tapi ni first time bagi aku.


wedding nya kat klang. tapi mak aih jem gila. rupa-rupa eksiden. tapi eksidennya jalan yang menghala ke s.alam, xda kaitan pon dengan ktorg yang nk g klang ni, tapi mak aih, sejam jugak la dalam jem. biasa lah orang Malaysia ni kan terlebih caring. dia nak tolong mangsa hantar g spital kans?


 nah sape nak amik idea centerpiece ke. dia guna orkid betul, aku dok la belek-belek sebab skali-skali pandang macam plastik, skali-skali pandang macam betul.rasa macam nak cabut je bunga tu nak pastikan betul ke tak. nasib baik aku behave. kedatangan aku bukan la nk mencacatkan majlis orang fulamak.


 yang aku cakap unik tadi sebab dia takde pelamin. even wedding ni kat dewan, tapi masuk-masuk pengantin tengah makan beradap kat atas stage. tengok dia punya deco meja beradap pon simple. memang low profile pengantin ni hehe


 lauk da separuh. eh tu bukan tak habis ye.aku lapar sangat aritu sebab stuck dalam jem, memang licin. tak pernah-pernah aku makan nasi kenduri licin tau. ni pon unik gak, first time aku g wedding orang bagi makan otak-otak. 


tapi walau dia takde pelamin, dia ade photo booth. comel sangat. sila abaikan entiti tersebut. si maddu ni la,tak nyabor nak amik gamba, aku nak amik gamba photo booth ni saje. kelihatan pengantin di sebelah sana. eh sambung balik. comel gila photo booth ni. tak silap aku pengantin D.I.Y sendiri props tu. tahniah-tahniah, anda sangat kreatip.


tu je pon.kalau korang rasa tak unik mana, bese-bese ke terpulang la,tapi dah ni first time aku jumpe keke. tapi bagi aku ade kebaikan gak dia buat photo booth gini.




* pengantin lebih dekat dengan orang. sebab selesai dia potong kek, diorang turun bawah salam-salam tetamu terus ke photo booth untuk sesi bergambar. kita yang tengah makan sebelah pon boleh tengok pengantin dekat-dekat


* takde orang kaco pengantin tengah bersantap. ko berani naik atas stage g salam pengantin ke bergambar ke? berani? haha. sebab bese aku tengok klo meja beradap kat bawah ni, orang tak nyempat-nyempat. yela mana yang nak balik awal tu trs g salam pengantin. salam tu 1 hal, siap nak amik gambo lagi. pengantin pon mulut tengah penuh. yela udang tak kopek kulit terus sumbat. nak control punya pasal kan. kalau kopek kulit kang bunyi keletung keletang siap sudu garpu tercampak..keh3. nanti time aku kena request udang tanpa kulit lah.



*  bole di katakan semua berpeluang amik gamba dengan pengantin. sebab dah nama pon photo booth. tuggu giliran, lepas geng ni selesai, orang lain lak masuk amik gambar. kalau pelamin atas stage ada setengah orang segan nak naik. kunun malu.



*  untuk opah moyang nenda yang dah sakit-sakit lutut tu senang gak. kan. tak perlu aku uraikan lebih lanjut. hehe



aku bagi idea je. yang lain terpulang citarasa sendiri. setiap orang ada pandangan dan pendapat masing-masing. pendapatan pon dah sah-sah asing-asing kan.

 

Saturday 15 October 2011

apa nak buat dengan telur yang dah nak expired

16-10-11 agagaga.ada la 2bijik dalam ni. plus 1 bijik lagi another hosmet punya.expired on 14.10.11. tapi aku try pecah kan dlm mangkuk nampak macam molek je. aku belasah skali. hantu raya tak hantu raya bantai telur sampai 3 bijik.keh3


kasi taruk lada sulah cket. lepas tu campur cheese cheddar cket. kasi kacau habis habisan.


goreng dalam kuali. awas, ni bukan nak buat omellete ye.

tapi ini
bekfas di pagi minggu. Scramble egg. lemak berkrim ko,sebab aku letak cheese tadi haha. makan sambil berblogwalking. hehe

ok bye nak siap-siap g wedding pulak.


kalau aku sakit perut karang, aku tau la kerja sape tuh!

Friday 14 October 2011

english is a difficult language!!!

sape sini terer cakap english? cher angkat tangan macam sayeeeee *sambil goyang-goyang pergelangan tangan*


eceh bajet pandai cakap english la kengkonon aku ni.siap nak angkat-angkat tangan lagi. aku bole la cakap, bole la tulis, setakat gitu-gitu je. janji ko paham, aku paham sudah. nak suruh aku past tense present tense bagai tu, kelaut cket. grammer pon kirim salam.


tapi kita bertuah jugak dok Malaysia ni,dari kecik dah di terapkan belajar bahasa english. aku ingat dulu time aku skola rendah, cikgu english aku chinese. garaaaanggg. dia siap paksa ktorang beli kamus. sehari kena hapal 1 perkataan dari kamus. lepas tu kat buku kena bahagi 1 section untuk tulis perkataan yang kita da hafal. bukan hafal sesaja, kena tau maksud. nanti hari-hari dia masuk kelas, kat papan hitam dia da buat 1 section jugak, dia akan suruh tulis kat situ. aku rasa hasil tunjuk ajar dia la aku pandai sikit english ni. tapi sikit la. yela setakat dia ajar aku darjah 4 skali tu je. cher ajar aku sampai aku form 5. kompommmm...berhabuk aku speaking. 


jangan ada rendah diri kalau tak pandai english,kadang-kadang bangsa lain tu english diorang tunggang langgang jugak, just kita je yang tak perasan. dok la nganga-nganga kengkonon kagumnye kagumnye diorang ni cakap. walhal lintang pukang je. point dia ko kena confident je bila cakap english. grammar mistakes ke hape ke belakang cerita. yang penting maksud tu sampai. tapi muka kena tebal la kan. huahuahua.

lagi nak bagi korang confident, orang german tu nama je mat salleh. tapi cakap english bersepah. bukan semua la. tapi yang boleh cakap english tu aku rasa yang golongan prosessional je. nak share pengalaman masa aku g german dulu. aku tanya harga barang tu, kalau kat Malaysia ni standard la kan "how much?" pastu pakcik jual sayur pon tak cakap dah kat ko 5kupang, dia cakap fifthy sen kan? ok aku lelebih. haha


kat sana aku cakap "how much?", pastu orang german tu buat muke confius. aku tunjuk la barang tu lagi dan tanya "how much?". lepas tu dia tak paham jugak siap tanya ada sorang minah ni. minah tu la yang tolong translatekan.




lepas tu aku pon amik la inisiatif. ok fine. ko tak paham english, meh aku blajar bahasa ko. aku bukak kamus aku tengok macam mana nak tanya harga barang. siap tanya trainer aku lagi tu. 

aku pon dengan confident pegi dekat aunty ni jual jam. cewah aunty gitu.

"wie viel?"

dia.

"vier und zwanzig"  . lelaju


aku


-_________-". hamik ko nak sangat.


terus kuar english paling power aku. kat german boleh la nak eksen kan. hahah

"sorry i don't speak deutsch"

lepas tu ko tau dia buat ape?

dia amik buku dan pen. dia tulis. 24.



ha bayangkan, nombor pon diorang tak tau in english. so korang kalau english tara-tara aku ni g sana memang boleh eksen habis la. tapi ko jangan risau. ko eksen sorang-sorang je la. takde der diorg heran ngan ko pon. sana everything in german. ko bawak la diri sendiri. hahaha


sebenarnya aku tak plan nak buat entry panjang gini, saja nak bagi motivation la kononnya. 


tak cukup meh tengok ni




Source: Google


tu la pentingnya english education - ucop wilcha












 

hidangan malam jemaat

rona roni makaroni 
 

Thursday 13 October 2011

kenapa fina suka tunjuk ketiak?

edisi mengutuk pulak dah. ni la nama cari dosa free.tehehe. *sambil kuis-kuis kaki*

sape kenal fina?

kenal tak?


tak kenal?

meh nak tunjuk gambar

tadaaaaa..ni la fina. budak af9 yang dimasukkan lepas dikeluarkan kakak dia aida. elok sangat la. dua-dua aku tak bekenan. gedik je lebih. tapi compare aida dengan si fina ni,elok lagi si fina ni. gedik-gedik pon suara power beb. terangat bulu hidung kalau dia nyanyi nada tinggi. paling aku suke time dia nyanyi lagu jacklyn victor "Bertamu di kalbu" tu dengan "All by Myself" by Celine Dion. gile power suara dia, ternganga-nganga mulut dia wa cakap lu. da la mulut luas. eh ni nak puji ke nak kutuk ni.huahuahaua


berbalik kenapa tajuk entry aku tadi. kenapa fina suka tunjuk ketiak?

kenapa eh?


entry aku ni aku nak bertanya bukan aku nak bagi kenyataan ke ape tau.


kenape?


tanya lagi. haha.


kalau tak caya meh tengok gambar-gambar dia. kalau tak pakai baju takde lengan tak sah. nasib ketiak putih. kalau berkerak. eh macam mana aku tengok artis-artis ni hitam likat macam mana pon ketiak mesti putih. diorang buat ape eh? ke mekap artis mekap dari muka ke ketiak? musykil aku tau.




spot the ketiak? 


ketiak lagi


hungga hungga tengok ketiak i??


tak payah cakap semua dah tau kan?


ha ni time nyanyi lagu "All by Myself" feeling abes tu terangkat-rangkat keti.

time ni seriyes muka tak nampak macam pas abes spm.


ni dah macam pelakon ape eh yang belakon dalam cerita cun jadi pompuan tonggek tu. alaaaaa..tak ingat la pulak.



putihnya ketiak mu. 


sekarang perasan tak? semua gambar-gambar di atas adalah outfit lain-lain. bukan outfit yang sama ye. kalau tak perasan sila skroll atas balik. eh takpe. tak perlu. aku dah jumpa gamba ni


cher kira tengok dalam gambar ni berapa kali dia pkai baju tutup ketiak?

eh cepat nye kira.

1 saat je.

yela, 1 je kan. haha



so ni yang aku dok tertanya-tanya, kenapa dia suke tunjuk ketiak? sebab dia keding ke kena pakai baju takde lengan? kalau ada lengan jadi apa eh? aku tak paham la pulak.


tapi tak leh lawan gambar ni. kawww..kawww punya dia tunjuk ketiak. korang nilai la eh putih ke berkerak ke.


-

-

-

-

-

-
siap ada tatu kepala kudsia kahar lagi tu. ko hado?

wakakakaka.


ok dah. tak pasal-pasal korang share dosa dengan aku sekali.


Pictures credit: Google