advertisment

Sunday 31 July 2011

Tazkirah cket: Amalan dan Petua Rezeki

Boleh dikatakan semua orang mahukan rezeki yang banyak, mudah dan berkat. Dalam pekerjaan kita seharian mencari rezeki, mestilah sentiasa tanamkan niat dalam hati supaya Allah mengurniakan kita rezeki halal, berkat, mudah serta luas. Terdapat amalan-amalan yang boleh menjadi sebab Allah melimpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.

Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan, Allah memberi jalan buat setiap hamba-Nya untuk memperolehi rezeki dalam pelbagai bentuk yang boleh menjadi punca kebaikan dunia dan akhirat.

Di antaranya:

1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:

“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)

2. Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.

Sabda Rasulullah SAW :
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah SWT akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Hadis Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki.
Sabda Rasulullah SAW :
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.”
(Hadis Riwayat at-Tirmizi)

4. Sentiasa ingat Allah SWT
Banyak ingat Allah SWT buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.

Firman-Nya:
“...(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d, ayat 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah SAW berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.

Rasulullah SAW juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.”
(Hadis Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Rasulullah SAW :
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah) daripadanya.”
(Hadis Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Rasulullah SAW :
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda

Rasulullah SAW :
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”
(Hadis Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah SAW, berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11. Menjalin silaturrahim
Rasulullah SAW bersabda :
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah SAW dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.”
(Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi SAW bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.”
(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)

14. Melazimi solat malam (tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.

15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”
(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras."
(Surah Ibrahim, ayat 7)

Firman-Nya lagi:
“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.”
(Surah ali-Imran, ayat 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.

Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki. Salah satu nama Allah, al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah, bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim.”

Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.

18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah, penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)

Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: “Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (Surah at-Thalaq, ayat 3)



 

Amik kat SINI

karipap keledek idaman kalbuku

breakfast pagi semalam
tudia kuali berkerak pon nak inteprem.
orang bukan nak tengok kuali pon,orang nak tengok apa atas kuali.lagi orang nk tengok apa atas pinggan kan? tinggal nak masuk mulut je.


1, 2 ,3 ,4, 5 lekuk
semua aku sebat tanpa rasa bersalah muahahaha.
plannye aku masak 5 sebab nnt kalau hosmet aku bgn leh la bersarapan sama-sama.
aku makan punya makan,dia pon tido punya tido.last-last aku makan suma,hamik kau kenyang sampai tengahari.


memang faberet aku lah karipap keledek. susah gile nak cari. kalau jumpa suma karipap ubi.aik kedekek bukan ubi? ni ha ubi kentang maksud aku. pastu baru-baru ni dalam fesbuk aku jmpa orang jual. dia cakap keledek,aku apa lagi.laju je mengorder 5, dok umah bujang je pon kau ni,macam ade anak sepuluh tak beragak order 5. berani mati kan mana tau tak sedap sape nk kedarah 5 bungkus tu.

aku order dua-dua daging dan ayam, namanya nak merasa. karipap keledek daging dia sedapppp gilaaaa ok.aku suka sebab dia pedas.perisa blackpepper.daging dia seketui-seketui tak main la guna perisa-perisa je. puas ati la.

yang ayam pon bole tahan tp sebab dia perisa kari dan tak berapa pedas,aku tak gemar sangat lah kau pon.tapi ayam dia pon seketul-seketul, bukan macam setengah karipap tu. claim karipap ayam tapinye guna serbuk kari ayam je.ayam nye yilek pon.

pastu aku terbungkang atas sofa.dah la arini cuaca sejuk.

pastu pukul 2 aku terjaga kawan opis aku telepon ajak kuar, tp aku malas.aku bangun. masak air pastu taraaa..siap aku masak meggi cup. dasar pemalas. apa kau ingat karipap 5 bijik tu mampu mengenyangkan aku sampai petang? tak dapat der.nak-nak tengah bendera merah,aku tak bendera merah pon makan macam tak de hari esok lagi. inikan pulak bendera naik.



kau boleh bangun-bangun makan maggi cup pastu sambung tido balik?





aku boleh! *hidung kembang kuncup*

Saturday 30 July 2011

aku rasa sesuatu yang aku tak tunggu menjelang ramadhan

aku rasa



bukan rasa-rasa dah lagi. confirm! tsskkkk T_T.
mmg betul pon aku kira patut semalam,tp flight delay cket arini baru tiba.

so selamat la sume umat Islam menyambut awal ramadhan ari senin ni sambil aku leh la pegi beli segala stok makanan untuk seminggu. lepas tu bila orang dah steady puasa seminggu di mana aku ni baru hari first macam budak baru nk blaja puasa, lembik.

kalau aku, aku prefer aku tak leh puasa tengah-tengah or hujung-hujung. sebab cepat cket rasa macam eh tiba-tibe je nak raya dah. klo hujung2 lg cantek,aku raya dulu la.sape nak buat majlis buka puasa leh jemput aku jadi tukang rasa.takut masin ke tawar ke itu yang kita tak mau.



p/s: tengah terpiki mcm mana nanti nak makan kt opis? bawah meja? dalam toilet? dalam surau? atau aku buat ati kering je ikot non muslim g makan ngeh ngehhh

anak jiran kena rogol?

kau berani rogol anak jiran?
aku? aku pompuan kejadah apa nak rogol. mintak simpang malaikat 44 dari perogol.

aku tiba-tiba teringat perbualan masa entry makan MFC  .kan aku kabo si tony fernandez tu baru balik dari medan. dia ikot rombongan taman dia.kira dia ni g meneman parents dia.

pastu sebab dia g bertiga aku tanya lah

aku: tony korang duduk hotel mana? berapa orang 1 bilik?
tony: hotel *apa ntah aku lupa*, 1 bilek dua orang.
sebab kan tony ni pegi ikot agen, so klo 1 bilek dua orang, dia bertiga.aku tnya la lagi
aku: abes kau duduk bilek sorang je ke? lagi mahal la kena bayar eh?
tony: tak la,aku tido dengan anak jiran aku
tiba-tiba si mok menyampuk
mok: pompuan anak jiran ko?
tony: kalau pompuan abes lah kena rogol dengan aku!
tony: mana tahan beb dah 1 bilik. laki la woi anak jiran aku!!


HAHAHAHAHA

MFC vs KFC mana satu kau pilih?

ala LV pon orang imitate, lagikan pulak ayam.
korang penah dengar RFC? Radix Fried Chicken - ni aku rasa belah-belah utara je ada
Kelantan Fried Chicken pon ada.
MFC adalah MUZDALFA FRIED CHICKEN

banyak kali dah lalu kedai ni,bila lalu tengok orang penuh je sentiasa. pelik dalam hati. jarang ada kedai melayu yang jual makanan segera semaju begini.pastu si mok dapat info dari kawan dia kedai ni memang sedap. oo patut lah ramai.

so jumaat pas balik kerja, aku ngn mok nak g jemput hosmet mok yang baru balik dari medan si tony fernandez aku bg nama. so tony sebagai tanda penghargaan nak belanja makan.
sebenarnya sebelom g amik tony fernandez, aku ngn mok dah melahap dah nasi goreng sorang sepinggan, tapi dasar pelahap tak reti nak tolak rezeki, ktorg layankan aje.

not bad lah kedai dia.cher tengok ni. kfc tengok ni mau mintak sign.

dia macam ala2 kfc gak,ade set 2 ketul, 3 ketul ala-ala dinner plate. ni mok ngn tony fenandez amik dinner set, 3 ketul original, 3 ketul spicy. pastu dia bg bun and coleslaw.coleslaw dia sedap,tak kedekut mayonis macam kfc.tp bagi aku,aku suke lagi bun kfc. mebi sebab da sebati dari kecik kot. ayam dia sedappp,tp aku lg prefer ayam goreng mekdi.sbb aku kuat pedas,lagi pedas benda tu, lagi aku ketagih.so kalau MFC ni leh buat ayam yang bole lawan ayam goreng spicy mcd,boleh lah siap sedia red carpet kot, slalu lah aku datang situ nanti (time berduit je la tapinye).

aku sebenarnya dah kenyang.tp aku ada perangai pantang orang nk belanja,aku kenyang mana pon aku nak gak perabih duit orang tu..muaahahah gelak syaitonn. bukan senang nak makan pree hehehe.aku order pizza, hawaiian delight. ermmm memang pizza melayu. bagi aku bese-bese je. aku lagi suka dominos pizza.tapi yang ni cheesseee ni memang humangaihhh..bertambah babat aku.

orang tamak selalu rugi, macam aku dengan pizza aku. dah kedengki nak order gak,tengok la kesudahan aku makan toping je hihi *sambil kuis2 kaki meja* tapiii aku tak membazir. si mok kan tangki besar,crust aku ni dia bantai gak.

environment kat sini boleh dikatakan cosy jugak. aku tengok banyak family datang, yang tua yang muda. tapi kenapa dalam gambar tak mencerminkan suasana? dah tu aku segan la time pakcik-makcik tu makan aku nak snap,aku rasa time aku snap ni 1 famili ni g basuh tangan ke solat, sebab alih-alih aku pandang tengah makan, alih2 time aku snap ni dia takde, alih-alih aku abes snap segerombolan datang balik.

selain toilet, macam fast food restaurant lain,ade permainan utk kanak-kanak. aku ni jurufoto tak bertauliah, aku masih blogger baru nak up,nak amik gambo pon takot2,sudahnya separuh je gambo gelongsor masuk,yang lebeh-lebehnya bontot budak ni.aip ape ke besar bontot kau budak. oh ya ada surau tau kat sini. kalau nak datang time magrib2, takde mak panggil balik sebab ade hantu setan bagai, p la semayang magrib kat sini.

total rm42.70. pizza 9" rm16.90, tak baloi aku rasa.kalau dominos leh dapat rm30 untuk 2 regular. yang set 3ketul ayam rm12.90 1 set. ok la kan.ayam dia rasa ayam goreng melayu.bole lawan kfc gak.yang ni je aku recommend. make sure hamik spicy tau.



p/s : aku nnt MUFC. tapi bukan jual ayam goreng, aku jual jersi MU la.

Jerawat kat hidung = terhapus dosa kecil?


bapak la sakitnye bila nak korek idung (gatal idong nak garu).nak amik air semayang pon.

adoi, moga terhapus la dosa kecil  --> mcm ni pon bole ke? klo gitu byk la dosa2 kecik aku da terhapus mengenangkan parut2 yg bersepah2 kat muke ni.



p/s: nak buat dosa kecil ape ek? tgh ade chance nnt terhapus ni

Friday 29 July 2011

thepoplook

baru sampaiiiiiiiii...
padahal beli ari selasa, ni jumaat baru sampai.beria-ria aku g email marah poplook nape service lombab sgt,rupanya dah sampi dari kelmarin, despatch opis aku ni cakap sampai kol5 khamis, tp dia datang tempat aku,aku takde.

nampak nau nipunye..aku balik kol6.15 kot.aku suspek dia dtg kol7 kot. haha
nah tgk dulu gamba, td aku g semayang kt surau tak nyempat2 dah nak buka.tak sabau betul.


nampak dah kan cket2 bayang-bayang tu..nanti aku kasi terai dulu baru leh tunjuk aku beli apa. tak pon p tgk sendiri kat website diorang thepoplook. cari lah menatang yang berbintat-bintat macam kat atas nih.


p/s: baju dia cantik-cantik tau.uptodate. nak-nak sape yang selim melim lg banyak choice. ni aku belom terai lg ni.berani mati nau nk beli yang free size, kalau tak muat kang aku nk jual kt sape la ni. tak sabo nak balik torai baju dennn

Khairul Fahmi Che Mat Terbaik dari ladang!!!

maafkan kejakunan aku. selama ni aku dengar2 je orang cakap Khairul Fahmi Che Mat tu hensem la, power la, hebat la.aku dengar sekadar di angin lalu je. ade la gak tgk2 gambar die,sbb aku baca blog Hanis Zalikha pon minat dia. sekali malam td aku tengok bola...

perrrrgghhhhhhh.... memang dia ni terbaik dari ladang.pantas, jitu,tangkas, apa lg tak tau nak cakap.aku rasa klo perlawanan semalam penjaga gol yang main kt singapore tu jadi gol keeper malaysia,dah bolos 5 dah sumpah tak tipu. si khairul fahimi ni bola ngn sarung tangan dia tu macam magnet dok saling menarik. gila la singapore baru nk buat sepakan penjuru,suma khairul fahmi tangkap dulu.

pastu dan-dan la aku rasa dia ni hensemmm gila laaaa. untung tunang die.
antara aksi-aksi apex





machonye..tu dok ym cik tunang la tu     


 tahniah kat singapura layak ke perlawanan seterusnya. overall dari perlawanan semalam apa aku dapat kata kan:

  • khairul fahmi che mat terbaik..terbaik..terbaikkkkkk
  • safee sali asek kena kepung je ngan pemain singapore..takut ehh
  • pemain singapore drama king la..asek-asek jatuh..pe jadah ntah tau la tu nak lambat kan masa,mentang-mentang kedudukan dah selesa kan
  • walaupon dalam tv ckp peratusan bola byk dipegang Malaysia, tp aku rasa mcm byk kt singpore je. pemain malaysia mcm lemah cket, main pas je tak tgk org, pastu orang yang di pas tu, bola tak penah nak lekat kat kaki, bolos je kat pemain singapore.lekat pon 2 saat je
  • pemain singapore jersi no11 tu walaupon gumuk buncit, tapi lari lajuuu..lajuuu je nak g depan pintu gol malaysia..aippp bese ni..
  • yang aku tgk smlm singapore ada 3 org pemain import, suma tinggi2 hidung mancung2..power lak main bolaa..patut la malaysia kalah.
  • barisan pertahanan Malaysia lemah, asek boloss je.ingat ni permainan "sedia atau tidakkk bolos sajaaa dindinggg ituuuuu"
  • pemain singapore jersi no 7 comel. dia la jaringkan gol singapore.tak comel dah.
  • penyokong Malaysia memang fanatik,tapi ngape la main laser.ade satu part tu malaysia dapat free kick. tiba-tiba pengadil stop kan kejap.ulang tayang rupanye laser. ape ni wei..main biarlah berhemah,kalau kalah biar lah kalah bermaruah. klo menang nnt takde la orang ngungkit-ngungkit pasal laser macam indon. ish time ni memang aku marah la dengan pengokong2 malaysia..grrrrr!
  • pendapat aku Malaysia kena tingkat kan usaha lg,gali lg pemain-pemain berpotensi sbb aku rasa untuk kali ni Malaysia masih belom sedia lagi utk ke World Cup. ni baru singapore,aku rasa kalau kena dengan korea ke jepun ke mauuuu............ (lu pikir la sendirik)

sekian. majulah sukan utk negara!



p/s : rosmah tengok bola muka takda perasaan eh? cover cun ehh?

Thursday 28 July 2011

Harimau Malaya VS Singa

mesti korang pelik ape aku ni robot ke skali update 3-4entry.
tak tak aku manusia *lagu yuna berkumandang*
sebenarnya aku dah buat lama entry-entry tu sebab takut aku lupa, pulak tu masa tu eksaited sangat kunun-kunun nak buat blog. engkorang tengok la nanti nanti gamak aku gini lagi ke suam-suam kuku.
ni nak cakap pasal tadi aku p toilet, tengah sedap2 melepaskan hajat sekali terdengar orang sebelah proott prottt (eh ni cerita pagi tadi,tp aku kesian kat dia.sebab aku penah mengalaminye.seksa kot klo nk berak cover-cover sebab tu aku prefer berak kat rumah dari opis, bebas lepass ahhhhh)

ni aku nak ceritanya tadi aku dalam toilet aku dengar perbualan hangat di talipon berbunyik seperti di bawah:
"today i cannot make it, coz today i'll be at stadium bukit jalil. you know today Malaysia vs singapore..yes yes, i'll be in the match. no noo i cannot, its Malaysia vs Singapore..yes yes Malaysia"
gaya macam dok terang kt orang bukan malaysia.aku suspek orang tu orang german, pastu dalam hati dia mesti..akelahhh..german menang world cup pon aku tak p
bangga sekejap aku sambil nafas hnffff hnffff kembang kuncup.aku bukan peminat tegar bola tapi aritu time aku bercuti kat cameron dengan bff kebetulan malam tu match singpore, so one of my friend tu mengikut bola ni,so dia bukak chanel bola. aku mula-mula layan bo layan je.sebab bola ni aku hanya layan yang world cup je walaupon aku minat MU, tp aku tak penah tengok pon match diorang.hahahahaha gelak syaitonnn

so dalam nak tak nak tengok tu aku terlayan la pulak.bukak-bukak je tv tengok Malaysia kena bantai 4-1 dah time tu. down sekejap. aku dalam hati takda harapan dah ni. dengan pertahanan macam gampang, serangan pon ala2 je. boleh pulak S.Gunalan hantar bola xdak orang p sambut. penat dia lari laju-laju.pastu hamik kau suara aku yang selama ni orang tak penah dengar, bergempita..

"oooiii apa ni..mana p lagi oranggg..kanann..kanan"  --->tudia kalah raja gopal
"ni apahal pertahanan bengong sangat..kepung laaaa..tengok singpore serang kemain ramai tu"   --> macam kena serang todak lak
"goolllll...GOOOOOLLL..GOOLLLL......ni makan kau singapore!!!!"  -----> macam kau yang jaringkan gol pffttt

sampai terkejut beruk kawan-kawan aku dengar suara aku. mesti korang tak sangka kan..muahahahaah

p/s: tiba-tiba background lagu negaraku berkumandang. malam ni aku suspek 4-1 la. aci lawan la.






Copy bukan kopi


tudia masuk secara tak bagi salam

aku copy file dari server ke host machine aku, ko hado sampai 119 minit. 2 jam gak tu. aku rasa kalau aku tdo bangun balik pon tak siap ni.

pastu kalo da sampai 2 jam copy,harusla lepak2 minum kopi dlu..haha. xde aku bukan penggemar kopi pon.aku terjah la blog2.

kt opis aku ade external monitor,so aku alihkan besar kt situ,so klo bos lalu lalang harap2 nampak la kot aku bukan sengaja ngulor time keje.abes dah mak jemah nak buat ape dok tgk file tu copy al lembab nak mampos


p/s: copy 8jam pon aku sanggup klo dapat baca blog2 best hari ni..muahaahah

Sekapur sireh

Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum pembuka bicara

sekapur sireh macam zaman2 sekolah pulak kan time buat folio mesti nak ada sekapur sireh bagai, pastu mula la feeling2 diva menang award.

ni la padah orang buat blog kau pon nk buat blog, baru entry first dah gelabah pfffttt. takpe blog ni pon sebenarnya blom siap lagi ni.mungkin nama akan diubah. 
saya tutup sekapur sireh dengan serangkap pantun:


Buah Cempelak di atas pagar
masak sebijik di atas peti
saya budak baru belajar
kalau salah tolong tunjukkannnn (sila buat slang david teoh)


Stay tune.
thanx. bye.


p/s: gelabah la kau