advertisment

Monday 28 May 2012

plastic surgery

source:Google


kahkahkah lawok lawok

*no offence*

Wednesday 16 May 2012

Wordless Wednesday

Source:Google

Tuesday 15 May 2012

Puteri Gunung Ledang?


Kereta tiara jacquelina ke ni? mana tau yang aritu berlakon teater PGL 2 tu kan haha


btw, tu bukan gambar hari ni ye. tu ntah bila aku kepam dalam folder, 
tapi hati meronta-ronta nak bebel kat blog, tapi takde modal.
banyak lagi folder-folder lain,tapi panjang sangat nanti pulak entry. 
tengok gambar ni pon jadi lah nak buat modal kahkahkah



ni kire nasib baik je ni kalau aku kuar g kerja jalan clean and clear macam ni. 
kalau tak, non hado nye. tapi hari ni pon disaster.
pagi-pagi aku keluar jem dah start dari simpang rumah aku lagi.
sesuatu yang tak pernah jadi. dasyat betul jem. 
aku tadi pon ikot shortcut, skali shortcut pon jem,
sesuatu yang tak pernah jadi lagi! 
kiri kanan depan belakang jem. gila lah. 
nasib aku cilok-cilok terus ke depan dapat lah sampai opis 9.10am. 



tu je nak bebel. 
kalau lah ade mayor ke menteri jalan raya baca blog ni,
aku nak soh diorang buat sesuatu kat jalan ni, gila la padat.
tolong la buat jalan alternatif, kalau dapat buat, you deserve my undi..pehh macamkan aku undi dun sini je..kahkahkah.
aku tengok bendera dah terpacak dah sana sinun.



ok la bai, nak p lunch. lapar.

entry macam shilanat huehuehue.

Thursday 10 May 2012

aku rogol jiranku

click untuk kanta pembesar
sape yang rogol jiran sendiri ni?
 
baik kau ngaku cepat.

seram lah aku kau ni.

Wednesday 9 May 2012

Ya Allah mak apekah ini sanggup pukul baby sendiri, melainkan gile meroyan punye pompuan!

tak sanggup aku tengok lama-lama lagi

aku yang tak beranak lagi pon tau rasa sayang kat baby

lain la budak-budak sekolah yang degil-degil kau nak bantai gitu aku terima la lagi, in fact aku kecik-kecik pon kena bantai gak kalau dok bergaduh adik beradik.kalau aku mandi sungai, mak aku tengok je dari atas, elok aku naik, die bantai aku dengan batang paip. padan la muke aku kan. tengok, besar jadi orang ape aku.


tapi yang ni memang perbuatan yang tak boleh dimaafkan, termasuk dengan orang yang amik video tu, boleh kau tengok je siap rakam lagi. setakat "ida sudah la, kau nak bunuh dia ke?" tapi still henpon record lagi. cher kau pegi angkat baby tu, lepas tu bagi penendang sedas kat muke die. ni baby kot for God's sake!!! masih meniarap lagi,jalan pon belum,aku agak umur mesti dalam 3-4 bulan.


kalau gamak ko stress sangat sebab dia asek nangis, tak sanggup nak handle, bagi pompuan yang tengah record tu jaga,nampak macam takde kerja je. tak mau sangat, tak yah dok beranak! buat anak pandai, jaga anak?  


sape yang belom tengok, kalau nak tengok click la link bawah ni:

http://www.facebook.com/photo.php?v=403372083029456



Mintak simpang aku nanti dengan anak-anak aku. Nauzubillah.


 

Tuesday 8 May 2012

musim mengawan sudah, sekarang musim pembiakan pulak...


sebenarnya ade 3, tapi 1 kat bawah seat jatuh
 maka nya tak kelihatan dalam gambo
tu belum campur geng aku 5 orang beranak serentak, mac 2 org, april 2orang, lagi sorang september kot.
cher kabo macam mana la aku tak lambat kumpul duit kawen? kekeke :P





Wednesday 2 May 2012

perodua service centre yang teruk! kan dah kena dengan aku sedas..dont mess with me grrrrr


*angry mood*

lepas satu bala, satu bala datang dengan perodua ni. tak menyenangkan customer lansung. kereta nak jual mahal tak setaraf dengan servis yang diberi.



nak dijadikan cerita, kereta aku masa baru beli, baru sebulan pakai ni, servis pertama pon belom,kire masih dara kereta aku, bumper belakang dah tertanggal. boleh? ko pakai gam UHU je ke tampal bumper tu?



tak pe aku report, 2minggu die dah kol untuk fix. aku ingatkan ape la sangat yang sampai kena tggu 2minggu, rupenye tampal balik bumper aku dengan double sided tape je. ok takpe,mak jemah tak kisah asalkan bumper aku tak tertanggal sudah.



tapi biasa lahhhh, tak sampai sebulan, tanggal balik bumper aku. tak sampai 6 bulan aku pakai kereta tu, aku beli kereta baru ke kereta ape ni? i know nothing is perfect, tapi baru 6 bulan pakai 2kali tertanggal ko nak cakap kualiti sangat ke product ko tu? ko tak marah benda baru beli dah rosak sana sini? aku marah.



bila dah report, aku tunggu 2minggu, tak call lagi. 3-4 kali aku suruh mok call, dia tak angkat. ade skali mok tinggalkan pesan kt receptionist tu, then baru die call balik cakap da buat report? baru ni ko nak buat report. yang masa orang berbuih-buih call tu ko buat ape? kira bulu?



lepas tu senyap. dah dekat 2 bulan. aku bukan ape, aku takut bumper aku tertanggal kat highway je. bukan tak boleh aku hantar kedai lain.tapi warranty aku ade lagi, harus gunakan sebaik mungkin.cakap barang baru dari plastik kan.bila kita call je, manjang tak angkat. lepas tu mintak tinggal pesan,ewah kau,macam bagus je.berkali-kali pesan non hado nye die call balik. lepas tu pagi ni aku call lagi, scene yang sama berulang lagi 



"jap ye cik, saya sambungkan kat staff tu"

"truuuuuttt...truuuuttt...truttttttttttt" x 16kali

"maaf cik, die xde kt tempat, bole bagi no kete nanti saya soh die call balik"

"takde, saya memang dah tau dia tak angkat punye. dah slalu sangat macam ni,sekarang saya nak awak sambungkan saya kat manager!"

"manager takde cik,cuti"




dan-dan la ko kan. aku geram, aku google service centre tu,jumpe email. aku email pung pang pung pang. tak sampai sejam staff dia kol balik. haaa kau. cakap pon gagap-gagap. takut pon kau. lepas aku ugut nak adu kat pihak berkuasa kan? kalau dari awal staff kau bole layan customer elok2, follow up, call back bila customer dah call tanye, paling kecik ko jawab customer call tu. bukan ko kena bayar. bil aku yang melambung call ko. kalau kata betul bumper aku jatuh tengah jalan,aku tak tunggu la,aku pegi service centre tu hempuk bumper tu kat ko.




dalam email tu aku ade tulis aku nak staff tu sendiri call aku. pompuan yang call tadi pon cakap akan suruh staff tu call aku. aku tggu ni dari tadi, phone aku tak bunyik-bunyik lagi.



dont mess with me..roarrrrr! *aksi harimau muda