advertisment

Sunday 15 April 2012

yeay,dah beli baju raya! ko hado? :P

baju raya 2012, 7 pasang, first time nih banyak,so kasi masuk blog hihi :P

tak tahan tu tajuk, eksen kemain.


awal kan aku beli? ke ade yang lagi awal? ko beli awal-awal buat ape, nanti outdated..percayalahhh. *taknak kalah hihi


walhal aku pon beli awal. lantak p la outdated ke hape, baju raya aku 3 tahun lepas pon aku pakai je lagi, takde orang cakap outdated ke hape,ade mak kisah? janji mak jadi pengguna bijak. aku takmau jadi macam raya tahun lepas, konon-konon nak beli last-last minit dengan harapan peniaga akan turun kan harga dan beli baju ready made yang cantik-cantik. ade entry aku label Aidilfitri 2011, aku cerita aku punya baju raya selai je. ye read my lips, sehelai sahaja!! SEHELAI??? *pura-pura pitam. tak pompuan la kan kalau baju raya tak lebih 3 pasangs.


abes dah tu la mendapatnya kalau beli pon last minit, baju memang banyaaaakkk choice, tinggal ko tu nak jadi pengguna bijak yang buat good choice ke asal boleh. macam aku tahun lepas asal boleh. sebab aku asalnye takde duit, tapi baju nak cantik. cantik sangat la muke kau? kahkahkah


nak jadi cerita baju raya tahun lepas tu la yang paling aku rasa murah dan ok kat mata aku. kalau nak yang betul-betul aku nak, harga tak nak kalah nak makan 300++, dah la kosong manik sebijik pon tak nampak.kalau manik 2-3 line you do the math. pastu aku g satu kedai tu je ade kain cotton sulam manik penuh kat dada, harga below 200. tu je la mak mampu. patut 200 leh dapat 2 pasang kan, tapi tu la, kehendak mengatasi keperluan. sekian. pastu dah la bangsa pemalas nak basuh tangan, tak kira la manik penuh ke, chiffon ke, semua aku sumbat dalam mesin, mendapat la bila sidai tu, tup tap tup tap manik jatuh. ibarat duit aku seposen-seposen jatuh..sobs sobs.


maka tahun ni aku dah beli kain pasang siap-siap. jakel ade mega sales, arini last.  tapi jangan risau dekat nak raya pon mesti sales lagi, just persoalannya sekarang, ade tukang jahit nak layan ko? muahahah. time aku pegi pon dah melambak-lambak orang soping baju raya.maka aku pon nak jadi bijak macam mereka, buat kerja awal-awal. bukan last minit.sabtu aku pegi dengan si kajol and rani. gila kepenatan. sorang bawak balik 2-3 lai. dasar.


lepas tu arini aku heret en tunang (aku lupa ape nama samaran dia dalam blog aku hahahaha lama tak tulis). konon nak beli selai je, baju untuk nak letak dalam hantaran, dah rembat dah sepasang idaman kalbu, sekali kain cotton silk ape ntah ade happy hour, yang dari sepasang RM100, dapat 2 pasang RM100. aku rembat la lagi 2 pasang. lepas dah bayar-bayar aku nampak lagi kain cantik pulak, piki2 tak nak menyesal aku rembat jugak lagi.nah amik arini bawak hasil 4 pasangs. 


jadi pendek cerita total baju raya aku 7 pasang. sekarang aku dah pening kepala nak hantar jahit upah pulak.padan muka aku.


p/s: tak sabar nak raya,bukan sebab baju raya 7 pasang, tapi sebab tetttttttttt...*mood bunga-bunga*

5 comments:

Reflisia said...

Wah...dah beli baju raya? akak pun ngah plan nak beli baju raya juga..maybe hujung bulan ni kot! tak sabar nak tempah baju raya ni..

cik asam jeruk said...

reflisia: tau xpe..sekarang ni tak saba nk tgk kain tu jadik baju..hihi

~ NANA ~ said...

bagus2...baik beli awal2, nnti dh bz...hehe...lagipon kat sini ada dah tailor takmo amek tempahan baju coz dah full!

Hanif said...

Hati tengah bunga2...baju mesti banyak bunga besar2..heheheh
Ambil Kesempatan Vote Me as Blogger Of The Year

cik asam jeruk said...

alamak en hanif,baru ni pasan comment. maklom la layout baru blogger ni xpahamm wuwuw.