advertisment

Friday, 10 January 2014

Assalamualaikum

Fuhhhhhhhhhh...

FUHHHHHHHHHH!

puiiiiii...

tengah tiup habuk. gila lama tak update. last entry pasal hadiah kawen. time tu belum kawen pun. ni siap dah sambut first anniversary beberapa bulan lepas. Alhamdulilah anak pun dah 7 bulan setengah.Syukur malaysia masih aman. Eh? Syukur masih bernafas di muka bumi Allah.

That can explain why i'm lost in this blogging word. Occupied. Masa 24 jam tak cukup. tapi masih cukup untuk pegi baca blog2 faberet..hehehe.

 kalau ada masa lebih baik tidor kroh2 nak ganti malam berjaga sebab si kecik nak susu. dah pandai meraung dah nak susu, yang pelik mata pejam.mulut nganga. pandai ko nak. kalau dah mengantuk sangat tidur je ler..orang tak paksa kau minum susu nak..takpe nak.

eh kan dah melalut. tengok walaupun lama tak menulis, memang masih mampu mengarut lagi. tahun 2014 ni azam baru korang ape?azam baru nak try update blog just for my own jurnal. mungkin bukan peribadi tapi general. mungkin general tapi peribadi. 

ke nak tukar blog ni jadi blog mak-mak? cerita pasal susu anak, pampers anak, anak menangis malam (eh macam dah tercerita je?) pasal taska anak. sampai la anak aku lak beranak aku cerita pasal cucu pulak kalau masih panjang umur la kan. InsyaAllah.

Semoga azam nan satu ni tercapai la hendak nye. ni pun tadi jenuh hack email sebab lupa password. terer gila hack email, nasib baik la tak guna soalan pelik-pelik macam ape kaler faberet ko? maka aku konfius kejap jawab pink salah,jawap purple salah,jawab putih pun salah walhal time set letak merahjambu konon lebih secure. secure lah sangat sampai sendiri tak ingat. sebaik tak tukar no phone lagi maka code sampai. pheww!

ni sebab kos hidop makin meningkat baru nak hegeh-hegeh tulis dengan harapan ade orang klik iklan nuffnang aku kahhhh! tengok akaun nuffnang ade la 6 ringgit bole la beli spendar anak selai yang tak tahu tahun bila bole cash out. ni semua salah semah! 

ok semoga azam kali ni tidak melepaskan batuk ditangga. mana tau ada rezeki anak aku dapat adik lagi ke (eh?) mau berhabuk lagi sampai tahun depan.

ok bila dah start tulis tak reti nak stop. ok bai. stop terus sebelum melalut.



Tuesday, 14 August 2012

hadiah kawen pertama



Semalam bos dengan colleague aku organize makan2 sempena nak celebrate wedding aku akan datang. sebab diorang tak dapat datang nnt. aku makan free laju je aku on je la..lg pon penat orang organize untuk kita,kena la appreciate sikit..hihi. ex-bos aku pon datang jugak..wahh..terharu mak :'D



makan kt ariani (macam nama tudung pulak..kahkahkah) sebelah saba'. mula nk book saba' tapi sebab ramai kot,last-last ariani je.tak de orang pon..hahaha. food dia klo compare dengan saba, mesti la saba lagi sedap.klo tidak,idok la saba ramai orang kan. tapi ok la.aku makan buffet harga rm29/net skali air.klo nak order ala carte pon takda hal. dia siap bagi dessert free. sedap jugak, rasa ros gitu..bijik2 tu dia cakap potato, tapi yang pelik luar kenyal-kenyal macam ala-ala jeli,tapi dalam crunchy.tapi sedap la jugak dari abc kita..kehkehkeh





ni bukan aku punya, ni budak laki punya.tengok la macam mana makan..hahaha. tu yang kaler pink macam bandung tu la dessert yang aku cakap tu.


ni baru aku punya






wah wah cik asam, unbelibbel tau makan seciput je..hahaha. ni baru first round. budak laki atas tu dia amik skali je.pastu dah surrender .aku g amik second round,tapi amik lamb dengan kebab je nak buat ratah-ratah.



dah berbalik kepada tajuk di atas



bos aku bagi aku angpaww...kira hadiah kawen pertama la..wauuweeeee






kachingggg!!! merah ong lagi kau. ni mesti sampul raya cina tahun lepas..keh3



dah la makan free,dapat angpau lagi.berbaloi-baloi. mekasih bos! i lap u lah! semoga bos murah rezeki.rezeki bos memang murah ye dok hehe. nak simpan duit ni campur dengan duit-duit lain *adekew org nak bg lg?* ngee, nak buat beli peti ais :)




notakaki: saje nak tulis dalam blog buat kenangan hari tua.


Friday, 3 August 2012

I don't live my life to please others





which is sometimes i did, but in the end I will end up hurting myself :(

take note!



Friday, 27 July 2012

Ramadhan ke 7 sudahh baru nak wish Salam Ramadhan

hehe



asalkan wish takpe la, Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak untuk semua muslimin dan muslimat, semoga kita mendapat rahmat dan keampunan dari Allah s.w.t :)



ingat lagi tahun lepas aku baru bukak blog beberapa hari sebelom ramadhan,time tu kemain rancak,sehari mau 2-3entry..tengah jakun katakan ada blog..miahhahaa. tahun ni hamik kaww..tak berentry blog aku..sobs sobs



tak sangka setahun sudah blog aku ni.orang lain setahun dah fames ames dah,aku ni dok la suam-suam kuku. nanti rajin aku amik gambo makanan kasi tepek sini.kenangan hari tua..kekeke



p/s: InsyaAllah doakan semoga ramadhan tahun ni yang terakhir aku sambut sebagai bujang...hihihi =)



Friday, 15 June 2012

Jerebu di Cyberjaya

Assalamualaikum

Salam 1 Malaysia Salam Jumaat Salam hamba tulus tanda ingatannn..ewaahh

Eh jerebu ke hari ni? kat cyberjaya ni macam jerebu aku tengok

Walhal time aku keluar lunch tadi cuaca ok je

Bile otw balik tu,aik lain macam je jerebu nya

Aku tanya si regina spektor (ex-hosmet aku dulu), kereta ko ni tinted ke? die suruh aku bukak tingkap

Aku bukak pon tengok jerebu jugak 

Lepas tu mulut takde insurance tibe-tibe "eh kenapa ni tibe-tibe berkabus, dah la arini ari jumaat"

si regina diam lepas tu dia pegi tukar channel radio dari nyanyi lagu omputih pegi ikim kot. motip sangat kan..hahaha.

so selamat beramal. *lagu sepohon kayu berkumandang*


UPDATED
===================================================



Ini Punca KL Mula Diselubungi Jerebu

Punca jerebu yang melanda ibukota mulai awal hari ini adalah berpunca dari kebakaran tanah gambut dalam skala yang besar di kawasan Rokan Hilir , Sumatera Timur, yang berseberangan dengan pantai Selangor dan Negeri Sembilan.
Imej satelit NOAA ini membuktikan bahawa terdapat titik kebakaran yang sangat banyak di kawasan tersebut yang mana tiupan angin Barat pada ketika ini membantu menjadikan Kuala Lumpur diselimuti jerebu tebal. 
Pada jam 3.15 petang ini, jarak pemandangan di Kuala Lumpur telah jatuh kepada 3 km sahaja dan telah memasuki status tidak sihat, iaitu melebihi 100 berbanding 91 pada jam 11.00 pagi tadi.
Masalah berlaku kerana Sumatera Timur mengalami musim kemarau yang agak teruk pada masa ini.
Seperti biasa, kerajaan diminta mendesak pemerintah Indonesia untuk mengatasi masalah ini dan sekiranya mereka tidak mampu, kiriman pasukan bomba dan penyelamat Malaysia mungkin diperlukan.
 
 

Monday, 28 May 2012

plastic surgery

source:Google


kahkahkah lawok lawok

*no offence*