advertisment

Wednesday 30 November 2011

nak buat perhimpunan buat la, tak payah nak live kat tv tu

habis aku melepas cerita cinta elysa. hamlau.

eh katanya dah tv tu tv mereka kannnn..


dah la cerita tu seminggu sekali je, kenapa la dalam banyak-banyak hari, hari selasa gak yang ko pilih. waktu-waktu prima lak tu. leh kali buat la perhimpunan siang-siang. 

ohw ok dah paham,kalau buat siang-siang kang takde orang dengar pulak. penat pung pang pung pang. pilihanraya pon dah dekat kan.


so pilihan terbaik adalah saat Cinta Elysa di tayangkan. time tu kan rating tv mencanak naik. ramai sangat la nak dengar ko berceramah tu.


source: Google


ape la jadi dengan botak tu ha? eh aku tak minat pon si botak tu berlakon. pelik. nak-nak cara dia cakap. eiii ntah macam mana leh jadi hero. baik budak yang jadi adik elysa tu, ape nama budak tu yang belakon Tentang Bulan yang jadi Mawi tu. eh dah besar haaa..da baligh pon.suara dari kecik jadi garau. hensem dan sasa lak tu. eh lelebih la ko. ngeee.



ha berbalik kat cerita ni, aku suka jalan cerita dia. even aku menyampah si fasha sundal ni, tapi lakonan dia tip top. hebat. yang aku tak paham kenapa la time ko semayang ko tak kunci pintu kan. elok bunyi phone, mak yang masuk angkat. hadeh.



ok la sebelom aku cerita habis semua sinopsis baik aku berenti kat sini. aku sebenarnya murka ni, sebab aku tukar channel tengok masterchef, lepas tu 5 minit bukak balik tv, tengok muke najib, menyampah tukar balik, bila tukar lagi, muka muyiddin tu pulak. tukar balik. last-last aku naik atas aku on laptop layan cerita korea. tapi sambil tu aku bukak jugak tv kecik kat bilik aku kot-kot cerita ni kuar lambat tayangan dia. 


tengok gagah tak gagah. nak tengok jugak-jugak tu.


abis ni ape cerita, dia ganti hari ni ke? ke kena tunggu minggu depan je?


mencik!

Tuesday 29 November 2011

'Monday' Blues dan Spagetti

huarrgghh...monday blues sungguh hari ni.

yela, 3 hari cuti, walaupon hari ni hari selasa, tetap monday bagi aku. kerana setiap hari pertama kerja adalah monday. T_T


tak tau nak update ape, sebab blog pon aku monday blues jugak. boleh? keh3


tapi apa kaitan spagetty dengan monday blues. bukan, teringat balik kang nak masak spagetti..nyum nyum.


teringat 2 minggu sudah, 2 kali makan spagetti. 2 jenis pulak tu.kenape 2 jenis? sebab 2 perut je makan. so satu paket spagetti tu bahagi dua, jadi 2 kali masak.


nak tengok gambar.



spagetti bolognese la sangat kan. walhal lauk bujang,pakai daging burger dengan sosej je. lepas tu carrot dengan cendawan. meriah uoollss..yang ni aku yang masak.




spagetti ni diubah cita rasa mengikut tekak aku dengan kajol.tak main la tomato, dah la masam. aku tukar resepi, tumbuk cili padi sikit, dan tambah cili giling. baru la kena dengan tekak kami. 







spagetti karbonara, kajol yang masak. ko nampak je kaler putih suci murni, sumpah pedas nak mampus. kalah yang kaler merah menyala tadi. ni berapa gengam cili api kajol tumbuk aku tak tau. dah la cili padi, pastu siap ade black papper. mengelupur makan. tapi sodap.



tengok ni pon da meleleh-leleh mukus aku. kahkahkah. aku cakap dengan kajol, weh ni spagetti patut lemak-lemak gitu, gapo gak pedas berdengung ni. dia balas, kalau lemak-lemak, nanti makan muak! hahaha. betul pon. sebab tu aku kalau tengah macam loya-loya (gulp?), mesti aku request dengan mok. plis plis  bawak i makan tempat yang ade makanan panas dan pedas.


tu je ha aku nak merepek. sebelum stat buat kerja. dah la tengah monday blues, skali ada kerja pulak. haih.


*sambil dok terpikir balik ni nak masak yang mana dulu, carbonara ke bolognese? nyum-nyum. apa-apa pun dua-dua jenis akan akan dimasak. yela,sepeket spagetti bahagi dua, remember?*

 

Monday 28 November 2011

cuti 3 hari ape aku buat ek?



tak sedar dah 3 hari cuti dah berlalu. ape aku dah buat pon aku tak tau. yang aku tau penat ya hamat semalam, sampai dah tak larat nak pegi pasar beli barang dapur.


ooo baru teringat, sabtu pergi wedding, lepas tu berborak dengan ex-classmate sampai pukul6. menjadi jugak tu. maklum la lama tak jumpa.


hari ahad aku pegi ioi mall. MasyaAllah ramai nye umat, sales sana sini. tapi aku tak beli ape pon melain kan, bulu mata palsu, eyelash curler, blusher and lipstik. eh tadi cakap tak beli pape. hehe. aku tak beli barang-barang on sale macam mok kat bawah ni





tali pinggang on sale. ada 50% ada 70%, mok jumpa tali pinggang dia terus rembat dua. aku? aku sekarang takde perasaan dengan sales. aku ada 'benda' lain yang memerlukan bajet lebih. jangan risau, even aku ni kaki shopping, Alhamdulillah kalau takde duit, nafsu shopping aku takde. 






lepas dah rembat 2 tali pinggang,dia nak wallet pulak. dia ni memang, tiap-tiap tahun wallet mesti 3-4 kali nak tukar. ntah hape wallet die tu makan duit ke ape tak tau la. aku ni purse dah 3tahun dah pakai. elok je lagi nih. jaga dia nanti aku mintak purse LV bagi hantaran #matilamak haha

yang gambar diatas bukan mok ye.dah sah2 tu kurus.hak3. tu mamat indon mana ntah time-time aku nak snap gamba dia ada depan tu dok belek wallet. 
macam tak pernah jumpa sales diorang ni haihhh #jeles


 


aku jumpa kotak ni kat daiso. cantik ni kalau buat doorgift. bentuk love lagi. tapi mak aih 1 kotak dah 5 hengget matilamak. kalau bagi kotak saje boleh? kui3




ok ini hari aku nak pergi giant shopping barang dapur.




alkisah macam ni la aku menghabiskan cuti 3 hari.


okthanksbye!





Saturday 26 November 2011

Salam Maal Hijrah 1433H



Source: Google

Friday 25 November 2011

Symphony Hills Cyberjaya


ni cerita berapa kali jumaat lepas. aku memang gitu, cite da basi baru teringat nak tulis dalam blog. memang dasar pemalas. kehkehkeh. aritu aku lunch dengan kajol dan rani. pastu si rani tu mengada tamo balik ofis awal-awal. aku ajak la pegi tengok rumah. tak tau pulak kewujudan Shymponi Hills ni. ingat nak pegi usha-usha rumah dekat dengan tasik tu. skali nampak la sign board show house. ape lagi mengeletis la aku. 



lepas tu penceritaan akan di teruskan dengan gambar-gambar. gambar banyak wei, sebab aku jakun kan. orang kampung, tengok umah orang kaya gitu la gayanya pffftt. sambil masuk sambil berangan. haihh.


jom ikot aku berangan di lalala land!

*amaran: gambar adalah banyak dan tunggang langgang*






ni ruangan atas. ko nampak pintu cermin tu? tu pintu bilek kot. pastu kat luar die buat macam study/opis table. si rani cakap "ala kenapa cermin..abes nampak la" . ko ni sengal ape, pasang la langsir aku balas. haha. tapi makesure time-time 18sx tu pasang aircond sudah.jangan pasang kipas. kang kipas tiup kannnggg..sendiri mau ingat.


 



 katil queen dan katil anak bujang. awww so sweet kalau anak bujang aku punya bilek macam tu.





rumah sini 3 tingkat, tapi bila masuk tak macam 3 tingkat, macam 6tingkat okehh. sebab dia konsep moden, rumah dia macam bersegmen-segment. masuk bukak pintu ko jumpa tangga dulu. pastu pilih nak naik atas ke turun bawah. macam gambar kat atas ni tingkat 2. jenuh wei, bila da masak 1 hal pulak nak p panggil diorang makan. kena install sound system dalam rumah ni.

 



ni ruang tamu tingkat dua. kenapa lah kau cantik sangat ha?
 




 ruang tamu tingkat bawah. esok-esok kalau open house, kawan-kawan mak pak sembang sini, kawan-kawan anak sembang atas. jangan masuk campur hal orang tua-tua. hahaha






sebelah ruang tamu gambar atas tadi ada mini opis. Ya Allah seronoknya aku. kalau ini macam hari-hari aku nak work from home je.tamau p opis.




mula-mula kan ada 1 pintu. kitorang ingat kan ada bilik, skali bila bukak, rupanya macam ruang kosong. kire kalau hujan air boleh masuk situ la. tapi ade lagi 2 pintu. rupa-rupanya bilik bibik. yang si kajol tengah nak bukak tu bilek bibik, yang lagi satu tu pintu jamban. kesian bibik, diskriminasi betul orang kaya ni. macam kena quarantine pulak. tapi bibik pon ada toilet sendiri tu. aku syak kawasan luar tu tempat bibik nak sidai spentot dia.kehkehkeh

 


ni lah bilik bibik. sempit gila. memang muat-muat katil je ha. ok bersyukur sekarang aku bukan bibik :)


 

 ni rumah yang lain. dia ada banyak type. yang ni kecik sikit pada yang tadi. tapi aku suka gak yang ni.sebab ruang dia lebih besar dan luas. tak bersegmen sangat macam yang tadi. yang ni masuk-masuk ruang tamu, lepas tu ada tangga naik atas, dapo tingkat 2, bilik tingkat 3.







ni lah dapurnye. ya Allah indahnya. aku paling suke part dapur kalau rumah. aku nak dapur idaman, sebab aku suke memasak. ececehhh.

 




ni antara jenis rumah dia. aku tak sure yang atas tu type ape yang bawah tu type ape. kalau nak tau lebih lanjut pegi la website dia http://www.symphonyhills.com.my


 

ni dalam rumah yang gambar di atas. ni ada high ceiling. cantik wei. ko tengok cermin tu sampai atas. aku pikir-pikir balik jenuh nak beli kain buat langsir. lepas tu 1 hal pulak sape nak memanjat nak cuci cermin tu. lepas tu satu hal lagi kang malam-malam makhluk-makhluk dok terbang kat luar semua aku nampak. 



eh dah habis gambar?


aku ingatkan ada lagi. kan tengok entry aku macam takde penutup dah.tergantung gitu je. gasak lah.


rumah ni aku tak tau la bila aku mampu beli. cantik memang la cantik. idaman memang la idaman. ko p usha harga dia dari 1.2Million yuoolllllll...


gigit jari sentap mak jemaf af tau.


mengajar sampai af80 pon belom tentu mak jemah mampu.

 

 

Thursday 24 November 2011

Watermelon feast of Italy

buat cuci-cuti mata ari khamis ni

Amaran: gambar berjela-jela!

sebab gambar dah berjela-jela cikasam nak senyap. keh3
























kreatip nye lahai diorang ni.

Source: email forwarded by mok. siap pesan kat aku letak la dalam blog, so aku kredit kat sape punye gambar ye. thanks :D

Wednesday 23 November 2011

Semoga kita menjadi bangsa yang tidak membenci orang lain walaupun orang lain membenci kita

Aku tertarik dengan tulisan seorang warga Indonesia, Arif Bawono Surya dalam "Kompasiana".Begini analisis Arif mengenai kekalahan pasukan bola sepak Indonesia: Kenapa Indonesia tidak bisa mengalahkan Malaysia di GBK? Jawabannya adalah karena motivasi Indonesia untuk menang adalah motivasi kebencian dan dendam. Seperti diketahui benci dan dendam adalah dua energi yang sangat NEGATIF. Maka begitu... berkumpul di stadiom yang penuh dengan aura kebencian dan dendam energi negatif itu terakumulasi besar sekali. Dan percaya atau tidak energi negatif itu akan menular ke dalam lapangan. Dan permainan pun kacau sekali, ditambah seluruh stadiom yang menyumpah serapah negara lawan. Maka doa yang didasari oleh energi negatif tidak akan sampai dan diterima oleh Tuhan. Justru doa penonton Malaysia yang datang ke GBK dikabulkan. Kenapa? Karena mereka termasuk orang-orang yang teraniaya,sebagai tamu mereka bukannya dihormati tetapi malah disumpah-serapah. Padahal mereka belum tentu salah, maka saat mereka berdoa meminta kemenangan, dengan cepat Tuhan mengabulkan. Doa orang-orang teraniaya lebih makbul!"
* Semoga kita menjadi bangsa yang tidak membenci orang lain walaupun orang lain membenci kita'

Kredit to : Lyana Jaharudin
 

fesyen red carpet ke ni?

ke carpet rumah?


credit: www.mkstreet.com



aku petik komen dalam beautiful nara

"macam anak ikut bapak nak pegi pasar tani beli ayam golek"


*geleng-geleng kepala*


Tuesday 22 November 2011

Harimau Muda Mengaum!!! Roarr!! Menyesal tukar channel! FML

Tahniah HARIMAU MUDA!!!


uwaaa sekarang rasa nak tampar diri sendiri sebab tukar channel. *slap*slap*


sape suruh game semalam stress sangat..adoyai,tak termampu aku nak tengok. aku tengok masterchef, lepas tu aku tukar balik channel dah 1-1. lepas tu tengok 5minit, stress datang balik, tukar balik channel.


memang game semalam sangat stress tidak dinafikan. asakan gadura macam angry bird gitu. harimau dok kuis-kuis je. paling tak tahan, dah depan pintu gol pon teragak-agak nak sepak. aku sepak jugak kang.


paling aku marah, orang-orang indon ni, time lagu Negaraku berkumandang, lansung tiada hormat. buat bising. tak sedar diri lansung. haktuih.


aku nak puji khairul fahmi. walaupon ko mabuk g clubbing ke hape, itu hal ko. nasib baik semalam punya game ko tak mabuk minum todi, cekap! pantas! jitu! memang ko la hero malaya semalam. untung si dahlia tu. haktuih lagi. jeles.hahaha!


lagi satu, sebab game semalam aku tak berapa tengok, aku tak paham. kenapa aku bukak status pagi-pagi tadi semua marah si fakri. kenape? kenape?


aku masih tak paham. aku da tulis kat status fesbuk.


aku nak tengok ape respon kawan-kawan.

 

Monday 21 November 2011

tukar channel

stress tengok bola


minit ke 5 dah gol *sigh*


tak sanggup nak tengok lagi, skuad Malaysia macam lembik je, kena bantai dengan Indon.


papepon harap khairul fahmi berjaya kawal ketat pintu gol tu. 1 sudah la, jangan sampai 5. GULP


sekarang layan masterchef je la. lagi 10minit baru aku bukak balik tv3.
 

lagi lambat lagi berbaloi, benda apakah itu?

nak jadi cerita semalam si maddu belanja housemate dia termasuk si mok. kalau dah si mok ada, aku tentu-tentu la ada. ktorang kan pakej. kalau belanje sorang, kena belanja dua-dua tak gitu? huahauhau.


so perbelanjaan dijalan kan di Domino's pizza


first round



3 regular pizza, 1 spageti, chickend wings, dan union rings. sekelip mata je lesap. mana taknya 4 ekor raksasa gorgon yang makan. semua lapar macam tak makan 2 hari.


tapi jangan ingat tu cukup


kalau dah 4 orang lelaki dan seorang gadis yang makan pizza topping je,kerak bagi kat si mok. 3 regular pizza celah gigi je bhai


maka perbelanjaan di teruskan dengan




2 Large Pizza!!! hahaha!. jangan tertipu, kitorang bukan la pengguna yang tidak bijak, si mok punye kawan ade jadi member ke ape, so dapat kad, kalau beli pizza dapat 1 free. so kitorang beli 1 large dan dapat lagi 1 large. bijak kan? ngehehe



ni kalau aku makan, cili flakes tak penuh-penuh atas pizza memang tak sah la kan. kalau ade cili potong, aku dah mintak dah. tu pon tak cukup pedas lagi tu. haihhh..potong selesa tahu.


haaa ape benda aku cakap tadi lagi lambat lagi berbaloi tu?



ini dia



ni makan dia. first round ktorang order, patut 15minit da siap, tapi jadi 30minit. ape lagi, guna kuasa veto. second round pon sama jugak.


apa lagi

"SORRY TO KEEP YOU WAITING"  la jawabnya


next time datang tapau pizza, dapat free regular pizza..yahuuuuuu


eh tapi kupon tu takde kat aku pon


perlu ke aku seronok?


cis.