advertisment

Wednesday 31 August 2011

Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Kemerdekaan ke 54


credit kat tuan punye kereta. jumpa masa jalan-jalan kat putrajaya.
Maaf Zahir Batin! 

Thursday 25 August 2011

Scenario balik raya

yeay esok nak balik kampung.

Selamat Tinggal KL metropolitan yang sesak






Welkam home kampung halaman yang aman makmur damai sejahtera *sape tau lirik lagu ni?*

saja amik gamba sawah padi.sebab kampung tok aku kat kedah. aku balik penang dulu, then balik kampung lagi kt kedah. so 2 kali aku akan balik kampung,ko mampu? huahuahua.  rindunye kampung kat kedah. setahun skali baru balik kan T_T. 


maka KL akan menjadi aman damai


time ni ko nak bergolek gelantang tengah jalan pon takde sape kesah. best la sape yang raya kat kl tu kan? kan?


lepas tu yang jadi mangsa aku ni la yang tengah otw balik kampung tadi ni kann


korang,sape-sape yang nak balik kampung belah-belah utara nun, korang balik ari sabtu eh. kasi can la aku yang balik jarang-jarang ni drive dengan aman damai.korang kerja lagi kan esok? kan? kan? mekasih.


maka kl akan dipenuhi dengannnnn


time ni sape nak cari jodoh sila keluar kl. semua taraf internasionallleeee.



yang penting sekarang, walau dimana jua anda beraya, waima yang tengah bergolek gelantang kat tengah kl nanti, berhati-hati di jalan raya!

sekian terima kaseyyy!

Picture credit : Google

Wednesday 24 August 2011

Wordless Wednesday kengkonon nak jugek





Baju raya hunting, PKNS Bangi 2011

*okbai, entry paling pendek.

saya ade masalah tok imam

"saya ada masalah tok imam! "

" kenapa?"

"saya takut hantu!"

"HAISHHHH, kita patut takut Tuhan, bukan takut hantu! " 




-scene cerita mari geng mengaji malam tadi
-lawak gile lakonan tok imam tu time marah tuh. hahaha. tapi bila fikir balik betul jugak ape die cakap tu kan.
-dok google gamba budak kecik yang petah bercakap tu tak jumpa pulak.ape la nama die eh?

Tuesday 23 August 2011

Cukup-cukup lah hutang tu

dapat call dari bank.

takde angin takde ribut alih-alih mintak alamat nak hantar credit card.


sumpah aku takde apply pon.


pastu pegawai tu cakap 

"ni sebagai tanda penghargaan untuk pelanggan kami yang beli kereta lebih 51k. kite bagi credit card"

ewah boleh lak main bagi-bagi.kalau aku request lain la pulak cerita. acer cuba call dulu tanya bersetuju ke tak. ni alih-alih mintak alamat je nk hantar kad.


klo dulu takde Govt tax tu aku terima je dengan hati terbuka. yela bole buat backup kan. ni aku jugak yang nak membayor 50hengget tu. lain la sebagai penghargaan jugak ko bayarkan for lifetime.


phewww..nasib baik aku kuat iman tolak kad tu.

kalau tak berangan la aku pegi soping kat pavilion.

pastu hujung bulan, aku gigit la angelo aku sampai kenyang.



Pegawai Keselamatan Kerajaan tolong bagitau cket mana saya nak parking?

click untuk penglihatan kabur :P

dah la parking penuh. saya punya urusan 10minit je.

pusing roundabout 3 kali dah kot nak cari parking, kalau tambah lagi 4 jadi hajah jugak aku karang.

staff parking dah tentu-tentu tak boleh masuk *sigh*

visitor parking pon, staff yang parking situ *double sigh*

abes dah tepi jalan la tempatnye. 

dapat lak surat chenta.

tolong?

Monday 22 August 2011

akibat menyanyi di opis

korang suke menyanyi di opis?

feeling diva?

udah ler, hentikan je. walau pon sesedap buluh lemang suara ko. tak caya nanti tengok la akibat nya. sebelom tu meh aku cerita rentetan dulu:


 ni kedudukan aku kat opis. tak payah tanye lah kenapa kepala aku kaler pink walaupon hari ni aku pakai tudung biru. tu kedudukan rakan sekerja aku lew dan dhana. yang kepala kuning tu tengok caption dalam gambar sudah terang lagi bersuluh.

ning baizuka ni suke menyanyi. kalau kata suara betul-betul macam ning baizura aku maafkan lagi. tapi aku senyap je lah. dah hak individu kan.mula-mula aku ingatkan aku sorang je distracted. sampai lah si lew dan dhana ni buzz aku mintak pertolongan. korang baca la ye.bukan aku yang ngata eh. aku ngata dalam ati je.hakhakhak

 sounds like fly flying around you? kalau aku kena ni,sentap mak nyah. terus lari dalam toilet rendam kepala. nasib baik la klo aku nanyi orang puji sedap cket pada nera af 9. huahuahua.

 yang aku tutup-tutup kaler pink tu, nama aku lah. diorg mintak tolong aku g sound check budak tu cket. mementang lah budak tu melayu, and aku melayu. terus amalkan prinsip easy communication. aku jugak jadi mangsa keadaan. yang paling tak menahan statement "ask her to stop singing plz...."  ni akibat kedua. ko nak ko dok syiok sendiri nyanyi orang soh ko stop? nampak nau kan suara bak buluh lemang. so better nyanyi dalam toilet ye kawan-kawan.

 korang baca sendiri mau ingat lah. aku nak gelak je ni..hahahhahahahahahahah


so macam mana? by the time aku nak sound check die, die dah stop nyanyi pulak.

ko tunggu...

ko tungguuuuu..

aku suruh kak ogy ahmad daud kritik.

"dik nonnn..suara kalau dah kelaut, jangan lah tambah kan lagi pencemaran bunyi dalam opis nih. ko ingat ahkah suke dengar? ahkak tak suke dik non. ko balik pegi gali dalam-dalam lagi suara ko. dah abes gali tu, tanam kambus balik. tak koser ahkak.ok director bagi masa pendek je, ko boleh jalan dahh"


ha jangan sampai aku panggil adlin aman ramli



takot tak? takot tak?


nak nyanyi lagi tak?



tak nak bagus!

Sunday 21 August 2011

angelo beauty make over

terima kasih kuasa mekap.

terima kasih.

dengan kuasa mekap dapat mengubah dari ini

ni kereta pompuan ke jantan ni? bapak la kotor.

 ni gara-gara 2 minggu tak mandi dan perasan kan lately ni musim hujan? yeah cubaan menyalahkan cuaca.

terutama sekali dari yang ni
 
humangaih, ko tak boleh nak kotor lagi?


kepada ini 

tingggg!!!


 tukar caption: humangaih, ko tak boleh nak kilat lagi?

hamik. puas ati den. aku hantar terus surgery,tak main dah normal-normal facial. orang cakap untuk kereta baru, nak jaga cat or what so,disarankan untuk wax.

lalu aku dengar cakap orang walau pon cakap orang tua tak berapa nak dengar .biasa dia ni. aku hantar pegi wax memandangkan kedai ni ade promotion hari raya.

yang paling tak menahan ko tengok la banner dia tu tulis ape "HARI RAYA DAPAT SENANG PROMOSI" . ape jadah la dapat senang promosi tu. aku suspek dia mesti guna google translate ni. or BM die fail. haha. mesti ayat English die "Hari Raya Easy Get Promotion" or "Easy Get Hari Raya Promotion". Amacam bernas tak english aku? huahuahua
 
make ober in the making. tonyoh kuat sikit en bangla oi.

waxing in progress

and here comes the result


  hye pretty, my name is angelo, can i have your phone number?

mentang-mentang dah hensem, ade berani ngorat orang.lempang kang.
sekian terima kaseeeyy

bersahur di UK

ok tajuk propa.

kesian kan tengok aku bukak puasa makan nasi ngn telur kicap je. lalu mok membawa aku pergi bersahur. dah aku pon terkinja-kinja nak kuar kan. bosan kot dok rumah sorang-sorang terperap dari pagi ke petang ke malam. bukan aku la tu kalau tak kuar.


tekak aku rasa nak makan sup pedas panas.


dan pilihan yang tepat adalah


SUP UK

sup UK atau nama penuh, SUP URAT KETING. yeay tak perlu disangkal lagi kesedapan dia. aku selaku orang yang sangat cerewet dengan makanan tunduk kalah di kaki sup UK.ewah ayat tak nak kalah.

 dimulakan dengan minuman. minuman sejuk di pagi dinihari. lepas tu mengeletar kesejukan. fine,penyakit cari sendiri. aku tak suke minum air panas. carrot susu sebab sejak berkecimpung dalam dunia blogging ni, *kahkahkah kejap nak gelak kat diri sendiri sebab berani mati bagi statement artis*. mata dah mula kelabu. so carrot adalah penawar terbaik ye kawan-kawan.

ni lah sup yang sedap itu. die pekat tapi tak sepekat sup mamak tu. sup dia kalau untuk aku yang kuat menghirup ni memang tak cukup,mangkuk cinonet sangat.

ni lah rupe urat keting. i loiiikkeee! aku mula-mula mintak urat keting+sup ekor, tapi sup ekor habis, so ganti dengan daging. urat keting ni aku rasa kat bahagian betis la,ke kat buku lali tu. tapi sedap.rasa die kenyal-kenyal lemak-lemak gitu.

ni satu lagi masalah kalau aku mintak pedas. mesti tak bagi pedas. lalu cili potong adalah jalan terbaik. mula-mula tengok cili potong dia, "alahai apsal besor-besor gabak ni,macam cili besar je"

tadi aku cakap macam cili besar kan.so aku assume la tak pedas. aku letak banyak-banyak. skali hamik ko. pedas berdengung. ni makan ko!
last-last kuah licin, yang tinggal hanya lah taburan cili padi. sumpah tak payah gigit cili padi tu pon kuah tu dah pedas gilak.

ni la kedai tu. besar ade 2 corner lot kedai die punye. selain sup dia ade ala carte, ikan bakar, pastu ade satey. sebabkan ni bulan puasa, or aku pegi lambat sangat maka satey takde. sebab aku suke jugak satey UK ni..sedap. lagi sedap dari sate kajang. nanti pegi la try.

kedai dia kat bangi, seksyen 7 tak silap. dekat area-area kedai yang ade jpj bangi tu.


ok tu je nak cite. so tak jadi korang kesian kan aku kan? 

Saturday 20 August 2011

ni baru betul lauk orang bujang

hari ni aku berbuka sorang. rasa macam loser pulak.

ape kan daya, hosmet balik kampung, sorang kuar g soping, bf pon ade team dinner. 

memang feeling bujang habis lah kalau korang tengok lauk aku ni.

jap lap air mata jap.


nahhh


telur goreng. ikan goreng. goreng bawang dengan cili padi dengan kicap.


dah tak payah kesian dekat aku.

sebab aku rasa sedap gile kot.

ko bayang kan nasi panas-panas makan dengan telur.

terangkat beb.


tolong lah percaya.

yeay dah ada kueh raya!

checklist raya:

kuih raya
duit raya
baju raya
duit nak balik raya

ok 2 part lagi tak setel. baju raya. kalau takde aku nak pakai ape raya ni. tskkkk.
duit nak balik raya ade ke tadek, balik tetap balik. kena ade kan jugak. huhu. ni la nasib dok di perantauan..sobs sobs.


nah tengok gamba kuih raya


4 untuk aku,yang berbungkus lagi 3 tu kajol punye.

apsal sampai 4?

yela, 1 bawak balik penang, 1 bagi kat bakal mak mertua *amik ati kata kan hihi*

2 lagi untuk aku. hoyeah! 

nak buat kudapan.

esok adalah baju raya hunting, dan jugak kuih raya.

habis takkan la orang datang umah makan kuih sejenis je ko ponnnn 
 

Friday 19 August 2011

orang bisnes, ko pon nak bisnes tapi orang mulut manis. ko?

mulut longkang!

dah la bulan-bulan puasa ni. soklan aku takde pulak aku rasa menyakit kan hati ke ape. biase la customer mesti lah nak tau produk yang kite nak beli kan.

aku ni memang dah gila beli online. bole tanya mamat despatch opis aku dah siap kenal nama aku lagi. sebulan sekali at least 1 parcel. 

ni alkisah aku ade blogwalking kat seorang MUA (read: Make up Artis), pastu dalam blog dia ade la dia cakap nak let go barang or for sale. aku click link tu pegi dekat fesbuk. oh ya sebelum aku start aku just nak bagi tau, aku memang peminat tegar mekap , walau pon muke aku kadang-kadang tak siap, tapi aku suke mekap orang. just rezeki belom ada lagi untuk jadi makeup artis, takde modal lagi sobs sobs.


pelan-pelan kayuh orang cakap.

so back to the story, aku klik la album kat fesbuk tu. so dalam tu ade la dia jual produk krayolan, comouflage mederma..ala lupe lak camne nak eja.pastu ada la set brush ni.

so aku tak tau. description dia just cakap "brush Bobbi brown, lembut, PM for price"

so memandangkan album dia tu macam barang-barang die pakai kan,aku beranggapan lah mungkin brush tu ori. sebab dia mua kan, lak tu album tu just ade tak sampai 12 keping gambar. kalau orang-orang yang bisnes barang mekap online mesti la dah beralbum-album. pendek kata bulu mata palsu pon 1 album 189 gambar dalam tu kata ko.

dia bagi no tepon. so pagi tu aku text la dia. pastu ko tengok la ape die reply.


aku copy sebijik-sebijik ye, tak tipu. tak edit. tipu dosa hehe

                                                       ------------------------------------------------------------

"as salam sis, nak tanye, set brush bobbi brown tu ori ke? brape ye harga? ade pencil brush tak?"

"hi..i rasa ni bukan ori..tapi high quality..lembut je bulu. harga rm200 tp kalau u nak i kasi 120..ada 32pcs complete..pencil brush pon ada"

"Ohw bukan ori ek, xpe la sebab dah ada. ingat nak beli yang ori lak hehe"

then mulut longkang ni reply:

" nak ori g kaunter la..wtpe kt internet "

                  ----------------------------------------------------------------

WATEHEL!

ko nak meniaga ke ape ni? ade ke soklan aku tadi biadap sangat?? tak penah lagi aku jumpe orang bisnes online jawab gitu. biase kalau aku tanya-tanya sampai tahap annoying and end up tak beli pon, diorang layan je aku. siap cakap, takpe nak nanti PM je. dah la bulan puasa.

aku cakap aku tak nak cari yang imitate pon salah ke. aku tak tau, sebab tu la aku tanya.

kalau ikot perangai aku yang kuat melawan nih.

aku nak je reply


"eh pompuan, apsal ko biadap sangat, macam ni ke orang nk bisness. mulut macam longkang. @#*%#^*@*$@ (carutansss dan makiannsss yang tak boleh disiarkan)


tapi aku sabar. aku tak nak pahala puasa aku dapat kat dia. aku reply cket punye berlapik lagi


"Amboi. mana tau yang jual tu 2nd hand yang ori ke "


terus die senyap.




kalau berani reply la? 

kacang tanah punye orang! *carutan yang lebih beradap*




 

Misi mencari duit raya

misi ni lagi susah dari misi nak mencari pati (read:Pendatang tanpa izin)
bukan sebab ape, sebab pendatang tanpa izin senang kot nak mencari. ko pegi je jalan-jalan kat kl nun, bersepah ha kiri kanan.siap ada yang dok jual bakso dengan kopok lekor lagi depan sogo.rasanya ibarat berada di jakarta kok.

ni masa cuti public holiday aritu.ape kena ko setan, dah cuti holiday pulak. pedulik. aku ngan kajol memulakan operasi mencari duit raya. 


bank-bank yang harus diterjah harus la negeri-negeri yang tak cuti Nuzul Al-Quran. huahuahua gelak setan. lalu pegi yang berdekatan putrajaya sudey.

ni bank-bank yang di terjah:




Affin Bank

Maybank


CIMB Bank

Bank Simpanan National

apsal ko pegi banyak sangat bank asam jeruk oi? banyak sangat ke duit ko? 
bape juta ko tukar nak bagi duit raya???

pasal..........................................


ni Affin Bank, baru bole start tukar 18 August. aku kan pegi 17 August. kedengki betul dengan aku. huh murka.


ni CIMB, isnin 22 August baru nak start. hanya untuk pemegang akaun cimb SAHAJA. nasib baik aku tergolong dalam sahaja tu, tapinye tak kuasa la dah aku nak p banyak-banyak kali. pastu dah kompom penuh dengan makcik-makcik gomen, dah situ tempat diorang. ktorg hanya menumpang di angin lalu je.


Maybank pon sama stat ari Isnin, aku tak sempat nak amik gambo dah sebab muke pon dah tebal malu. macam orang nak p menagih derma dari bank. walhal aku nak tukar duit raya je woi.

Bank Simpanan National lagi bagus, aku sampai situ tepat jam 4:00 petang. lepas tu tepat jam 4:00 petang jugak la bank tutup. Waktu operasi di bulan puasa. guard dok kat dalam pintu kaca tu. aku tengok dia, die tengok aku. cher kabo duit raya ade ke tak.sebab aku tak nampak pape notis pon.


last-last yang ade hanya la.eh ni bukan last, ni bank first aku pegi sebenarnye.saja nak cerita last-last nak bagi suspen kononnya. aku pegi Bank Islam. kat sini je ade ha. 

tapinye....

seringit je yang ade. yang lain abes yilek pochik. aku nak tukar RM5. maka ini je lah hasilnye


seringgit pon seringit la janji ada dari takde. ko hado? *tiru fames blogger*


so hadik-hadik, kazen-kazen, makcik sedara (aku ada makcik sedara muda pada aku yaww). tahun ni akak bagi sorang seringgit saja la ye. bukan salah akak, salahkan bank tamo tukar duit dengan akak. tau la muke akak muke tadek duit.

ape ingat akak tak mampu ke nak bagi korang sorang 10 ringgit, memang akak tak mampu pon..wakakaka. amik ni ha singgit sorang buat tambang pegi beraya rumah YB hujung kampung nun.nanti dia bagi la sorang 10 ringgit, kan dah balik modal. huehueheuehue.


sekian mak jemah af melaporkan.


Duit Raya Giveaway AdanyaKauUntukku

woh aku kena tag! macam kena bang bang boom pulak. hover la ko!
hihihi

kena tag dengan cik FerraFerry Woot Woot. jahat tau tag kite. tapi nasib baik la orang nak bagi duit, mak ok je. huehuehue.


So sape nak duit raya sila lah kelik kat banner tu. syarat pon mudah je. lak tu dia nak bagi duit raya RM10 untuk 10 orang. ok la tu da besor panjang gini ade orang nak bagi duit raya lagi.ko mampu?


tarikh tutup 21 August 2011 ni ye. kalau dapat ni leh aku beli cikedis ke jajan-jajan ke.


so nak tag acik dengan princess feyqa dengan cik ruby


mari-mari meriahkan majlis



 

Thursday 18 August 2011

segan la nak pakai kaftan awwww

alalalaaaaaa..dah 18 hari puasa.
baju raya pon takde lagi.
next week dah nak balik kampung. tibe-tibe ternampak iklan ni.
 

RM50 for RM100 Kaftans Cash Voucher + 10% Discount on 2nd Kaftans Purchase from Addara. Limited Vouchers Available! [50% OFF]

aduh duhh..RM50 je kaftan. ke bayar 50 dapat voucher kaftan 100. pastu harga kaftan tatau lagi beberapa ratus.

jap aku cekidaut balik

aku pon tak paham ngeh3 korang rajin g la tanye.

aku nak cuci mata kaftan dia cantik-cantik woi. nasib la aku ni segan nak melawo-lawo kat kmpung, kalau tak den rembat dah ni. klo harga 50 lah. kalau kena topup lagi ratus-ratus kirim salam je.

cantik nih kalau aku pakai g dinner ke,itam haruslah nak bg efek kurus
 
pink yaaaww.walaupon aku suke pink.tapi tak berani nak shocking pink gini.aku dah la itam. shocking abes orang kampung aku nanti. ni sesuai untuk orang putih terlepak bak kata adik aku time kecik-kecik

 yang ni cantik shocking blue or elektronic blue ke eh? ke aku memandai-mandai?

purpleeee..one of my favourite color. sebab kaler ni masuk dengan kulit aku. konon-konon bagi efek kulit cerah 2 tona.muahaha

 ok jugak. ni pon bole jadikan kulit aku 1 tona lebih cerah.

walawes..pakai ni pegi beraya kat kampung harus kena kejar dengan lembu. teringat dulu aku kecik-kecik,aku pkai baju raya kaler merah, lepas tu aku menangis taknak kuar rumah, sebab lembu kat padang tu dok aimmm je sambil kuis-kuis kaki.

 
ni iklan tak berbayar tau.sebab aku tengah busan ngulor time keje. klo korang nak bayar boleh je, tolong la klik-klik kat iklan nuffnang aku tu untuk pegi ke deal tu. cepat grab. aku tengok dah 31 orang beli. beraya sakan la korang dengan kaftan.
 
tapi kalau betul dapat harga rm50 je tak payah tambah-tambah, cepat-cepat kabo ke aku. aku nak beli satu buat beli pakai g open house kawan-kawan kat keyeelll..
amboih ko, kat kampung tau pulak cari baju kurung besar godang.
 
biasa lahh bro.