advertisment

Friday, 27 April 2012

cool gile kad kahwin ni..aku tak mampu nak buat



aku tak mampu nak buat takot kena sebat dengan mak aku je..

syabas kepada pengantin ni sebab anda memang sempoiiii ahhhh *thumbs up*

jimat pon jimat kan..

Wednesday, 25 April 2012

Cinta Bersatu Liyana Jasmay

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa

Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus
Mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu


p/s: dedicated this song utk mok heee :)

 

Sunday, 15 April 2012

yeay,dah beli baju raya! ko hado? :P

baju raya 2012, 7 pasang, first time nih banyak,so kasi masuk blog hihi :P

tak tahan tu tajuk, eksen kemain.


awal kan aku beli? ke ade yang lagi awal? ko beli awal-awal buat ape, nanti outdated..percayalahhh. *taknak kalah hihi


walhal aku pon beli awal. lantak p la outdated ke hape, baju raya aku 3 tahun lepas pon aku pakai je lagi, takde orang cakap outdated ke hape,ade mak kisah? janji mak jadi pengguna bijak. aku takmau jadi macam raya tahun lepas, konon-konon nak beli last-last minit dengan harapan peniaga akan turun kan harga dan beli baju ready made yang cantik-cantik. ade entry aku label Aidilfitri 2011, aku cerita aku punya baju raya selai je. ye read my lips, sehelai sahaja!! SEHELAI??? *pura-pura pitam. tak pompuan la kan kalau baju raya tak lebih 3 pasangs.


abes dah tu la mendapatnya kalau beli pon last minit, baju memang banyaaaakkk choice, tinggal ko tu nak jadi pengguna bijak yang buat good choice ke asal boleh. macam aku tahun lepas asal boleh. sebab aku asalnye takde duit, tapi baju nak cantik. cantik sangat la muke kau? kahkahkah


nak jadi cerita baju raya tahun lepas tu la yang paling aku rasa murah dan ok kat mata aku. kalau nak yang betul-betul aku nak, harga tak nak kalah nak makan 300++, dah la kosong manik sebijik pon tak nampak.kalau manik 2-3 line you do the math. pastu aku g satu kedai tu je ade kain cotton sulam manik penuh kat dada, harga below 200. tu je la mak mampu. patut 200 leh dapat 2 pasang kan, tapi tu la, kehendak mengatasi keperluan. sekian. pastu dah la bangsa pemalas nak basuh tangan, tak kira la manik penuh ke, chiffon ke, semua aku sumbat dalam mesin, mendapat la bila sidai tu, tup tap tup tap manik jatuh. ibarat duit aku seposen-seposen jatuh..sobs sobs.


maka tahun ni aku dah beli kain pasang siap-siap. jakel ade mega sales, arini last.  tapi jangan risau dekat nak raya pon mesti sales lagi, just persoalannya sekarang, ade tukang jahit nak layan ko? muahahah. time aku pegi pon dah melambak-lambak orang soping baju raya.maka aku pon nak jadi bijak macam mereka, buat kerja awal-awal. bukan last minit.sabtu aku pegi dengan si kajol and rani. gila kepenatan. sorang bawak balik 2-3 lai. dasar.


lepas tu arini aku heret en tunang (aku lupa ape nama samaran dia dalam blog aku hahahaha lama tak tulis). konon nak beli selai je, baju untuk nak letak dalam hantaran, dah rembat dah sepasang idaman kalbu, sekali kain cotton silk ape ntah ade happy hour, yang dari sepasang RM100, dapat 2 pasang RM100. aku rembat la lagi 2 pasang. lepas dah bayar-bayar aku nampak lagi kain cantik pulak, piki2 tak nak menyesal aku rembat jugak lagi.nah amik arini bawak hasil 4 pasangs. 


jadi pendek cerita total baju raya aku 7 pasang. sekarang aku dah pening kepala nak hantar jahit upah pulak.padan muka aku.


p/s: tak sabar nak raya,bukan sebab baju raya 7 pasang, tapi sebab tetttttttttt...*mood bunga-bunga*

Friday, 6 April 2012

tak tahan, nak kena share jugak



TROLOLOLOL! :P

sengal.

Friday, 23 March 2012

Holla!!

Assalamualaikumm..salam hamba tulus tanda ingatannnn *walhal buat salah sebab lama menyepi* #macamkanorangheransangat

ade yang dok cari-cari aku #perasanjap

aku masih disini, hari-hari aku bukak je blog aku ni, just aku tak login, tak up entry, tapi blogwalking tetap gagah.biasa la work life balance katanya. even bz sampi blog terabai, blogwalking hari-hari tu.nak-nak blog yang kt bloglist aku tu, sape update je aku terjah. tapi aku tak berkesempatan nak komen, nama pon blogwalking curi-curi time kerja. dengan lah aku tak login kan, nak komen nanti leceh la. nak jadi anon pon malas..hahaha. dasar betul.


eh betul ni,sekarang ni bos aku dah warning dah sape-sape yang dok bukak website yang takde kaitan dengan kerja. walaupon dia hanya sebut facebook #aku ngaku ni, youtube #jarang, manga #next! tak minat. dan walaupon dia tak sebut blogspot ke wordpress ke..harus lah aku sentap sekali,dah nama non related website. kang aku dok wat kalut search "how to fix installer error" ,takde makna kuar bedahblog.blogspot pulak kan. propa tau.



ade sape-sape rindu aku menceceh? hamik ni panjang perenggan entry aku dalam nak tak nak ni.ni pon aku update sembunyi-sembunyi syhhh hahaha


InsyaAllah aku tak plan nak tutup blog ni, sebab kalau aku tak tulis entry ke tak pon entry sampah camni ke, once in a blue moon aku rasa nk menceceh, aku ceceh jugak kat sini,lagipon aku still guna blog ni as medium aku nak blogwalking..kehkehkeh.


last but not least,

I'm Sorry!! (gaya amir raja lawak)


Wednesday, 18 January 2012

Diet????? Takde makna nak diet-diet ni



bukan aku yang cakap tu.


tu jawapan yang aku terima bila aku cakap nak diet. very sarcastic. tak cukup dengan itu, dok gelak-gelak aku lagi. siap cakap "tak payah nak diet-diet, takde maknanye". siap tag team lagi gelak kan aku wtf. memang takde makna untuk ko, tapi bermakna untuk aku. 


yes memang kadang-kadang aku nak diet, tapi aku tak tahan godaan, aku makan jugak. tapi perlu ke nak cakap gitu? kalau ko tak nak diet, ko rasa diri tu dah perfeeeecttt sangat *tiru cara cakap raja lawak 6 kumpulan Selak*, tak payah nak mendownkan orang lain boleh? at least bagi la semangat sikit. ko sakit kat mana klo aku cakap aku nak diet? sakit hati?


kalau sakit hati meh sama-sama diet. ke ko lapar sama kalau aku diet? perut asing-asing ok. jaga la hati kawan sama. kawan tengah berusaha nak diet, ni dok gelak gelak. 

memang aku nak diet dari dulu lagi,tapi asek tak menjadi. sape cakap aku tak berusaha? ko ade time tiap kali lunch aku pergi gym kat opis tu. time lepas gym aku hanya makan sandwich je. aku bawak bekal hari-hari. malam aku makan sup je. tapi belum sempat aku nak timbang berat badan, gym opis aku tu tutup sbb move out kat tempat lain.
maka hidup rutin aku berubah la lepas takde gym,aku makan macam biasa balik. jadi tahun ni sebab kan majlis *cough*kawen*cough*, aku nak la jugak merasa kurus. all i need is just your support. kalau tak nak support pon takpe, tak paksa. tapi jangan nak perli-perli,nak ejek-ejek macam kan aku nak diet ni menyebabkan duit ko luak.


ramai jugak yang cakap "ala ko tu dah ok,nak kurus tang mana lagi"


meh sini aku tunjuk bukti



BERAT BADAN BERLEBIHAN OKEHHHHH????

ko hado??

siap lukis gambar pompuan gemuk bagi aku. #sentapmaknak


ko nampak berat ideal 56kg??? nampak?? nampak???


tu berat aku time study kat uitm...uwaaaa nak kurus macam dulu, pakai baju perut flat je..sekarangggggggg...

mana aku nak cekau ni 56kg


banyak tuuu aku kena turun
 

so pls, jangan gelakkan aku bila aku cakap aku nak diet. ok?

aku pukul ko kang. *bajet garang*